BESUT, 10 Okt (Bernama) - Pengusaha
industri madu kelulut mampu memperoleh pulangan sebanyak RM280 juta hingga
RM300 juta setahun, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Badrul Hisham Mohd.
Beliau berkata berikutan itu,
pihaknya berhasrat menjadikan madu kelulut sebagai satu daripada produk
terbaharu dalam meningkatkan pendapatan negara. Katanya mengikut rekod
kementerian, terdapat 6,000 penternak kini mengusahakan kira-kira 60,000 sarang
kelulut di seluruh negara. "Setiap sarang berjaya menghasilkan dua
kilogram madu dalam sebulan yang dipasarkan dengan harga antara RM150 hingga
RM200 sekilogram.
Kementerian berhasrat membimbing
para penternak madu kelulut ini dan memasarkannya melalui bantuan Mardi
(Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)," katanya. Beliau
berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Keusahawanan Industri
Asas Tani di Demong Beach Resort, Besut di sini, semalam.
Badrul Hisham berkata kementerian
berkenaan juga mengiktiraf madu kelulut sebagai 'Super Food' berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh Mardi bahawa ia mempunyai khasiat yang tinggi dari segi
nutrisi berbanding produk makanan lain.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.