Persekitaran Kita Penuh Bahan Kimia
Apakah
jenis choping board yang anda gunakan di rumah anda? Plastik atau kayukah?
Apabila anda memotong di atas choping board plastik, akan meninggalkan parut di
permukaan choping board tersebut. Terdapat plastik yang akan tertanggal dan dapat
masuk ke dalam ikan atau ayam yang anda potong lalu di masak.
Tahukah
anda apa racun yang terkandung di dalam plastik? Plastik bukan kawan kepada
anda! Plastik mengandungi racun phthalates dan dioxin yang merupakan endocrines
disrupting chemicals (sebatian kimia pengendala endokrin) dan boleh menjejaskan
kesihatan badan anda dengan banyak mekanisma cara.
Dioxin
adalah penyebab kanser manakala phthalates bersifat estrogen dan boleh
mengganggu tumbesaran Normal bayi dalam kandungan atau anda sendiri!
Manakala
choping board kayu pula adakah ia benar benar selamat? Untuk memastikan choping
board kayu tahan lama, kebanyakkan pengeluar choping board akan mengawet kayu
kayu ini dengan bahan kimia. Masalah nya adakah bahan kimia ini selamat untuk
anda serta keluarga?
Chopping
board direndam semingggu airnya membusuk. Walaupun selepas ditukar dengan air yg baru selepas 2 minggu masih tetap air rendaman menjadi busuk. Selepas ditukar air yg baru selepas 4 minggu - juga masih air rendaman menjadi busuk. Berapa selamatkah chopping boards kita? Badan kerajaan yang mana satu yang mengawal selia tahap keselamatan dan kebolehpakaiaan Chopping Board di Malaysia?
Dalam gambar ini kelihatan ada
bahan terampai seperti gelatin. Sepatutnya
kayu yang lama direndam tidak menjadi busuk,
Kami telah membuat ujian dengan merendam
papan pemotong ini selama 4 minggu. Soalnya bahan kimia apa yang terhasil
keluar dari papan pemotong ini? Adakah ia selamat digunakan? Apa kesannya
kepada kesihatan anda untuk jangka panjang?
Papan
kayu pemotong yang digunakan juga akan berparut dan bakteria boleh membiak di
dalam parut kelaran pisau ini.
Bacaan Tambahan anda:
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.