Jurutera UPM Bina Bangunan Kalis Gempa
KUALA LUMPUR: Kejadian gempa bumi di wilayah Bam, Iran pada 2003 yang meragut lebih 40,000 nyawa dan mengakibatkan 420,000 orang cedera mendorong seorang jurutera awam mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko korban akibat bencana itu.
Sejak
itu, Dr Farzad Hejazi mula melakukan kajian untuk mencari penyelesaian untuk
menjadikan bangunan-bangunan sedia ada dan yang akan dibina kalis gempa.
"Terlalu
ramai sahabat dan kenalan saya yang terkorban dalam kejadian itu. Sejak itu,
saya sentiasa memikirkan cara bagaimana mengurangkan risiko korban dengan melindungi
bangunan daripada musnah akibat gempa," kata beliau yang kini merupakan
pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam di Universiti Putra Malaysia
(UPM).
Setelah
menjalankan kajian lebih 10 tahun, kini Dr Farzad berjaya menghasilkan inovasi
sistem penyerap gegaran yang dapat mengurangkan kerosakan struktur bangunan
akibat gegaran gempa sehingga 80 peratus dengan kos yang minima.
Malah
hasil kajiannya mendapati teknologi berkenaan mampu menahan gegaran kuat
sehingga 8 skala richter.
"Berdasarkan
ujian makmal, kami mendapati peranti ini dapat mengurangkan kesan gempa bumi
yang sederhana hingga teruk. Malah kita dapat mengurangkan kerosakan bangunan
sehingga 70-80 peratus akibat gegaran gempa," kata Dr Farzad.
Konsep
yang digunapakai adalah penggunaan bahan penyerap gegaran seperti spring keluli
dan getah dalam struktur bangunan.
"Konsepnya
sama seperti penyerap hentakan kereta. Cuma dalam kereta kita menggunakannya
dalam skala kecil. Tetapi untuk struktur bangunan kita memerlukan skala yang
besar."
"Jadi
kami menghasilkan peranti ini yang dapat menyerap tenaga daripada gegaran dan
tenaga itu akan terus melesap daripada bangunan," jelasnya.
Untuk
tujuan demonstrasi, Dr Farzad mengenakan sebuah kerangka struktur keluli di
makmalnya dengan gegaran yang bersamaan dengan 5 skala ricter gempa bumi.
Tinjauan
Astro AWANI mendapati struktur berkenaan masih kukuh tanpa sebarang kerosakan
disebabkan peranti spring yang telah dipasang untuk menyerap tenaga yang dijana
daripada gegaran berkenaan.
Untuk
tujuan perbandingan, eksperimen sama turut dijalankan atas struktur keluli
tanpa penyerap gegaran. Hasilnya, beberapa bahagian pada struktur keluli
berkenaan didapati bengkok dan retak.
"Sekiranya
struktur bangunan bengkok ini amat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan
bangunan tersebut runtuh," kata Dr Farzad.
Mengambil
iktibar daripada negara gempa seperti jepun, katanya bangunan di kawasan
berisiko gempa wajar dilengkapi dengan sistem sedemikian untuk mengelakkan
risiko korban.
Kelebihannya
inovasi ini, ia dapat dihasilkan dengan kos yang rendah kerana bahan mentahnya
senang diperoleh.
"Dua
bahan utama yang digunakan iaitu keluli dan getah yang mana bahan-bahan ini
senang diperoleh dan kita tahu Malaysia juga merupakan negara pengeluar getah.
Untuk itu, harga untuk peranti ini boleh didapati serendah RM3,000 sehingga
RM7,000. Harganya jauh lebih murah berbanding sistem anti-gegaran dijual di
Jepun atau Amerika Syarikat," kata Dr Farzad.
Sehubungan
itu, katanya beberapa syarikat daripada negara berkenaan telah menghubunginya
untuk berkongsi maklumat untuk penghasilan inovasi sedemikian dengan kos
rendah.
Kajian
yang dilakukan Dr Farzad juga sudah merangkul lebih 25 anugerah inovasi
termasuk 5 inovasi berjaya dipatenkan.
-SUMBER BERITA DARIPADA ASTRO AWANI-
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.