Pagi tadi semasa ku nak pergi kerja, aku mendengar radio... ada satu ustad tu yang menyentuh hatiku mendengar ustad ini berbicara... cara ustad ini menyampaikan agak berbeza dengan ustad ustad yang lain...
Ustad ni membicarakan perihal pentingnya mencari calon isteri berdasarkan BUKAN rupa paras tetapi kepada taqwa dan perangai wanita tersebut....
Ia menyentuh hati dan perasaan dan sangat berbeza dengan ustad penceramah yg sebelum ini.... Contoh yg diberikannya mantap dan berkesan, cuma sedikit kekesalan ustad ni tak kongsikan dari pada mana rujukan ayat Quran atau hadis sahih yang diucapkannya...Ia berkenaan Allah yang melihat terus kepada hati bukan kepada kecantikan luaran atau kekayaan emas dan harta benda, pangkat dsbnya... kerana aku bukan pandai sangat tentang Quran... Aku tidak hafal Quran...
Lalu aku cari di mr google dan dapat hasilnya di bawah. Pohon izin kebenaran pemilik link untuk dikongsikan di sini. Terima kasih.
Assalamualaikum
SubhanaAllah, allahuakbar, akhirnya doaku
termakbul ya Allah kerana dapat berjumpa dengan seorang ustaz yang sangat aku
kagumi.Kebetulan hari ini kami di Uitm terdapat program yang di anjurkan untuk
pelajar tahun akhir iaitu "finishing school" dan program tersebut
adalah kemahiran isnaniah dan penceramahan yang di jemput adalah ustaz Ebit
Lew. Bila dapat tahu, hati ini sangat gembira kerana acik sangat kagum dan
sangat suka mendengar ceramahnya dahulunya di motivasi pagi di IKIM FM.
Bila mendengar ceramah
yang di sampai oleh beliau hati ini rasa tenang dan lega kerana penyampaiannya
penuh dengan isi pengisian dan sangat mudah di fahami. Ketika tadi sekali lagi
mendengar kisah hidup ustaz Ebit lew hati ini jadi sayu, air mata mengalir
tanpa di duga dan kata-kata sangat bermakna ,"simple" tapi maknaya
mendalam. Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah
Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik
beradik, 6 budda dan 6 islam. Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya
juga berbangsa Cina. Ayahnya pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6
orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka
bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam
lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu ,mereka sekeluarga jauh dari
Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam.
Ustaz
Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di
sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi
murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya.
Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru matematiknya
telah berjaya mengetuk pintu hatinya berkaitan tentang tak solat dan membuatkan
dia menangis dan menginsafi dirinya . Alhamdulilllah, berkat usaha guru itu dan
izin Allah, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah.
Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka' yang
seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga
mendekati Islam. SubhanaAllah.
Kini
beliau menjadi seorang penceramah yang sangat di segani, acik sangat suka bila
mendengar cerita ustaz ebit lew lagi-lagi soal Rasullulah. Cerita yang di
bawakan jelas dan penuh pengajaran di samping di selitkan unsur-unsur
jenaka.
Kata-kata yang yang acik tak akan lupa sahingga kini adalah
1. apabila kita bercakap
pekara yang baik, mendengar pekara yang baik, berkahwan dengan orang yang
baik-baik insha Allah semuanya akan datang pekara yang baik-baik dalam hidup
kita.
2. Setiap ujian dan
musibah yang Allah hadirkan untuk kita, kadang kala buatkan kita merungut dan
marah pada Allah. Tetapi kita tak ketahui bahawa di sebalik musibah itu Allah
mahu berikan nikmat kepada kepada kita.
3. Kita manusia selalu
membuat sesuatu mengharapkan balasan dan berharap pada manusia, dan
apabila apa yang kita harapkan kita tidak dapat maka kita pun kecewa. Sedangkan
kita seharusnya selalu berharap pada Allah dan pasti kita tak akan pernah
kecewa.
4. Dalam hidupkan kita ini
perlulah selalu muhasabah diri dan selalulah menangis berdoa kepada Allah. Kita
bermohonlah kepadanya kerana Allah sangat simpati umatnya merintih kepadanya
,berdoa kepadanya.
5. Orang yang hatinya ikhlas kerana Allah, katanya mudah untuk sampai kepada orang yang hatinya bersih dan ikhlas juga.
Guru
terbaik mendidik Nabi SAW mendidik sahabat yang ada keinginan untuk Islam.
Walaupun sebelum itu sejahat-jahat orang, menjadi sebaik-baik orang.
Tetapi
orang tidak ada keinginan seperti Abu Jahal, Abu lahab maka mereka berada dalam
neraka buat selamanya.
Ya
Allah berilah keikhlasan kepada setiap pendakwah-pendakwah dan setiap umat ini
juga keikhlasan. Mudah-mudahkan kami semua sentiasa dalam RedhaMU.
6. Kepada mereka yang
sedang bersedih dan seakan-akan tidak nampak jalan keluar dengarkan ini kunci
paling utama yang Allah hadiahkan kepada kita dalam melapangkan semua masalah.
Seorang
guru saya kata orang soleh tidak pernah tinggalkan solat tahajud dan solat
fardhu secara berjemaah.
Saidina
Umar setiap malam akan kejutkan keluarganya dengan membaca ayat AlQuran
"dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya kerana Kami
tidak minta rezeki darimu bahkan Kami yang beri rezeki padamu.
Dengan tahajud, Allah suka dan bukakan bagi kita jalan keluar bagi segala keperitan dan kepayahan hidup. Dan mungkin luar penderitaan tapi hatinya sangat bahagia
Ramai yang telah puluhan tahun tidak pernah tinggal tahajud dan berdoa menangis di depan Allah
Dengan tahajud, Allah suka dan bukakan bagi kita jalan keluar bagi segala keperitan dan kepayahan hidup. Dan mungkin luar penderitaan tapi hatinya sangat bahagia
Ramai yang telah puluhan tahun tidak pernah tinggal tahajud dan berdoa menangis di depan Allah
Dan sebenarnya banyak lagi
dan kepada kamu semua yang tidak ada nak buat apa-apa, rasa sunyi dalam diri
pergi dan dengar ceramah dari ustaz Ebit lew dan ustaz-ustaz yang lain, insha
Allah hati akan kembali jadi tenang. Kalau kamu mahukan kata-kata semangat
boleh terus ke facebook ustaz ebit lew, pasti kamu tidak akan kecewa
kerana banyak kata-kata motivasi dan pengajaran.
Nak tahu siapa lebih
lanjut tentang ustaz Ebit Lew ?