Total Pageviews

Tuesday 3 September 2019

Kesan Buruk Racun Perosak








Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan


Pada awal pagi 9 Disember 1996, para pekerja di Malita, Davao del Sur, Filipina telah mencubasejenis racun perosak baru di ladang koko mereka. Menurut mereka serangga perosak dikawasan tersebut telah lali terhadap jenis racun perosak yang lain. Oleh sebab itu mereka berpendapat bahawa telah tiba masanya bagi mereka untuk mencuba racun makhluk perosakyang lebih kuat.

22 orang pekerja mula menyembur racun perosak pada pukul 7.00 pagi tanpa mengetahuibahawa mereka sedang menggunakan sejenis racun perosak yang sangat merbahaya. Sejam kemudian, seorang daripada mereka telah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Tiga jam selepas itu, pekerja yang lain mula merasa loya, muntah-muntah, pening dan penglihatan mereka mula kabur. Beberapa orang lagi turut jatuh pengsan. Kesemua pekerja tersebut telah dibawa ke hospital.

Pekerja-pekerja dalam kumpulan kedua mula bekerja pada pukul 10.00 pagi pada hari yangsama. Tanpa mengetahui apa yang telah berlaku kepada pekerja-pekerja dalam kumpulanyang terdahulu. Hanya dalam jangka masa beberapa jam sahaja, mereka juga mengalami simtom-simtom yang sama. Kumpulan penyelamat telah pergi ke kawasan tersebut untukmembantu mereka, tetapi mereka juga turut mengalami keracunan.

Keseluruhannya pada hari tersebut sahaja, seramai 50 orang telah dimasukkan ke hospital kerana keracunan racun perosak. 35 orang daripada mereka berada pada tahap yang kritikal.



Kesan Racun Perosak Kepada Masyarakat

Kesihatan Anda. Kesihatan keluarga Anda. Kesihatan Komuniti Anda. Kepada para petani dan isi rumah di seluruh dunia yang menggunakan (atau tinggalberdekatan dengan mereka yang menggunakan) racun perosak, perkara pertama yang perlu mereka ambil tahu ialah bagaimana racun perosak ini akan memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Bukan para petani atau penyembur racun sahaja yang perlu mengambil berat tentang penggunaan racun, tetapi juga keluarga dan jiran yang tinggal berdekatan dengan tempat penggunaan racun tersebut. Ibu-ibu mengandung juga perlu mengambil berat tentang penggunaan racun perosak kerana ia mungkin memberi kesan kepada anak-anak merekayang bakal dilahirkan, begitu juga dengan binatang ternakan, ikan dan burung-burung.Komuniti secara keseluruhannya juga perlu mengambil berat tentang sumber makanan dan minuman mereka yang mungkin tercemar!

Syarikat pengeluar racun perosak sering berbicara berkenaan “penggunaan racun perosak secara “selamat” atau mengiklankan racun perosak yang “mesra alam”.Kedua-dua kenyataan di atas adalah tidak benar. Racun perosak adalah racun - ia selama-lamanya tidak akan selamat untuk digunakan! Racun perosak membunuh organisma hidup dan akan mencemarkan tanah serta sumber air - oleh sebab itu ia selamanya tidak akan “mesra alam”.



Ramai Tidak Sedar Racun Perosak Meracun Mereka 

Ini adalah kerana, kebanyakan simtom keracunan racunperosak adalah sama dengan masalah kesihatan yang lain- contohnya ruam dan pening - selalunya orang tidak sedar bahawa mereka telah pun keracunan.

Oleh kerana kebanyakan masalah ini tidak menunjukkankesan secara serta merta, contohnya seperti gangguansaraf atau kanser, orang ramai tidak menyedari bahawa penyakit-penyakit ini mungkin disebabkan oleh racun perosak.

Jika anda merasa kurang sihat selepas terdedah kepadaracun perosak, kemungkinan besar anda telah keracunan.Jika anda terus terdedah, anda mungkin akan mengalami penyakit yang lebih serius. Jangan biarkan sesiapa pun - pengurus ladang, suami atau pegawai / kakitangan kesihatan - memberitahu anda bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku terhadap diri anda dan menyatakan bahawa ia hanyalah kesan bahang matahari, makanan yang anda makan ataupun perkara-perkara biasa yang lain.

