Apabila kita melihat orang
berseluar pendek atau tak bertudung jangan cepat mengatakan orang itu tidak
alim, manusia kelas kedua atau mereka tidak
tahu agama dsbnya tetapi ajaklah dia berseluar panjang atau bertudung dengan
baik dan berhemah.
Jangan sesekali mengatanya
sampai mengguris hatinya.
Jangan pula ada dalam
fikiran kita mengatakan kita lebih baik darinya dan dia akan pasti dimasukkan
ke dalam neraka kerana kesalahannya itu..
Lebih buruk apabila kita
mula menyebut serta memburuk burukkan namanya kepada orang yang lain….
Dari Quran :
Sifat Allah adalah sangat
penyayang daripada segala yang penyayang dan
Allah Maha pemaaf dari
segala yang Pengampun.
Dan Allah lagi amat
mengetahui… Adakah kita lebih tahu dari Allah akan nasib orang yang kita
hinakan tadi?
Dan adakah syurga itu sudah
dijamin kita yang punya? Tidak . Syurga dan segala galanya adalah milik Allah
dan kita jangan sekali kali cepat menjadi hakim bagi menjatuhkan hukuman kepada
mana mana mahkluk Allah.
Juga tidak wajar kita
menjatuhkan hukuman akan ke mana nasib mereka di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.