Kosmetik Bahaya
PRODUK-PRODUK
KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1. Bahagian Regulatori
Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa
orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik
berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Nama Produk
|
Racun dikesan
|
GG
Pinky Day Cream for Skin
|
Merkuri Raksa
|
Tati Therapy Cream 1
|
Merkuri Raksa
|
Tati Therapy Cream 2
|
Hydroquinone dan
Tretinoin
|
2.
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan
Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
PERIHAL
BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN
3.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan
produk farmaseutikal
yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan
dengan nasihat profesional kesihatan.
4.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan
pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak
diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone
boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan
perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan
risiko kanser kulit.
5.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya
dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan
kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh
menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih,
mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh
memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh
menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan
sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih
kecil atau yang belum dilahirkan.
7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri
boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk
kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka
menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan
produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.
Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi
dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
8. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran
untuk menghentikan
penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan
serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk
kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984.
9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan
ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi
3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi
RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh
dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000
untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
10. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini
dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari
ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan
advers.
11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel
kepada kosmetik@npra.gov.my atau
menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan
untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang
rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
DATUK
DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua
Pengarah Kesihatan
Kementerian
Kesihatan Malaysia
23 Februari 2018
Rujukan :
Laman Sesawang Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Kenyataan Akhbar
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.