Lelaki
Cina nekad peluk Islam selepas terima hidayah
Perkongsian Ustaz Amir Ng tentang Muhammad Aziz tular di laman
sosial.
KUALA LUMPUR - Ketika hidup dirundung
masalah seorang lelaki Tionghua menerima hidayah dan memeluk Islam kerana
percaya ALLAH itu Maha Pengasih.
Pendakwah bebas, Ustaz Amir Ng berkongsi kisah lelaki berkenaan
di Facebooknya selepas mengislamkan saudara baharu yang dinamakan Muhammad Aziz
Chong.
Ustaz Amir Ng memberitahu, ketika ditanya Muhammad Aziz sebab
hatinya terbuka untuk Islam, lelaki itu memberitahu dia dibantu ALLAH SWT
ketika ditimpa musibah.
"Muhammad Aziz juga memberitahu, dia meminta pertolongan
daripada ALLAH dan ALLAH makbulkan doanya walaupun ketika itu dia belum memeluk
Islam kerana ALLAH adalah Maha Pengasih," katanya di Facebook.
Ustaz Amir Ng berkata, selepas kejadian itu Muhammad Aziz
menghubunginya dan berhasrat memeluk Islam.
"Semalam menerima satu panggilan dari
seorang hamba ALLAH, kawan anak murid saya memberitahu hasrat untuk kembali
kepada Islam.
"Sebelum ini, beliau kata pernah menghubungi saya dan hari
ini dapat kami berjumpa serta ALLAH membuka pintu hati dia untuk kembali kepada
Islam. Dan mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Negara Kuala Lumpur,"
katanya.
Ustaz Amir Ng juga menunaikan solat Zohor secara berjemaah
bersama Muhammad Aziz dan berharap dia menerima hidayah menjadi seorang Muslim
sejati.
Luahan dan perkongsian Ustaz Amir Ng menarik perhatian netizen
yang turut bersyukur dengan berita gembira itu.
Maryam Siti berkata, "Alhamdulillah, semoga ilmu dan sabar
akan menjadikan dirinya lebih tekun beribadah kepada ALLAH.
Zu Baidah pula berkata, "Alhamdulillah bertambah umat Nabi
Muhammad."
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.