Air sungai bertukar hitam
Melaka:
Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Enam Bachang, di sini,
terjawab apabila ribuan bangkai ikan pelbagai jenis ditemui terapung di sungai
berhampiran rumah mereka, di sini, semalam. Penduduk Latipah Ab Wahab, 45,
berkata, pada awalnya bau busuk yang dihidu disangkakan bangkai haiwan seperti
lembu atau kambing, tetapi sebaliknya. Katanya, bau busuk itu hanya dihidu
penduduk pada pagi semalam dan disebabkan tidak tahan dengan keadaan itu,
mereka ke sungai terbabit jam 8 pagi sebelum terkejut dengan penemuan bangkai
ikan terbabit.
“Sebaik
tiba di sungai berkenaan yang jaraknya hanya kira-kira tiga meter dari rumah
penduduk, kami terkejut apabila melihat objek berwarna putih terapung di tepi
sungai terbabit,” katanya.
Menurutnya,
disebabkan terlalu banyak bangkai ikan, air sungai juga bertukar warna menjadi
hitam dan kejadian itu segera dimaklumkan kepada penghulu sebelum wakil Jabatan
Alam Sekitar (JAS) datang menjalankan siasatan. Sementara itu, Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ismail
Othman berkata, JAS sudah memaklumkan kepada pihaknya mengenai kejadian itu dan
dan siasatan lanjut akan dilakukan.
TEMERLOH – Lebih 200 penduduk di dua
perkampungan Melayu, di sini, kecewa apabila anak sungai menjadi tumpuan mereka
mencari ikan, kini tercemar dengan pelbagai sisa buangan yang berisiko menjadi
punca masalah lain. Penduduk Kampung Paya Jauh dan Kampung Tanjung Batu, di
sini, juga bimbang ternakan serta tanaman menggunakan aliran air sungai itu
akan mati jika tiada tindakan diambil pihak berwajib.
Penduduk Kampung Paya Jauh, Mohd Sabri Daud,
42, berkata, kini dia tidak berani untuk menangkap ikan di sungai itu yang
semakin tercemar sejak beberapa tahun lalu. “Dulu sungai ini menjadi tempat
kami menangkap ikan, tetapi kebelakangan ini terutama sejak setahun lalu, ia
begitu tercemar. “Kami tidak sanggup lagi tangkap ikan dan makan dengan keadaan
air bertukar hitam serta berbau. Kami juga tidak sanggup beri anak isteri
makan,” katanya.
Tidak pasti punca pencemaran
Sementara itu, rakannya, Anuar Abd Mutalib,
34, berkata, dia sendiri tidak pasti punca pencemaran sungai itu kerana terlalu
banyak tali air mengalir ke arah anak Sungai Kuala Temerloh. Menurutnya, semua
aliran air anak Sungai Kuala Temerloh akan mengalir keluar ke Sungai Pahang
dekat Kampung Tanjung Batu sekali gus mendatangkan risiko kepada penternak ikan
sangkar Sungai Pahang.
“Saya tak pasti pencemaran ini daripada mana.
Terlalu banyak tali air menghubungkan kawasan ini. Tetapi ada beberapa petunjuk
kukuh, ia datang daripada sebuah kilang berhampiran,” katanya.
Sementara itu, penduduk Tanjung Batu, Lias
Jamaludin berkata, aliran air sungai itu mengalir keluar dari banyak kawasan
termasuk melalui tanah miliknya yang ditanam dengan pokok getah.
“Kalau dulu saya boleh basuh muka, sekarang
nak celup tangan pun tak sanggup. Dulu banyak ikan di lubuk-lubuk sungai ini,
sekarang mana ada lagi,” katanya.
Ambil tindakan segera
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan pihaknya menerima aduan penduduk berkaitan pencemaran tersebut sejak Ogos lalu. Ketua Cawangan JAS Temerloh, Helmi Ahmad berkata, sehingga kini pihaknya menerima dua aduan pada Ogos dan September, tahun ini.
Menurutnya, hasil siasatan dan sampel air diambil pada September lalu, JAS mengesahkan ia berpunca dari sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.
“Berdasarkan rekod, kami mendapati pencemaran berpunca daripada sisa buangan dari kilang tersebut. Kami juga mengadakan pertemuan dengan pihak kilang. JAS dimaklumkan pihak kilang bersetuju untuk menambah baik sistem pengolahan air di kilang mereka bagi mengelakkan pencemaran di sungai itu.
“JAS dimaklumkan pihak kilang mempunyai loji
pengolahan air yang baik sebelum ini, tetapi masalah pencemaran berlaku pada
masa-masa tertentu tidak dapat dielakkan,” katanya.
Helmi berkata, pihak kilang juga berjanji
untuk membaik pulih loji itu untuk mengelak pencemaran.
“Pihak kilang membentangkan perancangan
mereka untuk menambah baik operasi kilang dan dipersetujui di peringkat JAS
Pahang.
"Bagaimanapun, aduan daripada penduduk
kampung melalui Sinar Harian akan diambil kira. Kami juga akan melakukan
siasatan segera,” katanya.
BENTONG
– Perubahan warna air Sungai Lebu yang menjadi hitam-kehitaman menyebabkan
penduduk tidak selesa kerana bimbang sungai itu tercemar dengan bahan tidak
sepatutnya. Penduduk, Rosdi Majid, 50, berkata, perubahan dapat dilihat lebih
kurang dua hari lalu. Menurutnya, sungai itu bukan sahaja bertukar warna
menjadi kehitaman, tetapi juga terdapat kesan tompokan minyak.
