Total Pageviews

Wednesday, 14 December 2016

P Ramlee mati


Seniman agung P Ramlee mati

Tulisan tangan Allahyarham P. Ramlee

Kematian Tan Sri Dr. P. Ramlee atau Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Putih berusia 45 tahun pada 1973 adalah suatu perkara tragis yang amat mengharukan…

P. Ramlee menempa nama di Shaw Studio Jalan Ampas Singapura. P Ramlee sempat mengarahkan 18 filem lagi di Kuala Lumpur termasuk filem popular Laksamana Do Re Mi.

P. Ramlee selalu berbicara untuk memelihara adab sopan tatasusila orang Melayu melalui perjuangan seni. P. Ramlee cinta kepada musik tradisional Melayu termasuk lagu lagu joget, orkes orkes kombo, lagu lagu asli, ghazal, zapin, inang, dendang sayang dsbnya. Lagu lagu tradisi seperti ini tidak pernah dipertandingkan atau dipertunjukkan.

Jika lagu lagu ini tidak diberi galakan, niscaya, lama kelamaan lagu lagu ini akan tenggelam dilupa terus oleh masyarakat Melayu. Sebaliknya, lagu lagu dan tarian dari barat akan memenuhi, mewakili, mewarnai,  mencorakkan dan akhirnya  meracuni minda anak anak bangsa kita dengan budaya asing.

Hari ini, kesopanan tata susila bangsa Melayu telah banyak terhakis sehingga kerap melahirkan banyak anak anak Melayu yang kurang ajar kepada ibu bapa malah sanggup pula menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang orang tua. 

Disusuli dengan penghapusan tulisan jawi di sekolah, anak anak Melayu terus hanyut sehingga banyak yang tidak kenal dengan peri budi bahasa ketinggian bangsanya sendiri. 

Banyak pula Melayu yang menjadi kurang asam dan ada pula yang sanggup membuang anak merata rata. 

Yang lelaki seterusnya tidak mahu bertanggungjawab kepada anak yang dikandung perempuan. Sebaliknya si lelaki ini meninggalkan si perempuan terkapai kapai sendirian yang akhirnya menjadi murka Tuhan.

Tan Sri Dr. P. Ramlee pernah dihina dan diboo oleh masyarakat yang irihati kepadanya. Ada pihak yang sanggup menyedihkan hati P. Ramlee dengan berkeputusan untuk tidak lagi memperbaharui kontrak yang telah tamat dengan seniman agung itu. 

Sikap tidak berperi kemanusiaan ini umpama tidak mengenang budi kerana P. Ramlee telah memberikan kebaikan kepada mereka dengan mengaut keuntungan besar hasil lagu lagu yang diciptakan P. Ramlee. 

Sikap kacang lupakan kulit lebih menghiris tangkai jantung hati P. Ramlee berbanding daripada penolakkan tersebut.

Tahun 1972 dan 1973 adalah tahun yang sangat kelam bagi P. Ramlee….  Tiada sebarang aktiviti mengarah, menggubah, berlakon, mencipta lagu, bernyanyi diberikan kepada beliau menyebabkan P. Ramlee sangat tertekan bagi mencari makan dapat menyara keluarga beliau. 

P. Ramlee ditolak sepenuhnya daripada mencipta filem, mencipta lagu, mengarah, berlakon dan menyanyi menyebabkan seniman agung itu berasa tekanan jiwa yang amat sangat. 

Antara sebab yang menyebabkan P Ramlee stress adalah kerana mereka memberikan P Ramlee surat bahawasanya kontrak P. Ramlee tidak boleh diperbaharui kerana zaman P. Ramlee telah berlalu dan filemnya tidak lagi laku.

Terdapat juga kumpulan yang terlibat sebagai pembantu utama dalam usaha membunuh karier P. Ramlee dengan membesarkan cerita kisah kisah kegagalan filem Si Tora P. Ramlee, kononnya jalan ceritanya berbelit dan susah difaham, filem yang mengecewakan dan merosot,  filem P Ramlee banyak gagal, kisah P Ramlee yang sudah tiada lagi laku dsbnya.  

Ini membuatkan P. Ramlee enggan berjumpa dengan mana mana wartawan. Sebaliknya, para wartawan bermegah megah dapat mengkritik P. Ramlee dengan semahu mahu dan sepuas hati mereka. 

