Bahaya Silau Lampu LED
RAC, badan
penyelenggaraan kenderaan dari UK membuat satu kenyataan mengejutkan baru-baru
ini. Mereka mendakwa bahawa lampu moden LED adalah terlalu terang dan
menyilaukan.
Laporan
dari The Telegraph memberitahu
bahawa 15 peratus pemandu telah nyaris kemalangan akibat kecerahan sesetengah
lampu kereta baru.
Sebagai
tindakbalas, Jabatan Pengangkutan Jalan UK telah menubuhkan sekumpulan pakar
untuk memahami bagaimana lampu kereta moden terlalu terang dan menyilaukan.
Salah satunya sudah tentulah teknologi LED.
Bercakap berkenaan potensi risiko yang disebabkan oleh lampu
LED, pakar pencahayaan dari Quality Light Source Factory, Stephen Dixon
memberitahu bahawa pemandu melihat LED sebagai cahaya yang lebih terang dari
biasa.
“Lampu
LED lebih menumpu kepada sasaran berbanding lampu dari halogen yang mana
cahayanya lebih tersebar. LED lebih fokus dan sepatutnya ia tidak menyilaukan
jika dilaras dengan fokus sasar yang betul. Ya. LED secara teknikalnya lebih
terang kerana ia berwarna biru terang.”
Hari
ini, Penggunaan lampu LED tidak lagi dianggap sebagai aksesori mewah. Myvi pun
dah pakai.
Ia
telah diuji supaya menerangi jalan dengan baik tanpa menyilaukan pemandu dari
trafik dari arah bertentangan.
Bagaimanapun
jurucakap keselamatan jalanraya RAC, Pete Williams memberitahu, ia tetap ada
risiko keselamatan.
“Teknologi
lampu telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun lampu
ini bagus untuk pemandu meningkatkan kadar penglihatan, ia sebenarnya
mendatangkan masalah silau. Ia adalah risiko yang terpaksa kita kaji sekarang
terutamanya ketika di jalanraya yang benar-benar gelap dan di persimpangan
jalan”
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.