Total Pageviews

Saturday 2 June 2018

Penyakit Yellow fever




Penyakit Yellow fever






Demam Kuning adalah satu penyakit berjangkit yang akut. Dikenali dalam dua (2) bentuk iaitu demam kuning yang berlaku di bandar dan hutan. Demam Kuning yang berlaku di bandar disebarkan oleh nyamuk kepada manusia. Manakala Demam Kuning di hutan merebak dari nyamuk kepada monyet dan juga kepada manusia (zoonotic). Walaupun penunjuk utama risiko penyakit adalah berdasarkan kepada kes yang dilaporkan di kalangan manusia, penyakit ini kurang dikesan kerana tahap kekebalan penduduk adalah tinggi serta kelemahan sistem memantau kejadian.

Demam Kuning merupakan ancaman kesihatan di negara-negara endemik.

Individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever   di Afrika, Amerika Tengah dan Selatan berrisiko dijangkiti Demam Kuning.

Kehadiran vektor di Asia, iaitu nyamuk Aedes menyumbang kepada kejadian penyakit. Malaysia terdedah dan mudah mendapat jangkitan Demam Kuning.


Agen penyebab: Arbovirus dari Genus Flavivirus dan keluarga Flaviviridae.
Cara jangkitan: Gigitan nyamuk Aedes aegypti yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 6 hari (atau lebih) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti.

Negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever
AMERIKA TENGAH DAN SELATAN



Argentina
French Guiana
Suriname
Brazil
Guyana
Trinidad & Tobago
Bolivia
Panama
Venezuela
Colombia
Paraguay

Ecuador
Peru

AFRICA
Angola
Guinea Equat
Benin
Ivory Coast
Burkina Faso
Kenya
Burundi
Liberia
Cameroon
Mali
Central Africa Republic
Mauritania
Chad
Niger
Congo
Nigeria
Democratic Republic Of Congo
Rwanda
Ethiopia
Senegal
Gabon
Sierra Leone
Gambia
Sudan
Ghana
South Sudan
Guinea
Togo
Guinea Bissau
Uganda
Nota: Senarai ini dikemaskinikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan senarai terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tanda dan Gejala
Sesetengah jangkitan adalah asimptomatik (tanpa gejala) tetapi kebanyakan jangkitan adalah akut dan berlaku dalam dua peringkat.
Peringkat permulaan:
·        Demam
·        Sakit otot
·        Sakit kepala
·        Seram sejuk
·        Hilang selera makan
·        Loya dan/atau muntah-muntah
·        Bradikardia
Peringkat kedua:
Selepas beberapa hari, 15% pesakit melarat sehingga ke peringkat kedua, dengan kemunculan semula:
·        Demam
·        Jaundis
·        Sakit perut
·        Muntah
·        Pendarahan
·        Kematian boleh berlaku 10 hingga 14 hari selepas kemunculan penyakit.


Komplikasi
Pendarahan termasuklah pendarahan hidung (epistaksis), pendarahan gusi (gingival), muntah darah (hematemasis), najis berdarah (melena) dan kegagalan hati dan buah pinggang. Anggaran 20 hingga 50% kes boleh membawa maut.

Rawatan
Tiada rawatan khusus.
Rawatan simptomatik:
·        Berehat
·        Minum banyak air
·        Ambil ubat penahan sakit (contohnya Parasetamol atau Ibuprofen) untuk melegakan gejala demam atau sakit

Pencegahan
Keperluan Vaksinasi
Sijil vaksinasi Demam Kuning diperlukan daripada semua individu (rakyat Malaysia dan warga asing) yang melakukan perjalanan pergi ke atau melalui negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever. Sijil vaksinasi antarabangsa Yellow fever juga diperlukan bagi pengembara yang transit melebihi 12 jam melalui lapangan terbang di negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever (seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit – Akta 1988).
Individu tanpa sijil vaksinasi Demam Kuning yang sah akan dikuarantin setibanya di Malaysia dalam tempoh tidak melebihi 6 hari. Sijil vaksinasi antarabangsa Yellow fever  hanya akan sah sepuluh (10) hari selepas tarikh vaksinasi diberikan dan sah untuk seumur hidup (berkuat kuasa pada Jun 2016)

