SEBAGAI usaha mencari
kaedah terbaik untuk pesakit buah pinggang Mesyuarat Persatuan Peritoneal Dialisis
Antarabangsa (ISPD) ke-14, Jawatankuasa Penganjur ISPD 2012 dengan kerjasama
Baxter Asia Pasifik baru-baru ini telah mengumpulkan para pakar nefrologi dan
penggubal polisi bagi membincangkan tentang kemajuan dasar dialisis.
Seminar itu telah
mengetengahkan idea-idea bagaimana pembaharuan polisi-polisi dialisis yang
sedia ada akan memberi kesan-kesan positif terhadap kaedah rawatan dialisis di
rumah, terutamanya melalui kaedah rawatan Peritoneal Dialisis (PD).
Pengarah Kumpulan Penyelidikan Penyakit Kronik dan Profesor
Perubatan di University of Minnesota, Dr.
Allan Jason Collins berkata,
pesakit yang dirawat dengan PD mungkin mempunyai kadar jangka hayat yang lebih
baik pada peringkat awal berbanding pesakit yang menerima rawatan hemodialisis
konvensional (HD).
Malah katanya,
pesakit yang lebih muda yang tidak mempunyai sebarang mobiditi lain mungkin
mempunyai kadar jangka hayat yang lebih baik dengan PD.
Selain itu, kos
keseluruhan yang ditanggung bagi rawatan PD adalah lebih rendah berbanding HD.
"Sebagai contoh,
di Malaysia, kos bagi setiap tahun hayat yang diselamatkan adalah enam peratus
lebih rendah bagi PD6.
"Oleh kerana
rawatan dialisis dilakukan di rumah, PD mempunyai keputusan klinikal yang sama
seperti HD, dengan kos yang lebih rendah.
" Skim pembayaran balik berkelompok dialisis yang
diperkenalkan oleh Centres for
Medicare and Medicaid di
Amerika Syarikat, secara jelas mengiktiraf peranan rawatan dialisis di rumah
dan terutama sekali kelebihan dari segi ekonomi bagi PD," katanya yang
juga penyelidik utama bagi polisi dialisis di Amerika Syarikat (USRDS).
Sementara itu, Ketua dan Penasihat Nefrologi Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan, Dr.
Ghazali Ahmad berkata,
peningkatan pesakit yang memerlukan dialisis di negara ini telah mendorong
kepada pertambahan pusat dialisis sejak 10 tahun kebelakangan ini.
"Ada kebimbangan
yang telah diutarakan terhadap pengurusan dan prestasi rawatan di pusat
dialisis, terutamanya masa menunggu yang lama di pusat dialisis umum disebabkan
kekurangan kapasiti dan kakitangan terlatih.
"Sementara kita
mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan masalah ini dengan memberi garis
panduan yang terbaik, kita juga perlu melihat semula amalan dan polisi dana
kebangsaan bagi memastikan peruntukan yang boleh menampung perkhidmatan
dialisis berkualiti untuk semua pesakit pada masa kini mahupun pada masa depan,
di negara ini," katanya
Dr. Ghazali berkata,
keutamaan ke atas PD berpotensi untuk mengatasi kekangan kapasiti dan juga
memendekkan masa menunggu oleh kerana rawatan PD dilakukan di rumah pesakit
sendiri.
Dengan akses rawatan
yang lebih luas, PD juga menawarkan rawatan yang memberi fokus secara individu
dan khas untuk seseorang pesakit di samping membekalkan maklumat kepada pesakit
untuk menguruskan rawatan di rumah sendiri.
Presiden Jawatankuasa Penganjur ISPD 2012, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd.
Zaher berkata, usaha
memastikan rawatan dialisis yang berkualiti melibatkan pelbagai aspek polisi
dialisis.
Katanya, ini termasuk
membenarkan pesakit membuat pilihan, melatih dan mendidik pesakit serta para
profesional, memilih pesakit, mematuhi garis panduan, sehinggalah saiz pusat
dialisis yang bersesuaian.
Beliauberkata,
melalui tatacara-tatacara itu, kerajaan boleh berusaha menyediakan rawatan yang
selamat dan berkesan, di samping memperbaiki keputusan standard jagaan pesakit.
"Penting bagi
kita untuk mempertimbangkan aliran terkini bagi dialisis di rumah sebagai
menyediakan pendekatan menyeluruh dan holistik terhadap rawatan kegagalan
fungsi buah pinggang," katanya pada sesi perbincangan meja bulat sempena
seminar itu.
Sesi perbincangan
meja bulat itu dihadiri beberapa orang pakar dari Amerika Syarikat, Australia,
Malaysia, Thailand dan Taiwan, yang masing-masing membentangkan perkembangan
terkini berkaitan polisi PD di negara mereka.
Turut hadir di perbincangan tersebut ialah 50 peserta dari
Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina dan Singapura; termasuk wakil
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.