Pasangan warga
emas terperangkap lebih 24 jam dalam lif
IPOH: Terperangkap dalam lif selama lebih 24 jam di sebuah pasaraya di sini –
dari 11.30 pagi Jumaat hingga pukul 1 petang semalam.
Ketika diselamatkan, pasangan warga emas Md Dahalan Baki, 74, dan isterinya Ahadiyah Zakaria, 70, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan lemah kerana terkurung tanpa makan dan minum.
Sebelum itu pada Jumaat, menyedari kedua-dua orang tuanya itu tidak pulang setelah keluar membeli barang, Sa'adiah, 43, telah membuat laporan di Balai Polis Jelapang di sini.
Selepas sehari berlalu, semalam
mengsyaki ibu dan bapanya pergi ke sebuah pasaraya di Meru Raya, Saadiah keluar
mencari mereka di sana.
Beliau menemui Proton Wira Aeroback
milik ayahnya di tempat letak kereta di premis tersebut.
Wanita itu bergegas ke kawasan lif
bersama pengawal keselamatan pasaraya sebelum terdengar suara ayahnya meminta
tolong. Lif itu dikatakan rosak.
Setelah lif berjaya dibuka, pasangan yang tidak bermaya itu dikejarkan ke hospital oleh ambulans. Keadaan mereka kini stabil.
Setelah lif berjaya dibuka, pasangan yang tidak bermaya itu dikejarkan ke hospital oleh ambulans. Keadaan mereka kini stabil.
Sa'adiah menyatakan amat kesal kerana
pasaraya berkenaan terlalu cuai hingga tidak dapat mengesan pelanggan
terperangkap dalam lif.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Komen:
1. Sepatutnya
pasaraya berkenaan memasang tanda jangan guna / rosak di depan lif berkenaan.
2. Kena
ada dilengkapi mekanisma orang yang terperangkap boleh memberitahu security
pasaraya berkenaan sekiranya terperangkap dalam lif berkenaan.
1. Menjadi
tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi pasaraya memastikan setiap lif dan
eskalator adalah selamat digunakan.
2. Menjadi
tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi pasaraya memastikan fire drill dan
safety drill dilakukan secara berkala di dalam pasaraya tersebut
3. Nasib
baik orang tua ni tak mati....
Kerajaan negeri Perak
pandang serius kes warga emas terperangkap dalam lif
“Saya memandang serius perkara ini, amat menyedihkan bagaimana perkara begini boleh terjadi di dalam sebuah pasar raya yang besar dan melibatkan warga emas.
Kerajaan negeri Perak
pandang serius kes warga emas terperangkap dalam lif
IPOH: Kerajaan negeri Perak memandang serius isu pasangan warga emas yang
terperangkap di dalam lif di sebuah pasar raya terkemuka selebih 24 jam
baru-baru ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau
telahpun mengarahkan exco terlibat untuk menyiasat kes berkenaan bagi
memastikan insiden itu tidak berulang kepada sesiapa selepas ini.
“Saya memandang serius perkara ini, amat menyedihkan bagaimana perkara begini boleh terjadi di dalam sebuah pasar raya yang besar dan melibatkan warga emas.
“Saya tak faham kenapa dalam tempoh
24 jam itu pihak pasar raya berkenaan langsung tidak melakukan pemeriksaan
terhadap lif yang rosak tersebut.
“Saya dah minta exco bertanggungjawab
untuk ambil segala langkah yang perlu bagi memastikan semua bangunan di negeri
ini yang mempunyai lif mempunyai prosedur-prosedur tertentu kerana saya tak
mahu ini terjadi sekali lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco
di sini pada Rabu.
Beliau juga menggesa kesemua pemilik
bangunan di negeri ini untuk memantau lif masing-masing secara harian dan tidak
bersikap sambil lewa.
Ahad lalu, Md Dahalan Baki, 74, dan
isterinya Ahadiyah Zakaria, 70, telah terperangkap dalam lif sebuah pasar raya
di Meru, Ipoh selama lebih 24 jam ketika hendak membeli-belah.
Mangsa terperangkap di dalam lif
rosak itu dari jam 11.30 pagi Jumaat sehingga jam 1 tengah hari Sabtu sebelum
diselamatkan oleh pihak bomba.
Difahamkan kejadian itu disedari oleh
anak perempuan mangsa selepas pasangan berkenaan tidak pulang ke rumah sejak
keluar untuk membeli belah di pasar raya berkenaan pada Jumaat.
Kedua-dua mangsa dijumpai dalam
keadaan lemah di dalam lif itu selepas anaknya pergi ke pasar raya berkenaan
untuk mencari mereka bersama-sama pengawal pasar raya pada Sabtu.
Difahamkan keluarga mangsa telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan pasar raya tersebut.
Difahamkan keluarga mangsa telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan pasar raya tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.