 

Belajarlah mengenal dan menerima tanda-tanda yang ditunjukkan oleh tubuh anda!



Ingat bahawa hanya anda seorang yang memahami Tubuh anda


Kanak-kanak Juga Turut Mengalami Keracunan

“Kami Tidak Tahu Apa Yang Patut Kami Lakukan”, kata seorang wanita desa mengeluhkesedihan.Pada 22 Oktober 1999, 60 orang murid telah mengambil sarapan di sebuah kampung di Peru.Setengah jam kemudian, sebahagian daripada kumpulan murid tersebut mula mengadukekejangan perut dan pengsan di kawasan sekolah. Mereka menjerit, muntah dan menekanperut menahan kesakitan. Ada di antara mereka yang mati di kawasan sekolah manakala yanglain menggeliat kesakitan di sekitar padang dan bangunan sekolah. 

Mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital. Seramai dua puluh empat orang murid sekolah telah meninggal dalamperistiwa itu dan ada di antara mereka yang hanya berumur empat tahun. Para doktor berusahakeras untuk menyelamatkan seramai 21 orang murid yang masih hidup yang telah pengsanselepas mengambil sarapan bijirin dan susu di sekolah.Polis dan doktor tempatan menemui sisa racun serangga di dalam perut murid-murid yang telahmeninggal dunia. Tidak lama kemudian didapati salah satu daripada bekas susu yang didermakanuntuk sarapan murid-murid sekolah tersebut bercampur dengan parathion. Parathion ialah sejenisracun serangga dan ia juga digunakan untuk membunuh tikus serta anjing. Bekas susu tersebutdiletakkan di hadapan salah sebuah rumah seorang petani. Murid-murid yang berjalan menujuke sekolah menyangka bahawa bekas susu tersebut adalah untuk sarapan mereka lalumembawanya ke sekolah untuk dijadikan sarapan.





Bagaimana Racun Perosak Menyebabkan Keracunan?


Liang Kulit

Ini boleh berlaku melalui tumpahan ke atas pakaian atau pun secara langsung ke atas kulit,menyentuh tanaman yang baru sahaja disembur, resapan semburan racun perosak ke dalamkulit atau ketika merendam pakaian, membancuh racun perosak tanpa memakai sebarangsarung tangan, atau semasa membasuh pakaian yang tercemar dengan racun perosak.Bagi kebanyakan petani yang bekerja di ladang, cara utama mereka terdedah kepada racun perosak adalah melalui kulit.



Ternafas

Ini adalah cara yang paling biasa berlaku bagi petani yang menyembur racun perosak, atau bagi sesiapa yang berada berdekatan dengan kawasan yang baru sahaja disembur. Adalah amat penting untuk sentiasa diingati bahawa sesetengah racun perosak tidak mempunyai bau.


Termakan

Ini berlaku apabila seseorang meminum racun perosak secara tidak sengaja ataupun sebaliknya, memakan atau meminum air yang dicemari dengan racun perosak, mengambil makanan tanpa membasuh tangan dengan teliti dari racun perosak yang baru sahaja merekagunakan.

Semua racun perosak berpotensi untuk membahayakan kesihatan. Terdapat dua jenis keracunan – serta-merta dan jangka panjang.

Kesan toksik akut berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta. Nama lain bagi kesan toksik akut adalah keracunan akut.
 

Kesan toksik kronik berlaku apabila kesan keracunan dari racun perosak tidak berlaku dengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin hanya berlaku sebulan atau mungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap racun perosak




Adakah racun perosak memberikan kesan kronik kepada ...