“Saya
cukup sedih melihat keadaan itu memandangkan air sungai ini masih digunakan
penduduk walaupun mempunyai bekalan air paip.
“Saya
sendiri biasa mandi bersama keluarga di sini, malah ada penduduk menggunakannya
untuk minum memandangkan air itu mengalir dari bukit berhampiran,” katanya.
Rosdi
berkata, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan memandangkan Sungai Lebu
menjadi sebahagian daripada keperluan penduduk setempat.
Pencemaran beri kesan
Seorang lagi penduduk, Mohd Rosmiha Zainal Abidin, 41, berkata, pencemaran sungai itu dipercayai berpunca daripada kilang berhampiran.
Namun
katanya, penduduk tidak mahu membuat tuduhan melulu, sebaliknya menyerahkan
perkara itu kepada pihak berwajib seperti Jabatan Alam Sekitar (Jas) dan JPS
untuk menjalankan siasatan.
“Kami
harap perkara ini dapat diselesaikan segera sebelum bertambah teruk kerana
keadaan itu bukan sahaja memberi kesan kepada hidupan air, tetapi juga penduduk
setempat,” katanya.
Mohd
Rosmiha berkata, ada sebilangan penduduk turut mengail di situ bagi menambah
pendapatan kerana terdapat pelbagai jenis ikan termasuk siput sedut dan lampam
di dalam sungai itu.
“Jika
keadaan berterusan, sudah pasti memberi kesan besar. Tambahan pula, sungai
merupakan khazanah alam perlu dijaga.
“Sebagai
penduduk, keadaan ini merisaukan kami kerana sudah pasti sungai yang ada akan
‘mati’,” katanya.
Kesal sikap pihak kilang
Pengerusi JKKK Lebu, Uyop Sulaiman berkata, pihaknya kesal berhubung perkara itu dan berharap pihak terbabit tidak melepaskan sisa kilang ke dalam sungai itu lagi. “Pencemaran sungai menyebabkan penduduk rugi terutama bagi mereka yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan,” katanya.
Akan jalankan siasatan
Bagi
Jurutera JPS Daerah, Mohamad Kamal Ridzuan Kamaruddin pula, pihaknya menerima
aduan daripada penduduk berhubung perkara itu.
Menurutnya,
siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengenal pasti punca pencemaran sama
ada daripada kilang, kediaman atau sebagainya.
Katanya,
kemudiannya tindakan akan diambil termasuk bekerjasama dengan Jas untuk
tindakan seterusnya kerana membabitkan kualiti air.
“Kami
pada masa sama akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.
PONTIAN - Busuk dan
menjijikkan. Itu luahan nelayan sungai Pontian yang terpaksa menghidu bau busuk
dan hanyir air sungai yang bertukar kehitaman sejak dua tahun lalu. Nelayan,
Jefri Hashim, 41, berkata, air sungai yang berubah menjadi hitam menyebabkan
kemusnahan habitat ikan dan udang galah.
Akibatnya, sungai yang
menjadi periuk nasi mereka hanya tinggal kenangan.
“Pembukaan kilang semakin rancak di kawasan berhampiran sungai menyebabkan berlaku pencemaran sungai.
“Pembukaan kilang semakin rancak di kawasan berhampiran sungai menyebabkan berlaku pencemaran sungai.
“Dianggarkan terdapat
lebih lima kilang dibuka di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar
Harian, semalam.
Menurutnya, pencemaran
turut menyebabkan nelayan dan penduduk sekitar tidak berani menjala udang dan
ikan.
“Keadaan air sungai yang
hitam dan berselut menyebabkan ada rakan-rakan yang mengadu dijangkiti penyakit
kulit akibat air kotor,” katanya.
Sementara itu nelayan veteran, Jaafar Ahmad, 70, berkata, dahulu, sungai tersebut merupakan tempat tumpuannya dan pengunjung luar seperti Johor Bahru dan Singapura untuk menangkap udang galah. Namun, kini mereka terpaksa mencari kerja baharu kerana tidak dapat turun mencari udang galah dan ikan.
Sementara itu nelayan veteran, Jaafar Ahmad, 70, berkata, dahulu, sungai tersebut merupakan tempat tumpuannya dan pengunjung luar seperti Johor Bahru dan Singapura untuk menangkap udang galah. Namun, kini mereka terpaksa mencari kerja baharu kerana tidak dapat turun mencari udang galah dan ikan.
“Sejak sungai tercemar,
pak cik tidak lagi turun menjala udang. Jala terpaksa disimpan dalam rumah
sahaja,” katanya.
Justeru, dia berharap
masalah dihadapi nelayan dan penduduk 10 kampung berhampiran sungai tersebut
mendapat perhatian pihak berkaitan.
“Setakat ini, isu sungai hanya diajukan kepada pihak kepimpinan kampung sahaja, namun keadaan semakin teruk sejak kebelakangan ini. “Kami bimbang Sungai Pontian yang terkenal dengan udang galah akan pupus sekiranya tiada tindakan sewajarnya diambil. Jadi, kami harap rintihan kami ini didengar pihak berwajib,” katanya.
“Setakat ini, isu sungai hanya diajukan kepada pihak kepimpinan kampung sahaja, namun keadaan semakin teruk sejak kebelakangan ini. “Kami bimbang Sungai Pontian yang terkenal dengan udang galah akan pupus sekiranya tiada tindakan sewajarnya diambil. Jadi, kami harap rintihan kami ini didengar pihak berwajib,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.