Total Pageviews

Friday, 23 December 2016

Cara Jaga Kesihatan Usus

Cara Jaga Kesihatan Usus

Usus adalah organ percernaan dan di samping ada banyak fungsi fungsi penting usus yang lain. Antaranya; usus berfungsi sebagai kolam untuk sistem imuniti badan anda.

Anda seharusnya bijak dan berhati hati untuk menjaga tahap kesihatan usus anda. Apabila anda terkena kanser usus dan terpaksa membuat colostomy, barulah seseorang manusia menyedari betapa penting serta mustahaknya sistem usus dalam kehidupan anda. Telah tiada lagi nikmat membuang air besar di dalam bilik air sambil menikmati pelbagai idea yang mendatang kerana ketika proses itu, sistem saraf autonomik yang mengawal selia fungsi badan sepenuhnya adalah dominannya sistem parasimpatetik.

Selain itu, seseorang insan juga baru sedar nikmat usus apabila ia diserang cirit birit yang teruk….Umpamanya sehingga mengambil tempoh seminggu dan dalam sehari dia cirit birit yang keluar hanya cairan air sahaja sehingga 10 kali sehari! Terutamanya sekiranya anda dijangkiti dengan bakteria Salmonella paratyphi Varian Java, Salmonella Typhi, Vibrio Cholera, Salmonella Enteritidis, Rota Virus dsbnya.

Sudah tentu pada hari ketujuh atau ke lapan sudah melecet duburnya akibat luka dan anda juga sudah hampir berputus asa untuk hidup kerana sudah tiada kedapatan nikmat hidupnya lagi. Dubur (atau anus) boleh luka akibat terkena cairan berbagai enzyme enzyme penghadam makanan yang dikeluarkan dari kelenjar kelenjar usus.

Justeru itu, bagi kita yang sihat ini seharusnya bersyukur sebanyak banyaknya kepada Allah yang MahaKuasa kerana telah mengurniakan kesihatan yang usus yang baik kepada kita (Disamping nikmat nikmat lain yang tidak terhinggakan banyaknya)…

Ada banyak buat & jangan buat untuk penjagaan usus yang baik.

Buat:

1.     Kunyah sekurang kurangnya 44 kali sebelum makanan ditelan – Sunnah Nabi dimana makanan dapat dicerna dengan enzyme dalam air liur anda.
2.     Amalkan makan probiotik yang baik setiap hari – Probiotik adalah bakteria baik yang akan melawan bakteria jahat dalam usus anda. Probiotik juga dapat menguatkan sistem limpoid dalam usus anda seterusnya menguatkan sistem imuniti badan anda.
3.     Berpuasa sebulan Ramadhan untuk merehatkan usus anda yang tidak pernah berehat.
4.     Makan ikut waktu tetap
5.     Makan terakhir sebelum pukul 6 pm.
6.     Pergi jumpa doktor pakar usus untuk melihat kesan kesan kanser usus dan membuat kolonoscopi.
7.     Buang air besar secara tetap pada setiap bangun subuh.
8.     Makan sayuran hijau yang 100% bebas racun serangga, racun rumpai & racun kulat. Sayuran hijau mengandungi banyak serat.
9.     Amalkan minum jus ubi ubian, buah buahan atau jus daun hijau seperti ubi karot, beet root, kentang, sengkuang, buah nenas,  amrah,  avocado, daun pecah beling, asam gelugur, manggis dsbnya.
10. Buang kulit tomato, kulit terung dsbnya sekiranya anda meragui buah  buahan ini mengandungi racun 3 dalam satu.

Jangan amalkan Buat:

1.     Memakan daging merah – Daging bersifat asid sementara pH Normal cecair serum dalam badan anda dalam julat 7.35-7.45 sahaja.
2.     Makan terlampau banyak – akan jadi beban kepada usus, hati dan buah pinggang anda.
3.     Makan junk food
4.     Makan di luar – kerana tahap kebersihan makanan selalu diragui. Contoh tidak membasuh kulit telur yang masih bertahi ayam. Tidak membasuh kangkung cili dan bawang yang nak dibuat nasi gorang.
5.     Makan siput sedut, kerang, lala, remis, lokan, kepah, mentarang dll = mungkin mengandungi logam berat kerana haiwan ini makan secara menapis lumpur. Sekiranya lumpur itu tercemar, anda berisiko mendapat lebihan logam berat dalam badan anda.
6.     Makan pewarna tiruan, pengawet makanan, MSG, Additif makanan, pengemulsi tiruan, penstabil dsbnya yang berasaskan bahan kimia sintetik.
7.     Jangan minum sambil makan
8.     Jangan menahan nahan atau menangguh nangguh dari buang air besar.


InshaAllah, semoga info ini berguna dan selamat mengamalkan !

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.