Gempa
bumi hampiri Malaysia
KUALA
LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini
dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih
dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar
geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak
menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan
sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah
kawasan.
Beliau
berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap
merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau
ini berbanding sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.