Banyak racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian adalah sangat merbahaya kepada otak dan sistem saraf. Bahan kimia yang merbahaya kepada sistem saraf dikenali sebagai neurotoksin
 
simtom penyakit otak organik disebabkan oleh racun perosak adalah seperti masalah hilang ingatan yang teruk, kesukaran untuk menumpukan perhatian, perubahan personaliti, lumpuh, kekejangan, tidak sedar diri dan koma.
Oleh kerana tubuh menggunakan hati untuk menguraikan bahan toksik agar menjadi bahanyang kurang merbahaya, hati sendiri akan dirosakkan oleh racun perosak. Ini boleh menyebabkan penyakit hepatitis toksik.
 
Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simtom yang biasa bagi keracunan racun perosak.

 
Pendedahan kronik juga boleh membawa kepada masalah dalam perut yang serius. Ramai orang yang telah menggunakan racun perosak selama bertahun-tahun selalunya mengalami masalah mengambil makanan walaupun ia merupakan makanan yang biasa sahaja.
 
Bagi individu yang pernah meminum atau menelan racun perosak - sama ada secara sengaja atau tidak - kerosakan pada bahagian perut adalah sangat dahsyat. Racun perosak akanmenghakis dinding perut.

Tindakbalas alahan adalah gangguan ke atas sistem pelalian badan. Ia merupakan tindak balasbadan terhadap bahan asing di dalam badan. Racun perosak mempunyai keupayaan yang berbeza-beza dalam menghasilkan tindak balas alahan, dan individu yang berlainan memberikan tahap tindakbalas yang berlainan juga.
Sesetengah racun perosak telah disahkan boleh menganggu sistem pelalian badan dengancara yang lebih merbahaya. Ia boleh melemahkan keupayaan badan dari menentang jangkitanpenyakit. Ini bermaksud badan akan lebih mudah diserang penyakit. Ataupun, jika jangkitanpenyakit telah pun berlaku, penyakit tersebut akan menjadi lebih parah dan sukar untuk disembuhkan.
Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa racun perosak memberikan kesan ke atas pengeluaran hormon. Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh organ seperti otak,tiroid, paratiroid, buah pinggang, kelenjar adrenal, zakar dan ovari, untuk mengawal fungsibadan yang utama. Sesetengah racun perosak menyebabkan hormon pembiakan mengeluarkan sperma pada jumlah yang kurang pada kaum lelaki atau perkembangan teluryang tidak sempurna pada kaum wanita. Sementara itu, sesetengah racun perosak boleh menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid yang boleh membawa kepada kanser kelenjar tiroid.

Kebanyakan racun perosak yang biasa digunakan dalam sektor pertanian diketahui atau disyaki menyebabkan keguguran terhadap haiwan percubaan di dalam makmal dan besarkemungkinan ia akan menyebabkan perkara yang sama pada manusia.Racun perosak yang menyebabkan keguguran dipanggil sebagai embriotoksin.Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa golongan ibu yang terdedah kepada racun perosak pada bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran. Malah ibu bapa yang terdedah kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk jugaturut menerima risiko untuk mengalami keguguran bayi yang baru dikandung.
Kebanyakan racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian diketahui atau disyaki menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan. Racun perosak yang menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan dikenali sebagai fetotoksin. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang terdedah kepada racun perosak semasa mengandung boleh dikaitkan dengan kejadian kematian bayi semasa dilahirkan.Malah ibu bapa yang terdedah kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk jugaturut menerima risiko untuk mengalami kematian bayi semasa dilahirkan.
Terdapat sesetengah racun perosak yang memang diketahui menyebabkan kemandulandan ketidaksuburan pada kaum lelaki. Terdapat laporan mengatakan ada di kalangan kaum lelaki yang tidak mampu memperolehi cahaya mata lagi setelah terdedah kepada racun perosak.
Sebahagian daripada racun perosak yang digunakan dalam sektor pertanian diketahuimenyebabkan ketidaksuburan dan kemandulan pada haiwan. Racun perosak boleh merosakkan sel-sel sperma dengan membunuh atau mencacatkannya.Racun perosak yang merosakkan sel-sel sperma dikenali sebagai spermatotksin atau toksin organ pembiakan.

