Jangan kata orang tidak puasa itu jahat.
Jangan kata orang tidak puasa itu hina, tidak berharga.
Jangan kata orang tidak puasa itu masuk neraka.
Jangan kata orang tidak puasa itu tiada apa apa di sisi Tuhan.
Allah itu Adil
Allah Maha Menghukum
Islam Bukan Pengganas
49:11 Hai orang orang yang beriman, janganlah kaum laki
laki menghinakan kaum laki laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang
dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum
perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan
yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu
cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang
tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang
tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.
49:12 Hai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan
sangka sangka (dugaan terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangka sangka
itu ialah dosa dan janganlah kamu mencari cari aib orang dan jangan pula
sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa ia
memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkainya)? Maka tentu kamu benci
memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi
penyayang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.