Total Pageviews

Tuesday, 4 July 2017

Kenapa Islam dulu sangat maju & kuat


Kenapa Islam dulu sangat maju & kuat

Kenapa dulu Islam sangat maju serta ilmuan dan ciptaan Islam menjadi ikutan, panduan serta rahmat kepada bangsa dan umat yang lain?

Semua itu kerana, tamadun dunia dibina oleh orang orang yang ingat mati dan mereka bercita cita nak mati dan mereka tidak mengharapkan sebarang upah dari manusia. Mereka ikhlas dalam pelaksanaan kerja mereka. Justeru, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah.  Di zaman itu, ulama tidak mengharapkan upah wang. Ulama adalah doktor, ulama yang sama juga adalah petani, ulama juga adalah ahli kimia, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli matematik, ahli falsafah dan berbagai lagi cabang ilmu yang tidak mampu dibuat oleh ulama zaman sekarang.

Banyak orang zaman sekarang mengharapkan upah wang. Jika tiada upah, mereka lambat menyebarkan ilmu Allah. Mereka tidak mau masuk ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang mencabar dengan banyak halangan dan rintangan yang menunggu umpamanya seperti binatang buas, perjalanan yang susah,  penyakit berjangkit malaria, leptospira dsbnya. Sekiranya masuk pun, mereka tidak mampu hidup tinggal lama dengan masyarakat di pedalaman. Justeru berbahagialah mereka yang ikhlas dan tidak mengharapkan upah di kalangan mereka itu... kerana susah mencari manusia yang ikhlas dan tidak mengharapkan upah di zaman sekarang.

Oleh itu, di zaman dahulu, banyak ilmu pengetahuan dari Allah yang telah Allah kurniakan atas mereka. Justeru, dunia ketika itu menyaksikan banyak ciptaan alat alat sains yang menjadi menjadi manfaat dan rahmat serta digunakan oleh sekalian manusia yang telah lahir dari saintis Islam ketika itu. Antaranya, ciptaan kejuruteraan seperti mesin pengangkat air, mesin gear, kamera  dan kapal terbang. Justeru, mesin terbang yang pertama bukan diciptakan oleh Leonardo Da Vincci atau Orville & Wilbur Wright (1905), kerana mereka banyak mencedok ilmu pengetahuan dari saintis Islam.


Kehancuran Dunia hari ini disebabkan kejatuhan umat Islam sendiri dan kerana orientasi  manusia sudah beralih dari cinta akhirat kepada cinta dunia yang akan menyebabkan tamadun lama kelamaan akan jatuh. Buktinya, apa apa penulisan dalam internet, buku, suratkhabar atau laman sesawang hampir kesemuanya mempunyai Copyright atau hak cipta atau hak milik yang melarang sebarang artikel itu dari ditiru atau diolah bahasa dan sebagainya. Ini jelas kerana tuan punyanya mengharapkan upah wang ringgit dan mengharap habuan dunia di mana sangat jauh berbeza di zaman kecemerlangan Islam dahulu di mana para ahli sains dan ilmuwan ketika itu tidak mengharapkan sebarang upah dan sebaliknya mereka bekerja kuat dengan seikhlas hati. Tatkala itulah, di mana tiada kecintaan terhadap dunia, maka Allah dengan senang hati dan redha memercikkan banyak ilmu pengetahuan kepada ilmuwan islam ketika itu sehinggakan ilmu mereka itu kini banyak pula menjadi rujukan dan inspirasi permulaan kepada saintis hari kemudian mencipta  hasil rekaan mereka.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.