Total Pageviews

Saturday 3 December 2016

Cirit birit di kalangan bayi dan kanak kanak




Cirit birit di kalangan bayi dan kanak kanak



Anda pernah mengalami anak kecil atau bayi anda cirit birit yang berpanjangan? Ia mungkin disebabkan oleh Rota Virus. Rotavirus adalah agen penyebab penyakit gastroenteritis (radang usus atau cirit birit). Usus yang dijangkiti adalah usus kecil.

Rota Virus adalah agen penyebab yang kerap menjadi punca cirit birit di kalangan bayi kecil atau neonates. Sekiranya anda menyusu badan, si kecil mungkin terselamat dari cirit kerana terdapat antibodi ibu di dalam susu badan anda masuk ke badan bayi bagi melindungi bayi! Justeru bayi berumur antara 6 hingga 2 tahun adalah paling berisiko mendapat jangkitan Rota Virus.
Biasanya orang dewasa imun kepada Rota Virus.

Tanda tanda jangkitan adalah anak mengalami cirit birit yang teruk, loya, muntah, demam dan kekurangan air dalam badan. Kanak kanak di bawah umur lima tahun adalah berisiko tinggi mendapat jangkitan Rota Virus.

Risiko jangkitan boleh disebarkan ke kanak kanak lain mahupun orang dewasa. Anak anda biasanya ambil masa dua hari sebelum mengalami cirit birit. Muntah dan cirit boleh berpanjangan antara 3 hari sehingga seminggu.

Rawatan jangkitan Rota Virus adalah simptomatik. Tiada antivirus bagi merawat penyakit ini. Suruh anak anda minum air selalu. ORS boleh diberikan. Untuk kes teruk, anda boleh memberi tambahan air Normal Saline melalui saluran intravena di hospital.

Walaubagaimanapun, telah ada vaksin bagi mencegah jangkitan Rota Virus.


Fakta Penyakit Cirit Birit disebabkan Rota Virus :

Cara Jangkitan = Faecal oral
Tempoh eraman = 2 – 4 hari
Muntah adalah tanda paling menyerlah diikuti oleh cirit birit.
Najis berair dan terdapat mucus
Selain Rota Virus, terdapat virus virus jenis lain yang juga boleh menyebabkan cirit birit di kalangan bayi kecil:
→ Norwalk virus
→ Adenovirus


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.