Padah tersilap makan daun
beracun ketika penstriman langsung
SEORANG
vlogger dari China bergegas ke hospital selepas tersilap makan daun beracun
ketika penstriman langsung di media sosial. Vlogger kesihatan yang hanya
dikenali dengan nama Zhang itu dilaporkan merakam dirinya memakan sejenis daun
yang disangkanya daun lidah buaya (Aloe
Vera).
Menurut portal Business Insider, daun itu dikenal pasti daripada sejenis tumbuhan beracun dari Mexico bernama Agave Americana. Dalam video tersebut, Zhang dilihat memegang dua helai daun yang kelihatan seperti daun lidah buaya.
Dia kemudian menggigit daun itu dan berkata "yum" dan "hebat" sebelum menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Oh, rasanya pahit. Sangat pahit," katanya di hadapan kamera. Setelah mulutnya mulai berasa kebas dan tekaknya sakit, Zhang lantas menghentikan penstriman langsung dan bergegas ke hospital.
Menurut laporan berita tempatan, vlogger tersebut mengalami ruam serta lepuh, dan doktor terpaksa mengeluarkan sisa daun berkenaan dari perut untuk menyelamatkan nyawa Zhang. Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.