Apabila racun perosak memasuki tubuh si ibu, dan memasuki organ-organ tubuhnya seperti hati atau buah pinggang ia hanya dikeluarkan melalui pembuangan air kecil, air besar atau peluh.
 
Racun perosak juga akan memasuki bahagian-bahagian tubuh yang berlemak dimana ia akan terkumpul. Salah satunya adalah buah dada wanita. Susu ibu sering kali digunakan sebagai bahan untuk mengukur kadar pencemaran kerana ia mudah untuk diperolehi. 
Ia adalah lebih mudah berbanding dengan cara biopsi yang menyakitkan untuk mengukur tisu lemak di bahagian yang lain. Perlu diingat bahawa organ-organ yang lain dan juga semua bahagian-bahagian yang berlemak di dalam tubuh manusia boleh tercemar dengan racun perosak. 
Daripada berhenti memberikan susu ibu kepada bayi adalah lebih baik kita menghentikan penggunaan racun perosak.
Banyak racun perosak yang mampu menembusi kulit manusia juga mampu menembusi dinding uri dan memberikan kesan kepada bayi di dalam kandungan. Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara pendedahan racun perosak terhadap golongan ibu dan kecacatan pada bayi. 
Inis ecara khususnya berlaku jika pendedahan terjadi di dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan kerana pada masa tersebut organ-organ bayi sedang terbentuk.
 
Kerana anda terdedah kepada racun perosak yang boleh menyebabkan kecacatan bayi tidak bermakna bayi anda akan mengalami kecacatan. Hakikatnya, ia bermaksud bahawa peluang untuk bayi anda mendapat kecacatan adalah lebih tinggi.
Tidak dapat dipastikan sama ada pendedahan ibu bapa kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk akan menyebabkan kecacatan pada bayi.
Bahan kimia yang menyebabkan kecacatan pada bayi dikenali sebagai teratogen. Banyak bahan kimia yang digunakan di dalam proses pembuatan racun perosak diketahuiatau disyaki sebagai penyebab kepada kecacatan anak-anak haiwan percubaan di makmal.

Memandangkan haiwan percubaan di makmal adalah dari jenis mamalia, haiwan yang mempunyai struktur badan yang hampir sama dengan manusia dan mudah terkena penyakitdan keracunan, terdapat kemungkinan yang mencukupi untuk bahan-bahan ini turut memberi kesan sama kepada manusia.
Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (U.S. EPA) telah menyenaraikan racunperosak berikut sebagai telah diketahui atau disyaki menyebabkan kecacatan pada bayi(lihat petak di bawah).

Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara pendedahan kepada racun perosak dan kanser pada manusia. Ini tidak bermaksud bahawa jika anda terdedah kepada racun perosak, anda pasti akan mendapat penyakit kanser. Sebenarnya ia bermaksud peluang untuk andamendapat kanser adalah lebih tinggi berbanding jika anda tidak terdedah kepada racun perosak. Dengan kata lain, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser. Bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dikenali sebagai karsinogen.
Menurut U.S. EPA racun perosak yang disenaraikan di dalam kotak di bawah adalah diketahui atau disyaki sebagai penyebab kepada kanser.Ini hanyalah permulaan: Agensi Perlindungan Alam Sekitar California mempunyai senaraitiga kali ganda lebih panjang daripada senarai di bawah.
Racun perosak yang paling toksik atau beracun adalah dari jenis yang sama dengan gas saraf - organofosfat atau metil karbamat.
Racun perosak jenis ini sangat merbahaya kerana ia menyerang kolinesterase, bahan yang diperlukan oleh sistem saraf kita untuk berfungsi dengan sempurna. 
Racun perosak jenisgas saraf mengurangkan tahap kolinesterase dan simtom-simtom keracunan akan muncul.
Racun perosak jenis gas saraf adalah penyebab utama kepada kematian berkaitan dengan racun perosak di seluruh dunia.
 
Sebahagian daripada racun perosak jenis gas saraf yang sangat toksik disenaraikan di dalam jadual di bawah.


SILA KLIK PAUTAN UNTUK KETERANGAN LANJUT



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.