Negara Paling Selamat
didiami
BERITAMediacorp: Singapura mengungguli
senarai negara paling selamat untuk didiami di dunia pada 2016, setelah naik 12
tangga berbanding tahun lalu.
Demikian menurut Indeks Kemakmuran
Global ke-10 yang dikeluarkan oleh Institut Legatum yang berpangkalan di London
pada Khamis (10 Nov). Indeks tahunan itu meninjau dan menyenaraikan
negara-negara paling makmur di dunia, lapor laman Independent.
Luxembourg menduduki tangga kedua dan ia
merupakan negara paling selamat di Eropah. Tahun lalu, Luxembourg menduduki
tangga ke-10.
Satu lagi negara Asia yang berada dalam
ranking 10 teratas negara paling selamat di dunia adalah Jepun, yang pada tahun
lalu menduduki tempat ke-22. Ini bermakna ia melompat 19 tangga ke tempat
ketiga.
Iceland, yang masih kekal sebagai negara
yang diletakkan pada ranking tinggi, berada di tempat keempat, disusuli oleh
Denmark di tempat kelima.
Berikut ini senarai
penuh 10 negara paling selamat di dunia, seperti yang ditukil oleh laman
Independent:
1. Singapura
2. Luxembourg
3. Jepun
4. Iceland
5. Denmark
6. Norway
7. Jerman
8. Switzerland
9. Austria
10.
Sweden
Jumlah wang yang dimiliki sesebuah
negara adalah salah satu faktor yang dipertimbangkan oleh Institut Legatum bagi
mengukur kemakmuran, selain isu-isu lain seperti keselamatan.
Indeks itu meninjau data 149 negara dan menghasilkan senarai ranking yang
menyeluruh, berdasarkan keselamatan nasional negara-negara yang disenaraikan
dan penduduknya, menurut laman Independent.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.