Maafkanlah ...
Sikap
mudah memaafkan adalah sikap sebenar orang Islam dan ia amat disenangi Allah dan
makhlukNya kerana sifat Allah itu sendiri Allah itu Maha Pengampun, Pemurah, Pengasih, lagi amat Penyayang.
Justeru
Islam sebenar Bukan Pengganas !!!
Maafkanlah
orang lain maka hati anda berasa tenang. Kebaikan memaafkan orang lain akan
terasa dimana tekanan darah anda mulai turun, denyut nadi menjadi Normal dalam
lingkungan 60 ke 80 degup seminit. Degup jantung menjadi sekata. Air muka
bertambah jernih dan anda lebih gembira ceria. Wajah juga nampak lebih bersih
dan muda. Halalkanlah apa apa yang orang orang susah berhutang dengan anda. mereka mungkin memerlukan wang anda untuk belanja makan anak anak mereka.
Sebaliknya
jika anda susah memaafkan dan berdendam apatah lagi ada pula firasat mahu
membuat sabotaj kepada orang yang anda tidak suka maka Allah dan makhlukNya tidak
condong kepada anda.
Anda
pula akan berserabut serta mendapat susah lena, tidak tidur, tidak lelap, tidak
ceria di mana uban banyak menjelma, degup jantung jadi caca marba sampai
ketahuan ubat ubatnya yang perlu dimakan setiap hari. Tekanan darah mulai
mendaki umpama gunung yang tinggi mungkin juga susah nak ditawar dengan ubat.
Muka berubah jadi pembengis dan tidak enak dipandang, anda tidak mesra lagi
serta kawan mulai berjauh diri. Anda akan kesunyian dan memberontak sendiri
dalam jiwa akibat tidak puas hati.
Berubahlah
menjadi insan pemaaf kerana Islam itu mengajak kepada kebaikan dan
kesejahteraan. Jauh sekali Islam menggalakkan kehancuran, rosak peranda,
kebinasaan. Islam Bukan Pengganas.
Juga jangan lupa untuk meminta maaf dari orang lain untuk membuang ego besar diri, ria di dalam hati
.
Juga jangan lupa untuk meminta maaf dari orang lain untuk membuang ego besar diri, ria di dalam hati
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.