Total Pageviews

Saturday, 8 July 2017

Kunyit Ubat Kanser

Kunyit Ubat Kanser


Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin . Dalam dos yang tinggi, curcumin mampu memberikan kesan terapeutik  untuk menentang keradangan. Menurut kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati curcumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadiantioksidan  bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)


Kunyit adalah herba yang mudah tumbuh di negara ini. Anda tidak perlu membeli produk kunyit sebagai anti kanser kerana produk yang telah diproses manusia selalunya menggunakan pengawet, pewarna perasa tiruan yang ia semua adalah berasaskan bahan kimia.


Bukankah lebih baik anda kupas sendiri kunyit itu dan buatlah ulam anda serta anda belajar memakannya mentah.


Sekarang tanggungjawab cerdik pandai dari Universiti tempatan pula melakukan kajian dan jangan kedekut kongsikan hasil kajian tuan untuk kebaikan manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.