Total Pageviews

Tuesday 4 July 2017

SILAP SERAH MAYAT DI HOSPITAL

SILAP SERAH MAYAT DI HOSPITAL




Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian kesilapan penyerahan mayat kepada salah sebuah rumah kebajikan untuk urusan pengebumian sepertimana dalam laporan akhbar Harian Metro Online pada 4 Jun 2017.

Jenazah Cina beragama Islam tersebut adalah berusia 74 tahun dan merupakan satu-satunya penganut Islam dalam keluarga mendiang.

Beliau sebelum ini menetap di sebuah Rumah Kebajikan di Kajang.

Makluman dan siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Hospital Kajang telah mengesahkan bahawa telah berlaku kesilapan penyerahan mayat dan siasatan mendalam kini sedang dijalankan oleh pihak Hospital dan JKNS.

Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini. KKM berpendirian bahawa ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital kerana sememangnya pihak hospital dan Unit Forensik sudahpun mempunyai garis panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) of Forensic Medicine; di mana ianya telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris.

Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan terlibat yang telah tidak mematuhi garis panduan serta SOP ini. Pengurusan abu mayat telah diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit.

Pihak KKM juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan hal yang sama daripada berulang.


DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 Jun 2017


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.