Masing masing yang irihati berlumba lumba cuba hendak menjatuhkan P. Ramlee. Tiada langsung simpati diberikan kepada P. Ramlee kerana sikap hasad dengki kental mereka kepada P. Ramlee tidak pernah kunjung padamnya.

Justeru itu, P. Ramlee sangat kecewa dengan wartawan. Namun demikian, P. Ramlee tidak pernah mengadu domba kesusahan hidup beliau kepada orang lain mahupun kepada anaknya sendiri ataupun kepada kawan baik. Itulah dia P. Ramlee.

Sekiranya masyarakat, mereka yang hasad  berhenti dari mengejek dan menghina beliau ataupun syarikat atau pihak berkepentingan, badan dan jabatan yang berkenaan dapat memberi peluang dan ruang yang selesa lagi luas kepada beliau, berkemungkinan besar kematian awal Tan Sri Dr. P. Ramlee dapat dielakkan.

Ibarat seperti lilin, P. Ramlee sanggup mengorbankan diri bagi mencipta filem dan lagu lagu yang berkualiti tinggi serta menjadi pengajaran kepada insan kemudian. 

Mentaliti kita jelas adalah terdiri dari kelas murahan yang sama sekali gagal menghargai permata berharga Negara.

Kenapa kita sanggup membiarkan insan seni, permata Negara hidup menderita, dihina, dikata tanpa dibela, hidup merempat dan terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi?

Kenapa kita tidak menunjukkan belas kasihan mahupun keprihatinan tinggi kepada insan seni yang berjasa mengharumkan nama Negara. 

Nasib Seniman Agung Negara itu tidak dibela setimpal dengan jasa budi yang beliau curahkan tanpa mengenal penat lelah bagi membangkitkan adat  budaya dan kesopanan bangsa Melayu.

P. Ramlee terpaksa bekerja keras sehingga terpaksa menjadi sebagai juruacara majlis di sekolah sekolah… Kenapa kita,   sampai hati membiarkan Seniman Agung Negara diperlaku sedemikian rupa?

Ditolak sepenuhnya dari bidang gubahan lagu, nyanyian, lakonan dan arahan menyebabkan humiliasi penuh (total humiliation) kepada P. Ramlee lalu menjurus beliau mendapat serangan jantung pada 29 Mei 1973. 

Akibat menderita tekanan jiwa terlampau, Tan Sri Dr. P. Ramlee mendapat serangan jantung (Myocardial Infarction) pada subuh 5.30 pagi 29 Mei 1973 dan meninggal dunia di sisi pangkuan isterinya Salmah Ismail atau Pn Sri Saloma di Hospital Besar Kuala Lumpur. 

Kematian yang penuh tragis dan jelas adalah kematian yang boleh dielakkan (preventable death). Jadi soalannya, siapakah sebenarnya yang telah terlibat menyebabkan Tan Sri P Ramlee berada dalam situasi stress yang amat sangat seterusnya beliau mendapat serangan jantung? 


Sebenarnya kisah Tan Sri Dr. P. Ramlee adalah penuh dengan iktibar dan contoh teladan hatta kisah bagaimana beliau boleh mati pun adalah penuh dengan pengajaran.

Semoga kematian beliau tidak sia sia sebaliknya menjadi teladan kepada kita yang sepatutnya bertindak agar lebih peka dan tidak lagi bersikap sambil lewa dalam mengenal pasti permata Negara yang masih ada serta menggilap bakat mereka agar menjadi manfaat berguna kepada Negara sebelum terlambat.  




 

 

 

 

Kisah Sedih P.Ramlee Di-Akhir Hayat

  https://www.facebook.com/groups/1949006778473715/permalink/5757724737601881/

 

Kacang Lupakan Kulit, 2 Syarikat yang naik mendadak atas karya dan bakat P.Ramlee. Dan 2 Syarikat ni lah jugak yang jatuhkan dan khianat dia.

 

1. Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan khidmat P.Ramlee atas arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Ditulis, "Karya P.Ramlee tak bagus.."

 

2. EMI menamatkan kontrak P.Ramlee, Mrs Devan berkata "Lagu P.Ramlee dah tak laku.. orang tak beli". EMI Malaysia juga kata kontrak P.Ramlee adalah dgn EMI Singapura.

