Total Pageviews

Friday, 3 August 2018

Perumahanku Beracun



Perumahanku Beracun


Aku kesal, gusar dan khuatir kerana sekitar perumahan di tanahair dicemari persekitaran beracun…. Ceritaku benar kerana di mana mana kita  pergi ceritanya adalah sama…. Di mana bila ada kawasan perumahan, di situ mesti ada kilang di sekitar atau berdekatannya…


Kita tidak tahu kilang jenis apa yang beroperasi dominasi di sekitar perumahan kita kerana pihak berkuasa tidak pernah mengwar-warkan kilang jenis apa yang tersergam itu… Dan adakah kilang itu selamat bilamana berada di kawasan persekitaran perumahan kita…?   Kita juga tidak diberitahu sejelasnya sama ada hasil sampingan by produk kilang itu beracun atau selamat untuk manusia yang berumah tangga di sekitarnya? Yang dapat kita lihat cumalah asap putih atau asap hitam berkepul kepul keluar melalui serombong asap kilang itu dan juga kadang kala bau yang menjengkelkan serta suri rumah yang terpaksa mengemop lantai setiap hari bagi membersihkan lantai jubin rumah yang telah bertukar dari cerah menjadi hitam.


Kita juga berasa hairan kenapa pihak berkuasa tempatan boleh mengeluarkan lesen sewenang wenangnya kepada premis restoran di mana ada bengkel membaiki kereta motor di sebelahnya… begitu juga keboleh ujudan kedai makan bersebelahan dengan kedai mengecat kereta…. Semuanya ini membingungkan daku… tetapi apabila ku menyedari kita duduk di Negara yang semua boleh.. barulah ku faham…


Kita juga hairan bilamana aktiviti fogging bagi membunuh nyamuk dibenarkan dibuat di dalam restoran dan juga boleh disembur di dalam rumah anda… Bukankah ada kemungkinan racun dalam semburan kabus asap fogging akan mencemari makanan dan menyebabkan lama kelamaan anda mendapat berbagai bagai penyakit termasuk kanser?


Di Selangor, pandangan pencawang elektrik sampai 6 tingkat wayar berkembar mengelilingi flat perumahan kos rendah atau berhampiran dengan kawasan perumahan kos rendah adalah perkara biasa. Pencawang elektrik mengalirkan tenaga elektrik bervoltan tinggi. Aliran elektrik bervoltan tinggi akan mengujudkan medan elektrik serta medan magnet di sekitar wayar tebal ini… Kesan jangka pendek medan elektrik termasuklah sakit kepala, rasa kepala penuh atau kepala berat runsing tak tenteram dan boleh juga menyebabkan lelah serta mengurangkan daya kekuatan semulajadi badan melawan penyakit…Manakala kesan jangka panjang medan elektrik masih belum jelas… Mungkinkan ia boleh menyebabkan kanser?


Pendedahan akhbar baru ini menyiarkan telah ramai warga di ibukota mengalami stress dan penyakit mental… Didapati penyumbang utama kepada stress ibukota adalah disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas akibat pembayaran tol yang lambat, bunyian hon kenderaan lain, sering eksiden dsbnya.


Di Rawang, kita dikejutkan dengan kisah kilang yang mensteril sarung tangan untuk kegunaan bilik bedah hospital telah mengalami kebocoran akibat kebakaran. Pihak bomba dan pihak kilang menafikan dakwaan dalam akhbar… Perlulah perkara ini dinafikan kerana sekiranya benar ada kebocoran, sudah tentu akan melibatkan bayaran pampasan kepada penduduk setempat lagi pula harga rumah atau tanah di sekitarnya akan jatuh merudum ….


Di Lynas Gebeng… kilang radioaktif yang memproses Nadir Bumi akan juga mengeluarkan hasil sampingan radioaktif. Kilang ini datangnya dari  Australia… Negara Australia 26 kali ganda lebih besar dari Malaysia tetapi kita dengan sukacita berlapang dada berkerat rotan telah dengan rela hati dan tawa manja merelakan radioaktif dikebumikan di Negara kita yang tercinta…Tidakkah kita gusar, takut dan khuatir kalau kalau nanti lantai atau dinding konkrit yang dibina akan merekah lalu bahan radioaktif yang dikebumikan ini akan larut resap dalam tanah dan mencemarkan pula air bawah tanah Malaysia? Bukankah semasa kemarau sepanjang Januari → April 2014 ini, kerajaan berura ura mahu menggunakan bekalan air bawah tanah Negara?


Loji air penapisan air minum anda diletakkan di hilir sungai manakala di hulu sungai dibina berbagai bagai kilang kimia serta terdapat pula kawasan perladangan sawit dan juga tempat pelupusan sampah. Baja dan racun sawit mengandungi logam berat Cadmium yang menyebabkan berbagai penyakit kepada manusia. Buktinya, cacing susah hidup di kawasan sawit manakala ikan di sungai pula pupus… Kesemua kimia di hulu sungai akan larut resap dalam sungai dan airnya anda minum dari loji penapis air yang dibina di hilir sungai !!!


Kerana apa perkara jelek lagi menjengkelkan ini boleh dibenarkan? Kenapa Malaysia semuanya dibolehkan? Di manakah kawalannya…? Mungkinkah ada orang tertentu yang lebih berkuasa daripada akta ….  Kesemua pencemaran ini boleh menyebabkan penyakit kronik kepada manusia dan juga penyakit kanser.


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.