Total Pageviews

Tuesday, 17 December 2019

Mualaf Boleh Kekal Nama Asal Mereka



Mualaf Boleh Kekal Nama Asal Mereka

Tidak Wajib Tukar Nama Ayah Orang Mualaf Kepada 'Abdullah'


Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya”
(Riwayat Bukhari).

"Sesiapa yang secara sedar mengubah nama bapanya kepada nama yang lain, terkeluar dari syurga"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Daripada hadis diatas, jelas bahawa Islam melarang untuk mengubah nama ayah kita.

Pada zaman Rasulullah SAW, ramai orang yang memeluk Islam, namun tidak pula mengubah nama mereka.

Bilal Bin *Rabbah*, begitulah namanya ketika belum Islam dan selepas Islam tanpa diubah nama ayahnya.

Jadi siapakah yang berani-berani telah membuat peraturan pada zaman sekarang mewajibkan orang Cina atau India menukarkan nama bapa masing masing kepada Abdullah?

Begitu jugalah sahabat-sahabat lainnya persis Abdul Rahman Bin *Auf'*, Umar Bin *Khatab*, Uthman Bin *Affan* dan Abdullah Bin *Abi Quhafa* ( dengan nama kunyah nya ).

Kesimpulannya, tidak perlu bagi seorang mualaf untuk menukar nama ayah atau nama keluarga mereka. Islam tidak mensyaratkan umatnya menggunakan nama Arab sahaja.

Malah, ada orang Islam yang bernama Wong Fe Hong (nama Cina) dan Cik Wan Kembang (nama Melayu).

Kerana jika manusia hanya mengecilkan julat nama kepada nama Arab sahaja, maka ini amat bertentangan dengan sifat Allah itu sendiri yang Mahakaya, Mahapencipta, Mahamempunyai segala galanya termasuklah mempunyai pelbagai macam, banyak cara daftar nama. Selaras dengan sifat Allah itu sendiri yang Maha segala galanya, maka Allah yang Maha kaya telah mempelbagaikan ribuan jenis Bahasa dan pelbagai jenis tulisan budaya di dunia ini sehingga menjadi payah untuk manusia menguasai segala pelbagaian bahasa dan penulisan yang tersebut, maha suci Allah yang maha menciptakan yang tersebut! Wajarlah kita memperhatikan keagungan Allah yang mudah sahaja bagiNya menciptakan pelbagaian ragam cara bahasa irama penulisan budaya tersebut.. Marilah kita mengagumi dan memuji Allah atas pelbagaian bahasa dan budaya ini dan berhentilah kita daripada menyusahkan agama.

Maha Suci Allah yang Tuhan yang Maha besar Maha segala galanya.

Justeru, adalah sangat tidak adil dan sangat zalim apabila ada segelintir orang Melayu yang berkeras memaksa orang mualaf menukar nama mereka. Seolah orang Melayu ini ada punya sifat ria iaitu Islam hanya kepunyaan hak mutlak orang Melayu, tidak boleh dikongsi dengan bangsa lain walhal Islam itu untuk semua bangsa dan untuk semua budaya manusia!





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.