Total Pageviews

Saturday 2 June 2018

Penyakit Denggi


Penyakit Denggi







Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.


Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
·        Demam panas
·        Sakit kepala
·        Sakit tulang belakang
·        Sakit sendi-sendi
·        Loya dan muntah-muntah
·        Sakit biji mata
·        Ruam



Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
·        Mudah lebam
·        Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
·        Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut



Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.



Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
1. Membuang bekas yang boleh menakung air
2. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
3. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
4. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
5. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
0. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
1. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
2. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
3. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

1. Pengenalan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bertanggungjawab dalam pelaksanaan program aktiviti pencegahan dan kawalan denggi memantau dan menganalisa pengurusan kes denggi diperingkat negeri dan daerah. JKN mengaktifkan dan menyelaras CPRC Negeri (Crisis Preparedness and Response Centre) yang beroperasi secara harian dengan fungsi seperti berikut;


2. Survelen


·        Survelan Epidemiologi
1. Bertindak sebagai pusat dalam operasi pengurusan kes Denggi.
2. Melaksanakan pemantauan berterusan situasi denggi harian bagi mengesan amaran awal wabak atau amaran penularan jangkitan yang luar biasa.
3. Mengenalpasti kawasan-kawasan berisiko penularan wabak Denggi dengan memantau kes denggi secara geografi dan temporal.
4. Mengeluarkan amaran awal dan memberi nasihat teknikal kepada pasukan daerah atau pemimpin masyarakat dalam tindakan kawalan vektor.
5. Menyelaras aktiviti kawalan antara daerah bagi menghalang penularan jangkitan Denggi ke kawasan lain.
6. Menguruskan perkongsian maklumat berkaitan lokaliti wabak semasa bersama semua fasiliti kesihatan, agensi berkaitan dan pemimpin masyarakat seterusnya mengaktifkan tindakan pengesanan kes dan pemusnahan faktor risiko wabak Denggi.
7. Menangani isu-isu yang timbul dalam aktiviti pengurusan kes denggi.
8. Hub penyebaran maklumat bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat tentang kejadian kes Denggi di kawasan mereka.
9. Membantu komuniti mendapatkan informasi terkini dan nasihat kesihatan melalui telefon, nasihat individu dan media sosial.




·        Survelan Vektor

1. Pemantauan berkala terhadap kepadatan dan taburan sepsis nyamuk secara temporal dan geografi bagi mendapatkan corak penyebaran nyamuk di sesuatu lokaliti
2. Ia berfungsi bagi membantu dalam membuat cadangan penambahbaikan aktiviti kawalan vektor oleh Pejabat Kesihatan Daerah atau komuniti setempat.
3. Selain daripada itu, kepadatan nyamuk yang tinggi akan mengaktifkan aktiviti pencegahan dan kawalan yang bersesuaian.
4. Kaedah survelan vektor termasuklah :




1. Survelan larva (jentik-jentik)
·        Larva dipungut melalui aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) Aedes oleh anggota kesihatan.
·        Jenis spesis dikenalpasti secara mikroskopik.
·        Taburan spesis dan kepadatan nyamuk aedes dianalisa dan strategi kawalan vektor dibincangkan bersama daerah.
·        Menyediakan pemetaan lokasi vektor





Survelen Nyamuk


1. Sentinel Ovitrap

·        Ovitrap adalah alat yang dipasang oleh anggota kesihatan atau komuniti di tempat-tempat berisiko tinggi denggi.
·        Lokaliti ini digelar lokaliti sentinel ovitrap bagi mendapatkan telur nyamuk aedes.
·        Alat ovitrap di sentinel- sentinel ini dipantau setiap minggu selama 6 bulan bagi menentukan corak taburan dan kepadatan nyamuk Aedes.
·        Jika sesuatu kawasan dikenalpasti menunjukkan aras kepadatan nyamuk yang melebihi tahap yang ditetapkan (Ovitrap Index > 10%) maka strategi kawalan vektor dan pencegahan wabak yang bersesuaian dengan faktor penyumbang akan dilaksanakan di lokalti ini.
·        Orang awam harus memberikan kerjasama dan tidak mengganggu bekas ovitrap ini agar keputusan kajian adalah tepat. Dengan itu, aktiviti pencegahan dapat dilaksanakan.




2.           Sticky Ovitrap
·        Pemantauan nyamuk aedes dewasa dilakukan dengan menggunakan sticky ovitrap.
·        Spesis nyamuk yang telekat pada filem akan dikenalpasti dan kepadatan nyamuk Aedes akan dikira.
·        Kepadatan nyamuk Aedes yang melebihi aras amaran yang ditetapkan seterusnya akan mengaktifkan aktiviti kawalan vektor
Komuniti dimaklumkan dan dinasihatkan agar tidak menyentuh sticky ovitrap ini.



