Melaka
guna beg plastik mudah urai
MELAKA:
Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) bakal menguatkuasakan
sepenuhnya pelaksanaan penggunaan beg plastik atau pembungkus barangan mudah
urai bermula Ahad ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau
dan Inovasi negeri, Datuk Wira Md Yunos Husin, berkata pelaksanaan itu turut
merangkumi peniaga pasar malam di negeri ini.
"Kita
melihat pelaksanaan kempen ini sejak tahun 2015 sebagai langkah terbaik memberi
kesedaran kepada masyarakat mengenai penggunaan beg plastik biodegradasi dan
polistirena.
"Namun,
kita melihat ada segelintir peniaga kecil seperti di pasar malam belum
menjalankan tanggungjawab menjayakan kempen ini dan kompaun akan mula dikenakan
ke atas mereka yang berdegil," katanya pada sidang media selepas
mengadakan lawatan mengejut ke sebuah pusat beli-belah di Peringgit, di sini, hari
ini, berhubung penggunaan pembungkus biodegradasi selepas dikuatkuasakan, awal
tahun ini.
Md
Yunos berkata, kerajaan negeri memandang serius isu penggunaan beg plastik di
Melaka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk diikuti serta
dikuatkuasakan di semua empat PBT di negeri ini.
Katanya,
tindakan tegas akan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil PBT dan peniaga
akan dikenakan kompaun RM250 bagi kesalahan pertama sebelum tindakan susulan
diambil.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.