Total Pageviews

Friday, 23 December 2016

Cara Jaga Kesihatan Mulut


Cara Jaga Kesihatan Mulut

Mulut adalah organ ciptaan yang Maha Suci yang Maha Hebat!  Selain fungsinya untuk makan, mulut juga adalah penampilan anda. Sudah tentu anda perlu menjaga kesihatan mulut anda dengan sebaik baiknya! Ada banyak buat & jangan buat untuk penjagaan mulut yang baik.

Buat:

1.     Buang lebihan sel mati atau daki pada lidah anda dengan pengikis lidah yang baik pada setiap kali anda bangun pagi dan setiap kali sebelum anda masuk tidur di malam hari.
2.     Tanya keluarga anda atau rakan anda adakah nafas atau mulut anda berbau? Sekiranya berbau ini menunjukkan kesihatan dalam mulut anda tidak memuaskan dan anda perlu rajin melakukan tindakan penambahbaikan.
3.     Kunyah sekuntum dua bunga cengkih untuk mewangikan mulut anda.
4.     Floss gigi anda sekurang kurangnya 2 kali sehari atau setiapkali selepas anda makan – Ini untuk membuangkan sisa makanan di celah celah gigi anda.
a.     Sekiranya ada pendarahan gusi; ini menunjukkan gusi anda kurang sihat dan anda perlu floss gigi secara tetap setiap hari.
b.    Gunakan floss gigi jenis yang baik. Saya suka menggunakan Ranir dental Floss.
5.     Berus gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari atau setiapkali selepas anda makan.
a.     Biasakan membaca apa kandungan kimia dalam ubat gigi yang akan dibeli. Lihat juga tarikh luputnya.
b.    Gunakan ubat gigi herba atau yang paling sedikit kandungan bahan kimianya
c.     Gunakan sedikit sahaja ubat gigi atau sebesar kepala peniti.
d.    Kumur kumur dengan air beberapa kali untuk membuang sisa sisa ubat gigi yang masih ada dalam mulut anda.
e.     Berus dengan berhati hati untuk elakkan gusi anda dari tercedera.

Jangan amalkan Buat:

1.     Tidak Floss
2.     Tidak berus gigi
3.     Sambil lewa atau malas menjaga kesihatan mulut.
4.     Jangan suka mengunyah benda masam atau gula gula manis yang merosakkan gigi anda.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.