Sticky Ovitrap

Sticky Ovitrap
3.      Pemantuan Kualiti Kawalan Vektor


·        Cage Bioassay

1. Cage (sangkar) bioassay adalah satu teknik yang digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti semburan ruang (fogging).
2. Kerjasama dari anggota masyarakat adalah diperlukan bagi membenarkan anggota kesihatan memasang sangkar-sangkar nyamuk ini di premis masing-masing sebelum semburan ruang (fogging) bermula.
3. Pihak kami akan mengutip semula sangkar-sangkar nyamuk ini selepas semburan tamat dan penilaian kualiti kawalan akan dilakukan.
4. Penambahbaikan aktiviti kawalan vektor akan dilaksanakan oleh pihak kami jika kualiti kawalan tidak memuaskan bagi mengurangkan risiko penularan Denggi di lokaliti ini.

Pemasangan Cage (sangkar) Bioassay




·        Ovitrap 48 Jam

1. Ovitrap 48 jam digunakan bagi memantau keberkesanan aktiviti semburan ruang (fogging) dalam membunuh nyamuk dewasa.
2. Anggota kesihatan akan memasang ovitrap selepas aktiviti semburan ruang selesai.
3. Ovitrap yang positif akan memberi maklumat kehadiran nyamuk betina dewasa di sesebuah lokaliti.
4. Orang awam dinasihatkan agar tidak mengganggu ovitrap ini bagi memastikan keputusan yang diperolehi adalah tepat seterusnya membantu perancangan aktiviti kawalan nyamuk yang seterusnya.


·        Pemeriksaan Semula Pembiakan Aedes

1. Pasukan vektor negeri adalah bertanggungjawab dalam pemantauan kualiti aktiviti Pemusnahan Pembiakan Aedes (PTP) yang dilaksanakan oleh pasukan vektor daerah,
2. Pemeriksaan semula dilakukan dalam tempoh 3 hari di lokaliti sasaran dan hasil PTP bagi kedua-dua pasukan akan dinilai bagi pemantauan kualiti.
·        Kerjasama dari masyarakat adalah diperlukan daengan membenarkan pasukan kami memeriksa tempat kediaman atau premis anda.

Pemeriksaan tempat pembiakan Aedes oleh pasukan pemantau kualiti


4.           Kolaborasi bersama Agensi

·        Membentuk kerjasama dengan agensi lain bagi merancang aktiviti pencegahan dan pemusnahan Aedes secara bersepadu dan sistematik.
·        Memberi nasihat teknikal kepada agensi-agensi lain berkenaan kaedah memusnahkan faktor risiko pembiakan nyamuk Aedes.
·        Menyelaras mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua agensi untuk penglibatan bersama dalam menggempur Aedes di kawasan berisiko wabak denggi


5. Merancang dan menyelaras keperluan sumber untuk fasiliti kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi aktiviti pencegahan dan kawalan denggi. Penyelarasan sumber ini termasuk menghadapi krisis peningkatan kes dan wabak seperti menyediakan bekalan alat perlindungan diri, kit ujian pengesahan denggi dan bantuan logistik.

6. Melaksanakan latihan berterusan bagi memastikan kemahiran anggota dalam rawatan pesakit dan kawalan vektor adalah ditahap tinggi.

7. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan kawalan nyamuk Aedes di lokaliti anda.



Rujukan

1. Dengue Control.
2.           iDengue untuk komuniti.
3.           Kementerian Kesihatan Malaysia. (2009). Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi 2009-2013.http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/PELAN_DENGGI.pdf
4. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Demam denggi adalah penyakit sistemik dan dinamik, manifestasi klinikal pesakit bergantung kepada pada tahap fasa penyakit ini. Selepas seseorang digigit oleh nyamuk yang telah dijangkiti virus (biasanya 2-7 hari), simptom penyakit ini bermula dengan tiba-tiba dan akan diikuti dengan 3 fasa iaitu fasa febril (Febrile phase), kritikal(Critical phase) dan pemulihan(Recovery phase) . Oleh itu, pesakit yang disyaki demam denggi akan dinilai secara klinikal dan mengikut langkah yang di tetapkan apabila dia datang ke klinik kesihatan


Pemantauan Pesakit Denggi

Tahap 1: Penilaian Secara Menyeluruh
Pesakit mungkin tiba di klinik atau kecemasan jabatan dengan simptom yang tidak spesifik. Selalunya, diagnosis bagi disyaki demam denggi berdasarkan sejarah daripada pesakit. Adalah penting untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan pesakit yang terbaru , tanda-tanda yang dialami dan samaada pesakit tinggal di kawasan wabak. Penting untuk mendapatkan sejarah yang baik serta tepat bagi mengesyaki diagnosis awal. Selepas pengambilan sejarah dan pemeriksaan klinikal dilengkapkan, dan diagnosis disyaki demam denggi dibuat, ujian pengesahan seperti COMBO rapid test kit untuk NS1,IgM dan IgG perlu dilakukan.
Berikut adalah soalan-soalan yang perlu ditanya kepada pesakit yang datang dengan simptom demam demam ke klinik atau kecemasan jabatan;


