Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol
segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa
gunanya nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya
untuk kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda
adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut
adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah
yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nombor pada
simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas
tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer
iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah
terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The
Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini
digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali
jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh
dunia.
Resin Identification Symbol System (SPI)
Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik
botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar
kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga
dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan
Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988.
Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu
daripada enam bahan berikut : Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE),
High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene
berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena
(PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)
Penggunaan kod SPI adalah bertujuan untuk menyembunyikan tahap bahaya bahan
kimia terhadap produk plastik di pasaran
Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.
Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.
Jenis-Jenis Bahan Plastik
Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin Identification
Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di sini ingin saya menerangkan
serba sedikit jenis-jenis bahan plastik yang digunakan bagi tujuan rujukan dan
makluman bersama. Bersama ini diterangkan jenis-jenis bahan plastik dan kesan
terhadap manusia.
Jenis-jenis bahan plastik yang berada di pasaran
Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate
(PETE atau PET)
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol
air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja
kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi
air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan
karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini
dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana
ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah
pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan
saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh
meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan
anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambatsehingga usianya
menjangkau 12 bulan.
Kod No. 2 – High Density Polyethylene
(HDPE)
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE
merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya
mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau
makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan
lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali
pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat
dari masa ke semasa.
Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya
digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain.
Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang
dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair
pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan
yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan
berat badan.
Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi
(thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek.
Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia
sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan
mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok
bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar
untuk dilupuskan.
Kod No. 5 – Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai
tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih,
lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap
minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup
botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.
Kod no. 6 – Polystyrene (PS)
Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas
minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan
styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui
pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan
kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi menggangguhormon estrogen wanita
yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem
saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk
memprosesnya.
Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene
acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat
elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol
minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika
suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang
berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan
sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya
tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan
pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer),
balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala
ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan
plastik yang sangat baik digunakan.
Kesimpulan
Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis
bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan menyarankan
agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya
mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga
dan sanak saudara. INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan
sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh
yang terlalu lama. Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN
MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3, 6 dan 7. Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan
bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari sumber
semulajadi iaitu daun pisang. Diingatkan bekas seramik atau kaca mungkin
mengandungi plumbum terutama dari warna yang digunakan untuk membuat ukiran
bunga pada bekas2 kaca. Bekas stainless steel adalah pilihan lain selain
penggunaan sumber asli daun pisang yang dijamin selamat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.