Kenapa Ada Berhala Cina Muka Melayu?
https://salam.my/kenapa-ada-berhala-cina-muka-melayu/
Kenapa Ada Berhala Cina Muka Melayu? | Salam.my – Tahukah anda terdapat sebilangan berhala-berhala cina di Malaysia ini diukir merupai muka Melayu? Banyak terdapat di rumah merah mereka yang biasa kita lihat di tepi jalan, bawah pokok dan di tepi bangunan. Siap ada makanan yang ‘halal’sahaja yang di’sembah’kan kepada berhala tersebut. Pelik kan? Ini penjelasan Ustaz Ikram yang buat ramai terkejut.
Penjelasan oleh Ustaz Ikram
Dalam sebuah ceramah Ustaz Ikram mendedahkan terdapat banyak rumah berhala cina juga dikenali sebagai Tua Pek Kong yang banyak ditemui di tepi jalan, bawah pokok dan berdekatan bangunan, jika dilihat di dalamnya ada patung, dan kalau perasan sebahagian darinya ada patung orang melayu yang memakai tanjak, memegang keris, ia merupakan antara kepercayaan orang cina.
Berhala menyerupai orang Melayu bertanjak dan memegang keris
Katanya “Sebab bagi orang Cina, bagi mereka jika orang yang meninggal dunia tu baik dan pernah berjasa, matinya orang ini, mereka akan sembah rohnya. Mereka percaya bila orang mati, roh si mati akan berada berhampiran.”
Berhala menyerupai bekas seorang pemimpin negara
“Kepercayaan roh merayau ialah kepercayaan agama. Hantu, macam mana masyarakat Melayu boleh percaya hantu. Lebih kurang ada 50 jenis hantu orang melayu, siap dikomersialkan dalam filem.”
“Mengenai hantu, ia adalah kepercayaan asalnya dalam kitab Garuda Purana, kitab suci agama Hindu. Terdapat dialog di dalamnya.”
“Tetapi dalam Islam bila seseorang itu mati, roh dikeluarkan, dan ada dinding/barzakh sehingga hari kebangkitan.”
“Pernah viral di Klang, sebuah binaan Tok Pek Kong menyerupai masjid. Siap ada kubah. Di dalam tu dipercayai ada imam.”
Rumah berhala menyerupai rekabentuk Masjid terjumpa di Klang
“Di Kelantan, antara yang disembah orang cina di sana ialah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.”
“Selain dari Hindu, kepercayaan ini juga terdapat dalam agama Buddha. Dalam masyarakat Buddha dan cina, ada perayaan hantu lapar, salah satu kepercayaan dalam agama Buddha.”
“Bagaimana boleh masuk dalam masyarakat melayu? Sebelum datangnya Islam, kita diperintah oleh Maharaja Pahit (hindu) dan Srivijaya (buddha). Di Bali, merupakan satu-satunya negeri yang masih amalkan Hindu Majapahit. Mereka ada Hari Ngepi – Hari hantu keluar.”
Penjelasan oleh Ustaz Ikram seterusnya membuka mata umat Islam dan memberi jawapan kenapa patung-patung berhala yang didapati di rumah berhala menyerupai orang Melayu yang pernah berjasa.
Semoga dengan perkongsian ini, umat Islam di Malaysia lebih faham agama kaum lain dan seterusnya memudahkan kita untuk melakukan dakwah menyampaikan agama Islam. KONGSIKAN
sumber: Youtube
https://salam.my/kenapa-ada-berhala-cina-muka-melayu/
Nik Aziz Disembah Orang
https://www.youtube.com/watch?v=x12jaEighKM&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=x12jaEighKM&feature=youtu.be
Memang benar, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz disembah orang! Sepatutnya alim ulama, pejabat agama, pejabat mufti dan orang orang Islam mengambil peluang keemasan ini untuk berdakwah. Bukan membiarkan mereka berterusan di jalan yang salah dengan menyembah Tuan Guru Nik Aziz.
Sepatutnya penerangan yang jelas sudah diberikan kepada penyembah TGNA, iaitu siapakah sebenarnya Tuan Guru Nik Aziz, dan andai jika Tuan Guru Nik Aziz masih hidup, beliau sudah tentu sama sekali tidak mau dirinya disembah sebaliknya sudah tentu Tuan Guru Nik Aziz menyuruh mereka sembahlah Allah Tuhan yang sebenar, Tuhan yang satu, Tuhan yang Maha Suci, Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemaaf dsbnya.
Ini adalah mirip kepada cerita Nabi Isa (Jesus Christ) yang adalah sebenarnya manusia tapi disembah oleh pengikutnya.
Demikian juga dengan Sri Gautama Buddha kerana Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ada pernah menyebut kemungkinan Sri Gautama Buddha adalah seorang daripada ratusan ribu Nabi Allah, tetapi disembah oleh pengikutnya selepas wafatnya.
Allahuaklam.
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.