Dua saintis Palestin dibunuh
ALGIERS - ALGERIA. Dua
saintis Palestin ditemui mati dipercayai dibunuh di Algiers, menurut Kedutaan
Palestin di Algeria, semalam.
Mayat Suliman al-Farra, 34,
dan Mohammed Albana, 35, dari Khan Younis di Genting Gaza dijumpai di apartmen
al-Farra di Zeralda terletak di pinggir ibu negara.
Siasatan awal mendapati,
punca kematian kedua-dua mereka adalah akibat terhidu gas atau terkena kejutan
elektrik.
Agensi berita di Gaza
melaporkan mereka dipercayai mati dua hari sebelum penemuan mayat kedua-duanya
yang dibuat selepas jiran mangsa tercium bau gas di sekitar bangunan terbabit.
Difahamkan, salah satu mayat
itu ditemui berhampiran pintu manakala seorang lagi terbaring di katil.
"Kami tidak mempunyai
butiran lanjut tentang kejadian itu. Kami menjangkakan pihak berkuasa di
Algeria dan Kedutaan Palestin di negara itu akan melakukan segala yang perlu
untuk menjelaskan apa yang telah berlaku," kata abang Albana.
Sejak beberapa tahun lalu,
beberapa saintis Palestin telah dibunuh di seluruh dunia dan kebanyakan kes
dikaitkan dengan agensi risikan Israel, Mossad.
April lalu, gerakan Jihad
Islam mendakwa Mossad menjadi dalang di sebalik insiden pembunuhan seorang
pensyarah Palestin di Malaysia.
Pakar dron, Mohamed
al-Zawari turut maut akibat ditembak di hadapan kediamannya di bandar El-Ain
terletak kira-kira tujuh kilometer di utara Sfax, Tunisia pada 15 Disember
2016.
Sayap tentera Hamas, Briged
al-Qassam mendakwa Israel mendalangi pembunuhan ke atas Zawari yang menjadi
anggota kumpulan itu selama 10 tahun selain mengawasi program dron mereka. -
Press TV
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.