Total Pageviews

Tuesday 3 September 2019

Racun Phthalates dalam makanan



Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2019 – Penjelasan Isu Bahan Kimia Phthalate Dalam Plastik Pembungkus Makanan







Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu bahan kimia phthalate dalam plastik pembungkus makanan yang membahayakan kesihatan dan laporan akhbar The Star Online bertarikh 10 November 2019 bertajuk “Health Ministry To Look Into Harmful Chemical Found In Plastic Food Containers” adalah dirujuk. 


Bahan kimia phthalate yang digunakan untuk menghasilkan bahan pembungkus plastik didakwa boleh menyebabkan pelbagai kesan kesihatan seperti kanser, kerosakan hati, masalah reproduktif dan kecelaruan hormon.


Penggunaan bahan pembungkus yang berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan pengguna adalah dilarang di bawah Peraturan 27, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kegagalan untuk mematuhi peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun.


KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan sejak tahun 2002 ke atas keselamatan bahan plastik, termasuklah pelbagai jenis pembungkus plastik, tin minuman aluminium, botol susu, puting kanak-kanak (pacifier), pembungkus gula-gula dan makanan ringan serta mainan kanak-kanak. Hasil pemantauan menunjukkan pencemaran phthalates dari plastik ke makanan adalah pada tahap yang tidak membahayakan kesihatan.


Pemantauan terkini yang dijalankan dari 2017 hingga kini ke atas 130 sampel makanan mendapati tiada bahan kimia phthalate di dalam sampel makanan yang berkenaan. Pemantauan yang dijalankan turut mendapati bahan pembungkus makanan yang terdapat di pasaran adalah selamat.


BKKM akan terus memantau bahan pembungkus plastik makanan yang digunakan di pasaran tempatan dan sentiasa mengikuti perkembangan saintifik di peringkat antarabangsa bagi memantau risiko terkini keselamatan makanan yang berpunca dari bahan pembungkus plastik.


Sebagai maklumat kepada pengguna, bekas dan bahan pembungkus makanan yang diperbuat dari plastik direka khusus berdasarkan sifat makanan. Terdapat tujuh (7) jenis kategori plastik yang boleh dikenalpasti melalui Nombor Identifikasi Plastik (NIP) yang terdapat pada bahan pembungkus. Setiap jenis NIP mempunyai ciri khas untuk makanan samada panas, sejuk dan berminyak. Pengguna adalah dinasihatkan mengikut kaedah penggunaan plastik makanan yang betul seperti yang disarankan pada bahan pembungkus plastik.


Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.


DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 NOVEMBER 2019






Soalan kemusykilan:
1.  Apabila pemantauan makmal makanan KKM mendapati tiada bahan kimia Phthalate dalam plastik, dakwaan ini agak meragukan.
2.  Rakyat berhak mengetahui apa jenis mesin dan methodology yang digunakan di makmal makanan KKM atau makmal Kimia Jabatan Kimia.
3.  Adakah mesin jenis Gas Chromatography? High performance liquid Chromatography?
4.  Adakah makmal makmal ini akredited Laboratory (makmal yang telah menerima pengiktirafan layak serta boleh membuat ujian  dengan baik dan memuaskan ) yang mempunyai sijil ISO?
5.  Adakah mesin yang digunakan high end atau low end?
6.  Apakah tahap sensitivity mesin mesin ini untuk mengesan kehadiran Phthalates dalam sampel plastik cukup sensitif dan memuaskan?
7.  Berapakah nilai minimum kehadiran phthalate dalam sampel yang mampu dikesan oleh mesin analisa ini?
8.  Profesor Mustafa Ali, seorang Profesor Toxicology daripada Universiti Malaya berasa amat khuatir dengan kesan sampingan Phthalates dalam plastik pembungkus makanan atau apa apa produk plastik yang mungkin mengandungi Phtalates.
9.  Adakah pandangan Profesor Pakar ini diambil kira dalam kenyataan akhbar Ketua Pengarah?
10.              Phthalates adalah sejenis Endocrine Disruptor. Adakah kesan jangka panjang pendedahan Endocrine Disruptor Chemical Phthalate ini telah diambil kira dan telah dibuat kajian sebaiknya?


.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.