Penyakit Chikungunya
Demam
Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan
nyamuk yang telah dijangkiti.
Tanda dan Gejala
Masa
inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat
serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh
pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).
Orang
yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:
·
Demam
·
Kesejukan
·
Sakit kepala
·
Letih
·
Loya
·
Muntah
·
Sakit otot
·
Ruam
·
Sakit sendi.
Rawatan
Masa
kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun
dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil
ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda
mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan
segera
Pencegahan
Tip-tip semasa mengembara/bersiar
“Walau
bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan
lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini,
tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak
bertambahnya rebakan jangkitan.
Di
rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi.
Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin
minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.
·
Guna sapuan nyah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar
bersiar, terutama semasa di siang hari.
·
Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar
bersiar.
·
Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung
pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk
Semakan Akhir
|
:
|
26 April 2012
|
Penulis
|
:
|
|
Penyemak
|
:
|
Dr. Muhaini Othman
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.