'Dulu
pernah benci Islam, kini sanggup mati demi Islam'
People asked me, why I choose Islam. Sebelum
ni, aku seorang penganut roman catholic, yes I am Christian. Dibesarkan oleh
keluarga yang memang taat dengan agama christian.
Paparan kisah Nur Jacyntha mengenai Islam menyentuh hati ramai
pihak.
SHAH ALAM - Kisah perjalanan seorang gadis
memeluk Islam telah menarik perhatian ramai terutama di laman sosial.
Gadis berasal dari Sabah bernama Nur Jacyntha Florentius
berkongsi kisahnya di Twitter mengenai perjalanannya sebagai Muslim dan
bagaimana terbuka hati untuk memeluk Islam.
Katanya bermula 2013, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah
universiti, dia mula bergaul dengan orang Muslim dan melihat apa itu solat,
berpuasa dan pelbagai lagi tentang agama Islam.
"Saya mula bandingkan agama Kristian dengan Islam. Saya
membuat penyelidikan, saya tonton YouTube, saya tanya ustaz dan dari situlah
saya tahu banyak tentang Islam.
"Dari tak tahu apa-apa pasal Nabi, saya jadi tahu. Siapa
Nabi Muhammad SAW, siapa Nabi Isa. Saya juga mula muat turun aplikasi al-Quran
pada telefon pintar, sekali baca, saya dapat lebih banyak info.
"Saya mula ikut kawan Muslim berpuasa, dari puasa tak penuh
sampai lah puasa penuh pada 2018," katanya.
Bercerita lanjut, katanya pada 2013, dia pernah bermimpi
seseorang berjubah putih datang kepadanya dengan hulurkan al-Quran diminta
untuk dibaca.
"Kali kedua pula, saya bermimpi terdapat seorang makcik
mengajak saya ke masjid untuk bersolat. Sejak dua tahun lalu, saya baca
al-Quran menerusi YouTube, setiap kali tidur, saya akan bertemankan bacaan
al-Quran dan pastinya saya tidur lena. Alhamdulillah." katanya.
Memahami Islam hampir tujuh tahun, akhirnya Nur Jacyntha tampil
berani meminta izin keluarganya untuk peluk Islam dan tanpa disangka mereka
sangat terbuka dengan perkara tersebut.
Dengan itu, Jacyntha berlapang dada mengucap dua kalimah
syahadah dan bergelar seorang Muslim.
"Alhamdulillah selepas 7 tahun barulah berani nak bersua
dan minta izin keluarga mahu peluk Islam. Mereka izinkan, syukur, ayah beritahu
kalau apa yang saya rasa itu terbaik, dia tidak halang.
"Alhamdulillah selamat mengucap 2 kalimah syahadah, kini
saya seorang mualaf," katanya.
Dalam pada itu, Nur Jacyntha juga pernah dikatakan membenci
Islam namun hidayah itu datang tanpa disedari.
"Dulu saya pernah benci Islam tetapi lihat apa yang berlaku
sekarang, saya sanggup mati kerana Islam." katanya pantas menarik
perhatian netizen.
Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Nur Jacynth,
rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai pandangan di Twitter miliknya.
"Sebak baca. Bila seseorang betul betul nakkan Islam, ALLAH
pasti tunjuk jalan untuk dia." ujar SD.
Kata Ilias Aiman, "Muslim dan bukan Muslim adalah umat Nabi
Muhammad SAW, hidayah milik ALLAH. Semua layak untuk masuk ke syurga dengan
izin ALLAH."
Tambah Junaidah pula, "Alhamdulillah, bersyukur kepada
ALLAH SWT dan semoga diberikan dorongan dan juga panduan dalam mempelajari
islam. Selamat datang kepada Islam, Allahuakbar."
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.