Peringatan kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke negara-negara endemic

·        Dapatkan vaksinasi sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh berlepas ke negara-negara endemik untuk perlindungan dari jangkitan.
·        Bawa sijil vaksinasi antarabangsa semasa perjalanan untuk pemeriksaan kesihatan.
·        Dapatkan vaksinasi Demam Kuning dari pusat vaksinasi yang sah di Malaysia.
·        Lapor diri di Pejabat Kesihatan di pintu masuk setibanya di Malaysia untuk pemeriksaan kesihatan.



Vaksin Demam Kuning
Jenis vaksin: Virus hidup yang dilemahkan
Bilangan dos: Satu suntikan dengan dos sebanyak 0.5ml
Kontraindikasi:
·        Alahan telur
·        Penyakit kurang daya ketahanan badan
·        Penyakit atau jangkitan HIV bergejala
·        Hipersensitiviti terhadap dos sebelumnya
·        Kehamilan
Kesan buruk: jarang-jarang berlaku Ensefalitis (inflamasi otak) atau kegagalan hati.
Sebelum berlepas: Pastikan sijil vaksinasi antarabangsa sah 10 hari selepas tarikh vaksinasi.
Disyorkan untuk: Semua individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengalami risiko transmisi Yellow fever dan kawasan yang diwajibkan.
Langkah berjaga-jaga: Tidak boleh diberikan kepada bayi berumur di bawah 12 bulan.




PUSAT VAKSINASI DEMAM KUNING YANG DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Berdasarkan senarai Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga Ogos 2014)

Bil.
Pusat Vaksinasi
Negeri
1.
Pejabat Kesihatan Pelabuhan Pulau Pinang
1st Floor, Tuanku Syed Putra Building
Jalan Downing, 10300 Pulau Pinang.
Tel: 04-2611264, 04-2644918
PULAU PINANG
2.
BP Diagnostic Centre
275, Jalan Kampar
30250 Ipoh, Perak
Tel: 05-2559090 Ext 402
PERAK
3.
Klinik Kesihatan Jelapang
(Pejabat Kesihatan Kinta)
Jalan Jelapang
30010, Ipoh, Perak.
Tel: 05-5286158, Fax. 05-5272355
PERAK
4.
Klinik Berkat
No. 75-4A, Jalan Mamanda 1, Ampang Point
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-42515450
SELANGOR
5.
KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1
Section 20, 40300 Shah Alam
Tel: 03-5543 1111, Fax: 03-5543 1722
SELANGOR
6.
Klinik Noridah
VG 30, Jalan Plumbum V7/V
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam
Tel: 03-5510 1009  Fax: 03-5510 1009
SELANGOR
7.
Klinik Mediviron
No. 20 A, Jalan Jubli Perak 22/1
Seksyen 22 , 40300 Shah Alam,
Selangor
Tel: 03-5567 9667 Fax: 03-5567 9667
SELANGOR
8.
Poliklinik Sri Permai
No. 11, Jalan P9 B/1
Presint 9, 62259 Putrajaya
Tel: 03-88880268

PUTRAJAYA
9.
Klinik Kesihatan Putrajaya
No. 1, Jalan P9E, Presinct 9
62250, Putrajaya.
Tel: 03-88883057

PUTRAJAYA
10
Virus Research Division
1st Floor, Institute of Medical Research
Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26986033
WP KUALA LUMPUR
11.
The KL Clinic
Mezzanine Floor, East Wing
Rohas Perkasa, No. 9, Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur
03-21660395 Faks 03-2181 3362
WP KUALA LUMPUR
12.
Twin Towers Medical Centre KLCC Sdn. Bhd.
KLCC, Lot LC 402-404, Level 4
Suria KLCC, KL City Centre
50088, Kuala Lumpur.
Tel: 03-23823500, 03-23823577