1. Sejarah Pesakit
1. Bila demam/sakit bermula (berapa hari)?.
2. Symptom klinikal lain seperti sakit sendi, sakit tulang, sakit kepala, muntah atau cirit-birit.
3. Selera pesakit samada boleh makan dan minum. Contoh kuantiti air yang diminum, bilangan botol atau kekerapan kencing.
4. Tanda – tanda bahaya denggi:
5. Pendarahan;
1. tanda atau tompok merah pada kaki atau tangan,
2. pendarahan pada hidung atau gusi,
·        muntah darah,
1. najis berwarna hitam,
2. haid yang banyak atau pendarahan berlebihan
1. Sakit perut
2. Kerap muntah
3. Pucat dan sejuk pada kaki dan/atau tangan
4. Tahap kesedaran minda dan mental samada pening, aktif atau tidak atau sawan
5. Sesak nafas
6. Keputusan Ujian Makmal : Peningkatan nilai Hematocrit dan penurunan mendadak platelet.
7. Tahap hidrasi pesakit e.g. adakah pesakit membuang air kecil
8. Sejarah berkaitan: (Untuk membezakan dengan penyakit lain)
9. Keluarga atau kawasan perumahan persekitaran yang mempunyai wabak Denggi
10.           Sejarah masuk ke kawasan hutan atau mandi di sungai/tasik/air terjun
11.           Adakah aktiviti semburan kabus dijalankan di kwasan kediaman pesakit dalam masa terdekat.
12.           Sejarah perjalanan/pelancongan
13.           Penyakit sampingan seperti Kencing Manis, Darah Tinggi atau Leukemia



1. Pemeriksaan Fizikal
1. Status kesedaran minda dan mental seperti pening, aktif atau tidak atau sawan.
2. Penilaian tahap hidrasi, kekeringan bibir, lidah, kekerapan membuang air kecil dan kontur kulit
3. Penilaian parameter lain: samada pucat atau tidak, tekanan darah, bacaan nadi,
4. Kenalpasti samada pernafasan laju atau abnormal
5. Mengadu bahawa sakit perut
6. Pemeriksaan sebarang pendarahan abnormal atau berlebihan



1. Keputusan Makmal
Jika perkhidmatan sokongan makmal terdapat di klinik tersebut:
1. Kiraan sel darah putih, Hematokrit, dan Platelet
2. Dengue Combo Rapit Test Kit: NS1Ag, IgM & IgG
Penilaian dan makluman sejarah pesakit yang disyaki Denggi akan dibuat menggunakan borang khas. JADUAL 1menunjukkan borang Clerking Sheet For Suspected Dengue Cases yang diguna pakai sebagai rujukan untuk Doktor/Pegawai Kesihatan.


Jadual 1: Dengue Clerking Sheet Digunakan Pada Kes Disyaki Demam Denggi

Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/989
Tahap 2: Diagnosis, Peringkat Penyakit dan Penilaian Keseriusan Penyakit

Bergantung kepada sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal,dan keputusan makmal pegawai perubatan akan memutuskan :
1. Diagnosis Denggi samada sementara atau disahkan
2. Fasa peringkat denggi samada Fasa Demam, Fasa Kritikal atau Fasa Pemulihan
3. Tahap hydrasi dan status hemodinamik
4. Hemodinamik pesakit secara menyeluruh
5. Samada boleh meneruskan rawatan di klinik sebagai pesakit luar atau perlu rujukan ke hospital berdekatan


Tahap 3: Pelan Rawatan
1. Sebarang kes demam denggi yang disyaki atau disahkan wajib dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah melalui telefon/faks/e-Dengue dan disusuli dengan borang notifikasi Denggi 1 dalam tempoh masa 24 jam.
2. Jika perlu rujukan ke hospital, pesakit akan distabilkan di klinik sebelum dihantar ke hospital berdekatan melalui ambulans.
3. Jika tidak perlu dirujuk dan boleh dipantau di klinik, pesakit akan diberi kad rekod pemantauan pesakit denggi dan panduan penjagaannya di rumah (Jadual 2).



Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi

1. Diberikan kepada pesakit yang disyaki atau disahkan penyakit Denggi.
2. Kad ini merekodkan makluman penyakit Denggi iaitu suhu badan, tekanan darah dan kadar nadi, serta hasil ujian makmal termasuk hematokrit, kiraan sel darah putih dan platelet.
3. Kesemua rekod berkenaan dicatat setiap kali pesakit datang ke klinik atau hospital.
4. Pesakit perlu membawa kad ini ke mana-mana klinik atau hospital ketika mendapatkan rawatan susulan penyakit Denggi. Ini memudahkan pemantauan pesakit.
5. Kad ini juga mempunyai maklumat mengenai tanda-tanda bahaya penyakit Denggi, panduan penjagaan pesakit di rumah dan perkara yang perlu dielakkan oleh pesakit Denggi.






.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.