Total Pageviews

Tuesday, 17 December 2019

Tak Perlu Tukar Nama Muslim

Mualaf Tidak Perlu Tukar Nama Muslim

Apa nama Islam kamu? Wajib ke tukar nama bila memeluk Islam?

Islam itu mudah. Orang yang Hampir

Justeru, janganlah disusahkan agama kerana isu kecil sehingga insan manusia takut mengenali Islam. Anda tidak perlu menukarkan nama Anda kepada Nama Islam selepas anda memeluk Islam ! Kekalkanlah nama asal anda tiada masalah. Yang penting adalah hati...

Kita lihat hati; - adalah amat mudah menjadi seorang Islam apabila cukup dengan anda mengatakan dan memperakui  ( atau ikut selesa anda untuk pilih saja mana mana satu daripada 24 Jumlah Rasul selain Jesus yang wajib anda ketahui iaitu nama nama mereka dari kalangan  Adam, Idris/Enoch, Hud/Eber, Salleh, Noah, Lot, Ayyub/Job, Benjamin, Abraham, Ishmael, Jacob, Moses, Isaac, Jethro, Daud/David, Yusuf/Joseph, Sulaiman/Solomon, Illiyasak, Illiyas, Zechariah, Yahya/John The Baptist, Yunus/Jonah, Muhammad ) bahawasanya Jesus Christ itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah manusia hebat yang dipilih sebagai pesuruh Allah. Dan rasminya, ramai yang menggunakan Nama Muhamad rasul yang terakhir sebagai pesuruh Allah. Kerana kita mempunyai 25 orang Rasul yang wajib diketahui secara mendalam taqwa pengorbanan mereka. 

Dan sebaiknya kita besarkanlah, sayangilah, sejahterakanlah dengan sebaik baik sejahtera kepada 25 Rasul Allah ini. Sekiranya anda mampu, wajar juga anda mensejahterakan 313 Rasul yang lain dan juga para nabi yang lain yang tidak terhinggakan banyaknya.

Anda juga perlu memperaku bahawa Allah itu Tuhan anda yang satu, tidak diperanakan; tidak beribu;  tidak berbapa. Nah anda sudah jadi Islam sekarang! Mudah bukan? Pangkalnya, kefahaman dihati anda dengan Allah dan rasulNya sahaja.

Selain orang orang yang disebut di atas, elok juga kita menghormati, mensejahterakan orang orang yang hampir dengan Allah yakni mereka yang sangat disayangi Allah seperti Luqman, Imran, Maryam (ibu nabi Isa), ibu nabi Musa, Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi. Dan mungkin juga Sri Gautama Buddha sekiranya Allah pernah mengangkatnya sebagai rasul kerana tidak banyak kita mengetahui apa cerita yang sebenar Gautama Buddha dengan Allah.

Maha Suci Allah yang memiliki ramai orang orang yang hampir di sisiNya.

Sahabatku bertanya "Apa nama Islam kamu?" lalu saya menjawab Firdaus Wong Wai Hung tetapi beliau seolah olah tidak puas hati dan menyoal lagi "mana perginya Bin Abdullah dan takkan takde Mohamed dan nama Wai Hung tu boleh kekal?"

Saya percaya persoalan di atas bukan hanya dihadapi oleh saya seorang tetapi kebanyakan mereka yang memeluk Islam juga akan diajukan soalan yang sama sehingga kekadang mereka menjadi rimas. Rimas bukan kerana tidak mahu menjawab tetapi rimas kenapa di zaman ini masih ramai yang tak faham definisi nama Islam? Perlu ke tukar nama kalau peluk Islam? Mesti tukar nama Arab ke baru Islam? Mari kita selami isu ini agar bermanfaat.

Apa itu nama Islam?

Nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya. Nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Adakah nama Islam itu mesti dalam bahasa Arab?

Seperti yang disebutkan di atas bahawa nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak semestinya di dalam bahasa Arab kerana di zaman Rasulullah s.a.w ada beberapa sahabat yang memeluk Islam kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menukar nama seperti Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan. Andai nama Islam adalah di dalam bahasa Arab, mengapa Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat yang memiliki nama dalam bahasa Arab menukar nama mereka?

Perlukah saya menukar nama apabila saya memeluk Islam?