WP KUALA LUMPUR
13.
Klinik Kita
Lot F-23, First Floor City Point
Kompleks Daya Bumi
Jalan Sultan Hishamuddin, 50050, Kuala Lumpur.
Tel: 03-26989740, 03-26980740
WP KUALA LUMPUR
14.
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
(Bhg. Kesihatan Primer–untuk anggota tentera sahaja)
No. 3, Jalan 4/27A, Section 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4145 4200
WP KUALA LUMPUR
15
Klinik Yong
Tingkat 2, Wisma Maran
No. 28, Medan Pasar
50050 Kuala Lumpur
Tel; 03-20720808, Fax 03-20310487

WP KUALA LUMPUR
16.
Drs Young Newton dan Rakan-Rakan
Level 1-01, Cape Square, Signature Office
No. 11, Persiaran Cape Square
Blok A, Capital Square
50100, Kuala Lumpur
Tel: 03 26982967

WP KUALA LUMPUR
17.
Prince Court Medical Centre Sdn. Bhd.
39, Jalan Kia Peng
50450, Kuala Lumpur
Tel: 03- 21600000 ext 2984/3860
WP KUALA LUMPUR
18.
Klinik Integral Occupational Health Services Sdn. Bhd.
Lot 2-05, Level 2 Menara HLA
No. 3 Jalan Kia Peng
50450, Kuala Lumpur
Tel: 03-21712882, Faks: 03-21712992
WP KUALA LUMPUR
19.
Gleneagles Intan Medical Centre
Lot 286, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-41413135, Faks 03-42552980
WP KUALA LUMPUR
20.
Kuala LumpurSports Centre Sdn. Bhd.
7th Floor, Wisma Perintis
Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-20961033 Fax: 03-20961500
WP KUALA LUMPUR
21.
Pantai Medical Centre Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Bukit Pantai
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2296 0888  Fax: 03-2282 1557
WP KUALA LUMPUR
22.
Pusat Perubatan Menara Sdn. Bhd.
Level 26, Menara TM Annexe 2
No. 1, Jalan Pantai Jaya
Off Jalan Pantai Baharu
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2241 4101 Fax: 03-2241 4102
WP KUALA LUMPUR
23.
Berkat Sentral Clinic (BSC)
G11 – G12 Ground Floor
Platinum Sentral, Jalan Stesen 2
50470 Kuala Lumpur
WP KUALA LUMPUR
24.
Pejabat Kesihatan Johor Bahru
Jalan Abu Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2224711, 07-2224818
JOHOR
25.
Poliklinik Komuniti Beserah
Jalan Beserah, 26100, Kuantan
Negeri Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5445633
PAHANG
26.
Health Office
Divisional Health Department
Kucing Division,
Jalan Tun Zaidi Adruce
93150, Kucing, Sarawak.
Tel: 082-432563
SARAWAK
27
Health Office
Divisional Health Department
Sibu Division, 5th Floor
Wisma Persekutuan, Block 3
Persiaran Brooke, 96000 Sibu, Sarawak.
Tel: 084-315494
SARAWAK
28.
Columbia Asia Medical Centre
Lot 1035-1039
Jalan Bulan Sabit, CDT 155
98009, Miri, Sarawak.
Tel: 085-437755
SARAWAK
29.
Klinik Cheu SB
Lot 512, Pelita Commercial Centre
98000, Miri Sarawak
Tel: 085-438068, Fax: 085-43807
SARAWAK


