Kosmetik Bahaya pada anda
PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN
BERJADUAL
1. Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin
menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan
produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual
seperti di bawah:
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
Merkuri Raksa
|
2. Notifikasi
produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam
produk berkenaan.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA
KESIHATAN
3. Produk yang mengandungi hydroquinone dan
tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional
kesihatan.
4. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone
boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan,
perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses
pigmentasi
(depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV
merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
5. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin
biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu
mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional
kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak
selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
6. Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri
boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk
kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada
buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak
kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
7. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada
merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak
apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap
dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila
mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang
menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari
mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga
menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK
INI
8. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini
diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk
kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan
dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
9. Individu yang melakukan kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000
atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama
dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan
kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan
denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
10. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk
kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan
mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang
ketidakselesaan atau kesan advers.
11. Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik
boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna
dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu
produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian
Kesihatan Malaysia
Rujukan
:
Kenyataan
media
Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia
Laman
Sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.