Boleh
kekal nama selepas peluk Islam
Prof
Dr Taufiq Yap Yun Hin
Peribahasa Melayu ada mengatakan, gajah mati meninggalkan
tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Nama adalah tajuk yang menyatakan sesuatu mengenai diri
seseorang. Ia adalah perhiasan atau simbol di mana seseorang itu akan dipanggil
dalam kehidupan dunia dan akhirat kelak.
Manusia juga diberikan identitinya tersendiri sebagaimana
dinyatakan dalam Surah ar-Rum ayat, 22 yang bermaksud: “Dan di antara tanda
yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan
bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian
itu mengandungi keterangan bagi orang yang berpengetahuan.”
Setiap bangsa dan etnik memiliki bahasa tersendiri. Setiap
bangsa dan etnik begitu berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka.
Bangsa Jepun menggunakan bahasa Jepun, manakala orang Eropah
mempunyai bahasa mereka sendiri mengikut negara dan wilayah masing-masing
seperti Inggeris, Sepanyol, Perancis, Jerman dan banyak lagi.
Setiap bangsa berkomunikasi menggunakan bahasa bangsa atau etnik
mereka sendiri. Bangsa Cina juga mempunyai bahasanya mengikut suku kaum
masing-masing seperti Mandarin, Hokkien, Kantonis, Hainan, Hakka, Teochew,
Fuchow dan lain-lain lagi.
Begitulah bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam
penciptaan manusia. Ia membolehkan manusia berbicara menggunakan pelbagai
bahasa dan mengumpamakan seperti penciptaan langit dan bumi.
Bagaimanapun, ada juga manusia daripada bangsa tertentu
menggunakan nama daripada bangsa lain. Ini adalah seperti mereka yang menganut
agama tertentu dan memiliki nama tambahan selain nama bangsanya sendiri.
Dalam konteks Islam, apakah seseorang yang baru menerima Islam
perlu menukar nama asal bangsanya atau hanya menambah nama tambahan?
Itu persoalan biasa ditanya oleh mereka yang ingin menukar agama
atau baru menerima Islam.
Pada dasarnya, seseorang yang memeluk Islam tidak perlu mengubah
nama kecuali nama asal mereka mempunyai unsur penyembahan kepada makhluk, dewa
atau sesuatu selain daripada Allah SWT.
Sekiranya nama asalnya tidak mengandungi sesuatu yang dilarang
Islam, dia dibenarkan menggunakannya tanpa sebarang masalah.
Bagi masyarakat Cina, sudah tentu mereka bangga dengan nama
diberikan oleh ibu bapa mereka. Biasanya nama itu mempunyai makna yang baik.
Misalnya, nama penulis Yap Yun Hin mempunyai makna yang sangat
baik. Yap adalah nama keluarga, bermakna penulis berasal daripada keturunan
Yap. Nama tengah Yun bermakna ‘selama-lamanya’ merujuk kepada generasi tertentu
dan nama akhir, Hin pula bermakna kegembiraan atau kegirangan.
Sudah pastinya Yun Hin bermaksud kegembiraan selama-lamanya
mempunyai makna yang baik serta akan menjadi ciri-ciri yang baik buat penulis.
Tidak ada alasan kenapa harus menukar nama yang baik dan
bersesuaian dengan Islam hanya kerana ia tidak berbunyi Arab, sedangkan bahasa
Cina juga adalah ciptaan Allah SWT.
Orang Muslim di China sudah lama menerima Islam sejak kurun ke-7
lagi. Mereka masih menggunakan nama dalam bahasa dan struktur Cina.
Bagaimanapun, mereka mempunyai nama Islam yang datang daripada bahasa Arab.
Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim
Malaysia (MACMA) dan Profesor di Universiti Putra Malaysia
Artikel ini disiarkan pada : Khamis,
15 November 2018

.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.