Langkah berjaga-jaga
·        Elakkan terdedah kepada gigitan nyamuk dengan mengubahsuai aktiviti yang dilakukan.
·        Elakkan melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan Nyamuk Aedes ini beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.
·        Elakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah. Sapukan bahan tersebut ke kulit selepas memakai pelindung matahari atau losyen. Sapu semula setiap kali berpeluh atau selepas terkena air.
·        Bahan aktif dalam bahan penghalau nyamuk hanya menangkis tetapi tidak membunuh serangga.
·        Bahan penghalau yang mengandungi DEET (N, N-diethylmetatoluamide) yang dipercayai dan jenis tahan lama (35% DEET memberi perlindungan selama 12 jam).
·        Rumusan 50% DEET disyorkan untuk orang dewasa (termasuk wanita hamil) dan kanak-kanak berusia melebihi 2 bulan.
·        DEET adalah toksik apabila dimakan dan boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
·        Permethrin juga amat berkesan sebagai racun serangga dan sebagai penghalau nyamuk. Terdapat sedikit potensi ketoksikan bagi pakaian yang dirawat dengan Permethrin.
·        Pakai pakaian berlengan dan seluar panjang.
·        Elakkan memakai pakaian yang berwarna gelap (menarik perhatian nyamuk).
·        Tutup tingkap atau bidai pada waktu malam.
·        Gunakan semburan racun serangga piretrum (aerosol), lingkaran piretroid atau tablet racun serangga pada waktu malam sebelum tidur.
·        Elakkan memakai minyak wangi, semburan rambut atau losyen selepas bercukur yang berbau kuat (menarik parhatian nyamuk ).
·        Gunakan penghawa dingin atau kelambu yang dirawat dengan Permetrin.










