Total Pageviews

Tuesday, 17 December 2019

Imam ditembak mati

 

Imam ditembak mati

 

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob - April 21, 2018 @ 6:51pm

mohdazam@nstp.com.my

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/415007/ejen-mossad-terbabit-kes-bunuh-imam-palestin

 

KUALA LUMPUR: Pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad, kata Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan itu, berkata dua suspek menaiki motosikal jenis BMW yang melepaskan tembakan jarak dekat berkenaan dipercayai ejen Mossad yang berada di Malaysia.

Pembunuhan Fadi mendapat liputan meluas berita di Asia Barat dan menjadi kecoh apabila Khaled mengeluarkan kenyataan mendakwa pembunuhan itu didalangi serta dirancang oleh Mossad.

Malah, kebanyakan portal berita termasuk milik Israel seperti Haaretz.com, The Times Of Israel dan The Jerusalem Post (jpost) turut menyiarkan kenyataan Khaled yang mendakwa dua lelaki berkenaan adalah ejen Mossad.

Khaled dalam kenyataan seperti dilaporkan Haaretz.com menyatakan Fadi adalah jurutera Palestin dan terbabit dalam pergerakan pejuang Hamas.

Katanya, Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjung Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI.

"Pembunuhan Fadi yang juga jurutera Palestin adalah satu pembunuhan terancang oleh Mossad. Dia seorang pakar dalam bidang penggunaan tenaga dan sudah banyak menyumbang terhadap bidang kejuruteraan elektrik serta pengeluaran tenaga khususnya di Palestin.

DALAM kejadian jam 6 pagi 21 April lalu, Dr Fadi maut ditembak lebih 20 das di badan dan kepala ketika dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak, bagi menunaikan solat Subuh.

 

ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian Dr Fadi M R Albatsh yang mati ditembak ketika berjalan ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, awal pagi tadi. - Foto NSTP

 

"Kami percaya, kerana kepakaran dimiliki dan sumbangannya, dia menjadi sasaran pembunuhan ejen Mossad," katanya yang turut memaklumkan pensyarah itu sepatutnya menghadiri persidangan sains berkaitan penggunaan tenaga di Turki, esok.

Sehubungan itu, Khaled turut berharap pihak berkuasa di Malaysia dapat mengesan dua suspek itu dan membuat siasatan menyeluruh bagi mengelak mereka melepaskan diri.

Menurut laporan itu lagi, pada Disember lalu, seorang jurutera penerbangan Palestin yang mahir dalam pembinaan dron, Mohammed Zawahri turut dibunuh ejen Mossad ketika berada di Sfax, Tunisia.

Sebelum dibunuh, Zawahri tinggal di beberapa negara, namun mempunyai hubungan rapat dengan pergerakan pejuang Hamas.

 

POSTER gambar Fadi ditampal di dinding rumah keluarganya di Gaza. - Foto Reuters

 

 

Fadi dibunuh oleh penyerang bermotosikal ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat subuh di Gombak, awal pagi tadi. - Foto NSTP

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/415007/ejen-mossad-terbabit-kes-bunuh-imam-palestin

 

 

 

 

 

Bunyi tembakan macam bunyi mercun

 

 https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332704/bunyi-tembakan-macam-bunyi-mercun


Nor Azizah Mokhtar; Teoh Pei Ying; Fazrik Kamarudin dan Amir Abd Hamid

cnews@nstp.com.my

 

“Saya dengar bunyi letupan kuat macam bunyi mercun, tak sangka ia bunyi tembakan,” kata saksi.

Saksi dikenali sebagai Wong yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sekolah rendah di hadapan kondominium mangsa mendakwa mendengar bunyi letupan kuat itu kira-kira 6 pagi.

"Ketika kejadian, saya berada di dalam pos pengawal dan suasana masa itu masih gelap.

"Sebelum itu saya cuma dengar bunyi kuat enjin motosikal di luar kawasan sekolah kira-kira 10 minit sebelum dengar bunyi letupan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau hanya menyedari kejadian itu adalah pembunuhan selepas kawasan kejadian dipenuhi orang ramai dan pihak polis.

Menurut Wong, mujur kejadian itu berlaku awal kerana pelajar Tahun 6 sepatutnya hadir ke sekolah untuk kelas tambahan pada 6.30 hingga 7 pagi.

Sementara itu, seorang jemaah Surau Medan Idaman, Abdul Ghani Jalil, 69, berkata, kejadian yang berlaku benar-benar mengejutkan seluruh jemaah yang baru sahaja selesai mengerjakan solat subuh.

"Kami seperti biasa menunggu Imam Fadi untuk menunaikan solat subuh berjemaah, bagaimanapun dia tidak tiba.

"Kemudian ketika rakaat pertama, saya terdengar jeritan dalam bahasa Arab dengan nada cemas, ketika itu ingat ada bacaan imam yang salah, bagaimanapun kami meneruskan solat kami.

"Selesai solat, imam gantian memaklumkan Fadi jatuh rebah di hadapan kondominiumnya. Ketika itu kami tidak mengetahui kejadian sebenar," katanya ketika ditemui.

 

‘Dr Fadi suka layan kerenah penuntut’

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

‘Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman’

Mufti doa Fadi dapat syahid

Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

‘Arwah biasa jadi imam’

Penembak tunggu 20 minit

Imam Palestin ditembak mati

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 10:16 PM

 

 

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332704/bunyi-tembakan-macam-bunyi-mercun

 

.

 

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.