Penyakit
ZIKA
Apa Itu Virus Zika? Ramai yang ingin tahu apa itu Virus
Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di
Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk
Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016
ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pusat Kawalan dan Pencegahan
Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan
untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika
Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.
Apa Itu
Virus Zika
Virus Zika adalah
sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama
untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru
lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti.
Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan
bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara
meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.
Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus
Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan
sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap
supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.
Info
Virus Zika
Berikut adalah
maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak
tahun 2007
2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan
bergantung kepada spesis.
3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan
Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam,
demam dan sakit belakang
5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada
April 2015
6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi
dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu
untuk menjadi nyamuk dewasa.
Simptom
& Tanda-Tanda Demam Zika
Berikut dikongsikan
simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti
:-
1. Sakit kepala
2. Ruam pada kulit
3. Sakit sendi
4. Mata kemerahan
Cara
Rawatan
Untuk merawat demam
Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat
vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.
Gejala
Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika
Virus
Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang
bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada
janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah
dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.
Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Status Terkini Virus Zika Di Malaysia
3
September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia
telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa
Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.
Berita Harian Online melaporkan yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.
1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.
Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.
Berita Harian Online melaporkan yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.
1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.
Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.
Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.
Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
Sumber : Facebook KKM
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.