PEMANTAUAN KE ATAS PELAWAT YANG TIBA DARI NEGARA YANG BERISIKO MENGALAMI TRANSMISI DEMAM KUNING (YELLOW FEVER) OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa selaras dengan keperluan Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (International Health Regulations) 2005 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Malaysia melaksanakan pemantauan ke atas pelawat-pelawat yang tiba dari negara yang berisiko mengalami transmisi Demam kuning (Yellow fever).
Sehingga kini terdapat sebanyak 42 buah negara yang disenaraikan oleh pihak World Health Organisation (WHO) iaitu 13 buah negara di Amerika Selatan dan Tengah manakala 29 negara di Afrika. Brazil merupakan salah sebuah negara yang disenaraikan oleh pihak WHO sebagai sebuah negara yang berisiko mengalami transmisi Demam kuning.
Satu taklimat mengenai Demam kuning dan keperluan suntikan vaksinasi Demam kuning serta berkaitan penyakit Zika virus telah diberikan di Institut Sukan Negara pada 29 Jun 2016 kepada semua pegawai dan atlit kontinjen Olimpik Malaysia.
Taklimat ini diberikan untuk memastikan semua atlit dan pegawai yang terlibat dalam Sukan Olimpik Rio Brazil mengambil vaksin Demam kuning selewatnya 10 hari sebelum berlepas ke Rio Brazil. Selain itu, KKM juga melaksanakan beberapa langkah ketat dalam usaha untuk mencegah kemasukan penyakit Demam kuning ke dalam Negara bagi mengekalkan status Malaysia sebagai Negara tiada kes Demam kuning.
Di antaranya adalah, seseorang pelawat warganegara asing atau waraganegara Malaysia yang tiba dari atau pernah melawat negara yang tersenarai sebagai berisiko mengalami transmisi Demam kuning dikehendaki mengemukakan sijil vaksinasi antarabangsa Demam kuning yang sah.
Vaksinasi Demam kuning juga diperlukan bagi mereka yang transit melebihi 12 jam melalui pintu masuk udara negara yang mengalami risiko transmisi Demam kuning. Kegagalan mematuhi keperluan Kesihatan ini boleh menyebabkan pengembara dikuarantin di pusat kuarantin kesihatan untuk tempoh tidak melebihi enam (6) hari sebelum dibenarkan memasuki Malaysia.
Keperluan kesihatan ini dikuatkuasakan ke atas semua warganegara asing dan warganegara Malaysia yang tiba dari atau pernah melawat negara risiko tinggi tersebut, termasuklah Brazil. Bermula dari 12 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016, seramai 37 orang yang tiba dari Brazil telah disaring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (36 penumpang) dan Pulau Pinang (seorang penumpang). Namun begitu terdapat empat (4) orang yang didapati tidak mematuhi keperluan vaksinasi Demam kuning dan diletakkan di bawah prosedur kuarantin untuk tujuan pemantauan sebelum dibenarkan memasuki Malaysia.
Ke-empat-empat mereka didapati berada dalam keadaan sihat. Namun, ke-empat-empat mereka telah memilih untuk pergi ke negara lain sebelum dibenarkan memasuki Malaysia. Demam kuning adalah penyakit berjangkit yang akut yang disebabkan oleh Arbovirus dari Genus Flavivirus dan keluarga Flaviviridae. Ia adalah penyakit bawaan vektor iaitu nyamuk aedes yang telah dijangkiti oleh virus tersebut.
Demam kuning yang berlaku di bandar disebarkan oleh nyamuk kepada manusia. Manakala Demam kuning di hutan merebak dari nyamuk kepada monyet dan juga kepada manusia (zoonotic).
Penyakit ini pada peringkat awal (fasa pertama) menunjukkan gejala seperti demam, badan menggigil (chills), sakit badan, sakit kepala, loya dan muntah. Sebanyak 15% (fasa kedua) akan menunjukkan gejala demam dengan jaundis, sakit bahagian abdomen, muntah dan perdarahan di mana sebanyak 50% dari mereka ini akan meninggal dunia.
Dilaporkan sehingga sebanyak 85% kes menunjukkan gejala ringan atau tidak menunjukkan gejala.
Tiada rawatan Sehingga kini tiada kes Demam kuning yang dilaporkan di Malaysia. Namun begitu, Malaysia mempunyai risiko transmisi jangkitan penyakit ini disebabkan terdapatnya vektor pembawa penyakit ini yang banyak iaitu nyamuk Aedes.
Virus Demam kuning boleh dibawa masuk ke Malaysia melalui tetamu atau pelawat yang tiba dari negara-negara yang berisiko mengalami transmisi Demam kuning yang tidak mengambil vaksinasi Demam kuning dan dijangkiti penyakit ini.
Sehubungan itu, dimaklumkan KKM akan terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya dalam usaha untuk mencegah kemasukan penyakit Demam kuning ke dalam Negara dan bagi mengekalkan status Malaysia sebagai Negara tiada kes Demam kuning, Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan dalam mematuhi keperluan kesihatan ini demi kesihatan dan keselamatan negara.
Maklumat lanjut berkaitan penyakit Demam kuning boleh diperolehi di laman sesawang KKM iaitu www.moh.gov.my atau facebook CPRC Kebangsaan KKM.
Terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 22 Ogos 2016

Lampiran 1

MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK MAKLUMAN COUNTRIES WITH RISK OF YELLOW FEVER TRANSMISSION

SOUTH & CENTRAL AMERICA (13 COUNTRIES)
1. Argentina
2. French Guiana
3. Suriname
4. Brazil
5. Guyana
6. Trinidad & Tobago
7. Bolivia
8. Panama
9. Venezuela
10. Colombia
11. Paraguay
12. Ecuador
13. Peru


AFRICA (29 COUNTRIES)
1. Angola
2. Guinea
3. Equatorial Guinea
4. Benin
5. Ivory Coast
6. Burkina Faso
7. Kenya
8. Burundi
9. Liberia
10. Cameroon
11. Mali
13. Mauritania
14. Chad
15. Niger
16. Congo
17. Nigeria Note:
18. Democratic Republic Of Congo
19. Ethiopia
20. Senegal
21. Gabon
22. Sierra Leone
23. Gambia
24. Sudan
25. Ghana
26. South Sudan
27. Togo
28. Guinea Bissau
12. Central Africa Republic
29. Uganda

Update as of 4 February 2016. The list of countries with risk of yellow fever transmission will be updated from time to time based on WHO list






.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.