Saintis Temui 163 spesies baru di Mekong
Maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Di masa ini, cerdik pandai manusia yang digabungkan dari seluruh pelusuk dunia masih tidak mampu mengetahui semua spesies spesies baru di bumi Allah tetapi manusia masih melangkah dengan sombongnya mendakwa hanya merekalah yang cerdik, yang kaya, yang bijak, yang berkuasa dan sebagainya serta boleh membuat segala keputusan. Manusia juga banyak yang rakus menyelongkar produk hutan serta memusnahkan kawasan hutan yang menjadi rumah kediaman kepada pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan. Tiada langsung belas kasihan di jiwa manusia mengambil habitat tumbuhan serta rumah rumah haiwan kecil dan tidak berdosa ciptaan Tuhan yang menjadi manfaat kepada manusia itu sendiri!
BANGKOK
- THAILAND. Ular berkepala pelangi dan cicak kelihatan seperti naga adalah
antara 163 spesies baharu yang ditemui sekumpulan saintis di wilayah Greater
Mekong, baru-baru ini.
Pengurus
Program Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk Great Mekong, Jimmy Borah
berkata, kesemua spesies baharu yang ditemui itu adalah satu peringatan bahawa
masih ada harapan meskipun kadar kepupusan semakin meningkat pada tahap
membimbangkan.
"Wilayah
Greater Mekong terus mengingatkan manusia bahawa masih terdapat banyak kawasan
luar biasa belum diterokai yang boleh membawa kepada penemuan baharu setiap
tahun dan adalah sangat penting untuk kita melindunginya sebelum ia
pupus," katanya.
Penemuan
yang diterbitkan dalam satu laporan semalam turut menemui cicak tokek di Laos
dengan kulit biru pucat dan spesies pisang jarang ditemui di utara Thailand yang
semakin terancam kerana peningkatan aktiviti penebangan hutan.
163 spesies baru ditemui oleh sekumpulan saintis di wilayah
Greater Mekong
Ular berkepala
pelangi dan cicak kelihatan seperti naga adalah antara 163 spesies baharu yang
ditemui sekumpulan saintis di wilayah Greater Mekong, baru-baru ini. Pengurus
Program Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk Great Mekong, Jimmy Borah
berkata, kesemua spesies baharu yang ditemui itu adalah satu peringatan bahawa
masih ada harapan meskipun kadar kepupusan semakin meningkat pada tahap
membimbangkan.
“Wilayah
Greater Mekong terus mengingatkan manusia bahawa masih terdapat banyak kawasan
luar biasa belum diterokai yang boleh membawa kepada penemuan baharu setiap
tahun dan adalah sangat penting untuk kita melindunginya sebelum ia pupus,”
katanya. Penemuan yang diterbitkan dalam satu laporan semalam turut menemui
cicak tokek di Laos dengan kulit biru pucat dan spesies pisang jarang ditemui
di utara Thailand yang semakin terancam kerana peningkatan aktiviti penebangan
hutan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.