Ketika baginda s.a.w memerdekakan Zaid Ibn Haritsah dan mengambilnya sebagai anak angkat dari isterinya Khadijah r.a, sahabat mula memanggil Zaid sebagai Zaid ibn Muhammad namun Allah telah menurunkan ayat berikut agar mereka yakni sahabat dan Nabi s.a.w tidak menasabkan Zaid ibn Haritsah selain dari nama bapanya;

A005
Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Selepas turunnya ayat ini maka Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat semua agar memanggil Zaid dengan nasabnya yang asal iaitu Zaib ibn Haritsah. Baginda juga bersabda:

"Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah kufur"
(Sahih Bukhari, Muslim & Abu Daud)

"Sesiapa yang secara sedar mengubah nama bapanya kepada nama yang lain, terkeluar dari syurga"
(Sahih Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Habis tu kenapa ramai orang Islam masih menyuruh kita menukar nama?

Ramai yang masih beranggapan bahawa ianya wajib sedangkan undang undang telah digubal tetapi masih ada segolongan di dalam masyarakat Islam masih enggan menerima walaupun telah didatangkan nas yang sahih dari Quran dan Sunnah kerana berpegang kepada kepercayaan dan amalan nenek moyang yang tiada asasnya dalam Islam. Malahan ada yang beralasan apabila kita meninggal nanti sukar untuk imam atau Ustaz melakukan tahlil dan talkin kerana ianya akan pelik apabila yang disebut itu adalah nama bukan Islam. Walaupun didatangkan nas mereka masih enggan menerima sebagaiman firman Allah;

A170
"Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?"
(Al-Baqarah 2:170
)

A022
(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".
alt=A023 v:shapes="_x0000_i1027">
Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".
A024
Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".

Sikap yang sepatutnya ada pada setiap orang Islam apabila didatangkan nas dari Quran & Sunnah adalah sebagaimana firman Allah;

A017
"Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu"

A018
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
(Az-Zumar 39:17-18
)

Bagaimana dengan mereka yang telah menukar nama?

Andai mereka yang telah menukar nama yang bernasabkan selain dari bapa mereka sebelum undang undang tersebut digubal maka tiada apa yang dapat dilakukan. Mereka yang masih baru tetapi ingin menukar semula nama haruslah mendapatkan maklumat dari jabatan agama Islam tempat mereka diIslamkan.

Ada contoh mereka yang tidak menukar lama langsung?

Contoh yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda sebelum menerima wahyu diberi nama Muhammad Bin Abdullah dan selepas menerima wahyu masih mengekalkan nama. Begitu juga dengan Abu Bakar, Umar Ibn Khattab, Uthman Ibn Affan, Bilal Ibn Rabah, Salman al-Farisi, Ali Ibn Abu Talib (walaupun Abu Talib tidak memeluk Islam) dan banyak lagi sahabat. Di Malaysia ramai juga antaranya Lim Jooi Soon, Ann Wan Seng, Ng Kuan Beng, Goh Yee Mei, Eh Jun Guang, Shah Kirit Bin Kalkulai Govindji dan ramai lagi.

Ada juga yang menambah nama di hadapan seperti diri saya Firdaus Wong Wai Hung, Adam Sih Huah Sing, Adam Golku Bin Subramaniam dan banyak lagi...

Apa apa pun, terpulanglah kepada individu untuk memilih samaada untuk mengekalkan nama aslinya 100% atau menambah satu nama di hadapan. Perlu diingat bahawa nama amatlah penting bagi mereka yang memeluk Islam kerana ianya juga boleh dijadikan topik dan cara menarik keluarga mereka yang belum Islam untuk mendekati Islam dan memeluk Islam. Usahlah kita sempitkan Islam dengan pandangan yang bukannya berasal dari Islam serta menyukarkan mereka untuk memeluk Islam.

Islam itu luas dan mudah. Sentiasa berikan beberapa pendapat dalam Islam kepada mereka yang ingin mengenal Islam agar mereka mendapat maklumat yang secukupnya bagi membuat keputusan. Sering kali yang kita dengar adalah kebanyakan individu yang saya temui terperanjat apabila saya memaklumkan kepada mereka bahawa mereka juga boleh mengekalkan nama 100% sedangkan apa yang mereka dengar dari Ustaz dan Imam di masjid mereka diIslamkan ada yang tak beritahu mereka.

Berlaku adillah kepada mereka. Berbohonglah mereka yang mengatakan Jabatan Agama mewajibkan menukar nama atau ianya ajaran Islam. Jangan kerana ingin menurutkan nafsu kita maka kita menjadikan mereka yang Belum Muslim jauh daripada Islam kerana isu tukar nama...

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.