 

Harus diingat, P.Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji amat rendah membentuk Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes. Lee Kuan Yew arah Shaw Brothers ditutup untuk sekat union itu. Apa tujuan LKY?

 

EMI pula seolah tidak lagi mengenang jasa P.Ramlee. Seniman Agung ini telah memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil dari ratusan lagu dan album P.Ramlee, Saloma dll... Kenapa perlu buang terus P.Ramlee? Ikon terbesar industri musik semasa itu? Bukankah kompilasi lagu P.Ramlee dan hasil lirik setta lagu P.Ramlee masih popular?

 

Itu lah dua punca daripada bidang lakonan dan lagu yang telah jatuhkan karier P.Ramlee. Ia adalah satu bentuk pengkhianatan. P.Ramlee adalah seorang pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan lagu Melayu fu dalam nyanyian.

 

Tak cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha P.Ramlee pada ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang meresap ke dalam jiwa anak bangsa. P.Ramlee terpaksa memboikot media yg sering memutarbelit kenyataannya.

 

Karyawan pula ramai dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P.Ramlee tubuhkan PERFIMA bersama HM Shah.. Dan turut disertai Jaafar Abdullah, Jins Shamsuddin dan Salleh Ghani.. Maka Board Of Directors putuskan bahawa P.Ramlee tak bagus sebagai pengarah filem kerana 'tiada kelayakan akademik'.. Maka Jins Shamsuddin yg dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru balik dengan sijil pengarahan filem dari London. Maka P.Ramlee dan HM Shah keluar dari PERFIMA. Segala usaha P.Ramlee disabotaj.

 

3 bulan selepas itu, P.Ramlee menjadi bertambah stress apabila menerima saman mahkamah. Beliau menjadi penjamin/guarantor kepada deorang kawan untuk satu pinjaman yang agak besar jumlahnya. 'Kawan' ini lesap, Hilang begitu saja. P.Ramlee berhadapan tindakan mahkamah yang boleh menjatuhkan hukum Muflis sedangkan P.Ramlee tidak ada wang untuk tebus diri.

 

Semenjak itu beliau mula mengalami kemurungan dan kekecewaan yang amat sangat. Ditambah pula anaknya Nasir P.Ramlee kawin di usia 19 dan keluar rumah. P.Ramlee kecewa dan marah kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.. Beliau menjadi tidak terurus, tak bercukur sehingga hari kematiannya. Sedih.. Kecewa.. Stress bagai nak gila.

 

Seminggu selepas menerima surat saman itu P.Ramlee meninggal dunia menjelang subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sebelumnya beliau mengadu sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali.. " Jaga Mama baik-baik walau apapun yang terjadi..."

 

--------------------------

Masa hidup kena keji. Bila dah tiada baru la nak diberi penghargaan, disanjung dan dihargai. Ini la nasib Seniman Agung P. Ramlee yang ramai tidak tahu kerana ditutup media. Tapi satu benda yang dia patut berbangga andai dia diberi peluang untuk tahu apa yang berlaku selepas kematiannya ialah, filem-filem lakonannya masih ditonton oleh generasi demi generasi. tontonlah berapa kalipun tak pernah jemu. Bahkan sering dijadikan perbandingan dengan filem-filem Melayu sekarang. Tahniah P.Ramlee. Karya yang baik dan jujur serta datang dari hati selalunya memang takkan ditelan zaman. Evergreen!

 

Kredit: muhd nurul hadi

 

https://www.facebook.com/groups/1949006778473715/permalink/5757724737601881/

 

 

P. Ramlee – “Karya seni ku bukan untuk wang; nukilan seni ku untuk masyarakat.”

Penghujung hayatnya penuh dengan pengorbanan, kesedihan dan derita. Perjuangan tulus ikhlas, penuh nasihat dan mengandung tersirat pengajaran berharga. Rumah mewah bukan matlamat utama. Hasil karya adalah buat tatapan, rujukan anak bangsa. Namun kasihan, kerana tidak mendapat simpati dari sesiapa.

Kini kehilangannya tiada berganti. Pemergiannya dirindui.

Seribu kali sayang kerna tiada siapa yang mengambil tahu atau membelanya waktu hayat masih dikandung badan.

.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.