KUCHING: Malaysia merupakan
‘Gang of 8’ menyebabkan hidupan liar termahal dunia, gajah dan badak sumbu
semakin terancam. Pada Mac 2013,
Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu negara yang menjadi transit,
sumber dan pengimport gading dunia menyertai China, Kenya, Filipina, Thailand,
Uganda, Tanzania dan Vietnam. Rampasan tangkapan dicatatkan sebelum ini pada
Disember 2012 di Pelabuhan Klang apabila kapal dari Togo ke China membawa
barang rampasan yang ketiga terbesar dalam tempoh 12 bulan. Pada Julai 2013
pula, Kenya merampas 3.3 tan gading dipercayai dari Uganda ke Malaysia manakala
pada Oktober 2013 tiga tan gading keluar dari negara ini ke Hong Kong dan
Haiphong.
Menurut penceramah jemputan, Dr
Ronald Orenstein yang juga merupakan seorang aktivis hidupan liar, masyarakat
Vietnam dan China mempercayai ia (gading) mempunyai sumber ubat-ubatan bagi
membantu mengubati kanser.
“Bukan itu sahaja, ia juga digunakan
sebagai cenderamata dan hadiah kepada orang atasan dan kenamaan di beberapa
negara,” kata Ronald sewaktu membentangkan ceramah bertajuk ‘Ivory, Horn &
Blood’ anjuran Pusat Biodiversiti Sarawak dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Cawangan Sarawak itu malam kelmarin.
Beliau yang juga merupakan pemegang
ijazah Doktor Falsafah (phD) dalam bidang Zoologi daripada University of
Michigan, Amerika Syarikat dan LL.B (Undang-undang) daripada University of
Toronto sebelum ini pernah mengarang lapan buku tentang sains dan alam semula
jadi. Beliau turut menjadi konsultan kepada Humane Society International (HSI)
dan telah mewakili HSI ke banyak persidangan dan konvesyen yang diadakan oleh
Konvesyen Pemerdagangan Spesies Liar Flora dan Fauna Antarabangsa (CITES) sejak
1987.
Gajah dan badak sumbu semakin pupus
dan melalui banyak halangan yang mana pemburu haram perlu dididik dan rakyat
harus diberi kesedaran berkaitan perkara itu, jelasnya. Lebih 1,000 renjer
hutan meninggal akibat dibunuh oleh militan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan
ini dan 183 renjer hutan mati di dalam sesebuah kawasan hutan simpan demi
mendapatkan tanduk dan gading binatang berkenaan.
Katanya terdapat beberapa jenis
gajah yang masih wujud sehingga kini iaitu gajah African Savanna (Loxodonta
Africana), gajah African Forest (Loxodonta Cyclotis) dan gajah Bornean Pygmy
(Elephas Maximus Borneensis).
“Spesies badak sumbu yang masih
wujud di dunia sekarang hanyalah badak sumbu Java (Rhinoceros Sondaicus), badak
sumbu Greater One-Horned (Rhinoceros Unicornis) dan badak sumbu Sumatera
(Dicerorhinus Sumatrensis).
“Tangkapan dan rampasan yang telah
dibuat bermula Januari sehingga Disember tahun lepas adalah 41.5 tan gading
gajah dengan jumlah kematian gajah sebanyak 41,500 ekor oleh pemburu haram.
“Krisis berkenaan dengan gading
gajah telah berlaku begitu lama sejak era 1980-an lagi dan hampir 600,000 gajah
dibunuh antara tahun 1979 hingga 1989 sahaja,” tambahnya.
Apabila kempen pengharaman itu
dijalankan di Asia, harganya turun kepada AS$2 per kg dan di Jepun
pengeluarannya jatuh kepada dua suku dan pengukir gading gajah di Asia Timur
tidak mempunyai perniagaan.
Begitu halnya dengan tanduk badak
sumbu yang perlu dimiliki oleh setiap lelaki muda Yaman yang sudah mengalami akil
baligh dan pada masa itu sekitar tahun 90-an Taiwan merupakan pengimport
terbesar bagi tanduk badak sumbu.
Selepas itu, di Yaman fatwa
dikeluarkan pada 1992 dan China mengharamkan dagangan domestiknya pada 1993 dan
Taiwan memberhentikan importnya pada 1994.
Bagaimanapun terdapat golongan
mereka yang mahukan perniagaan gading dibuka semula dan lebih 50 tan gading
dari Botswana, Namibia dan Zimbabwe dihantar ke Jepun pada 1997 bernilai lebih
kurang AS$4.7 juta, tegas Ronald.
Pada 2007, perdagangan gading dibuka
semula dengan Jepun dan China sebagai pembeli sah.
Sebanyak 62,333kg gading pada 2008
dijual kepada China dan 39,434kg dijual ke Jepun dengan harganya dua kali ganda
antara 2007 hingga 2009.
Pemburu haram banyak membunuh haiwan
liar yang bernilai tinggi itu di negara-negara Afrika dan China menunjukkan
minat terhadap pasaran gading gajah yang menyebabkan permintaannya semakin
tinggi. Pemburu haram yang membunuh haiwan liar ini terdiri daripada mereka
yang dilatih sebagai militan dan gerila di negara terbabit yang mana mereka
dikerah bagi membeli senjata api.
“Gading memberi keuntungan kepada
gerila Al-Shabaab dengan anggaran nilai sebanyak AS$200,000-AS$600,000 sebulan
dan dipercayai 40 peratus daripadanya digunakan untuk tujuan operasi militan.
“Mereka juga bertanggunjawab
terhadap kematian 62 orang di dalam pengeboman pusat beli-belah Westgate di
Nairobi.
“Tanduk badak sumbu pula bernilai
AS$65,000 per kg juga dijalankan oleh sindiket,” katanya.
Beliau berharap kerajaan Malaysia
dan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia bagi memelihara kedua-dua haiwan itu
akan membantu mengurangkan kepupusannya suatu hari nanti. Lebih kurang 85
peserta daripada kalangan orang ramai hadir mendengar ceramah Ronald yang
berlangsung selama sejam itu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.