Total Pageviews

Friday, 3 August 2018

Kebocoran Radioaktif






Kepada semua mohon doa semua agar selamat, kami bomba Rawang tengah ops kebocoran radioaktif di kilang synergy health dari pagi tadi.. Menurut staff kalau meletup radiasi 100km hingga ke seremban....Sehingga kini Jentera bomba 3 biji, tanker trailer rawang 1 dan selayang 1, HAZMAT Shah Alam dan NUKLEAR MALAYSIA.







Rawang: Penduduk sekitar daerah ini gempar apabila kebakaran mendadak di sebuah kilang menjalankan aktiviti pensterilan produk kesihatan di Taman Industri Integrasi Rawang, di sini, pagi semalam, didakwa mengakibatkan kebocoran radiasi besar-besaran.

Kebimbangan penduduk berpunca daripada pelbagai mesej dan gambar tersebar melalui laman media sosial Facebook dan Whatsapp yang mendakwa bakal berlaku letupan selain penyebaran radiasi radioaktif sehingga jarak 100 kilometer.

Komander Operasi Penguasa Bomba (PgB) Mohd Haikal Md Kasri berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kebakaran mesin yang menggunakan sistem Cobalt 60 di kilang itu sekitar jam 6 pagi semalam.


“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 minit dan berjaya mengawal kebakaran.

“Tiada kebocoran dan bacaan luar biasa terhasil selepas pihak bomba dan pegawai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) melakukan pemeriksaan di kilang ini. Hasil pemantauan lanjut mendapati bacaan paras radiasi adalah normal dan tidak melebihi 0.18 microsievert,” katanya




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.