Pembunuhan terancang
https://berita.pas.org.my/imam-palestin-mati-ditembak/
Muslimat PAS mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan terancang ke atas seorang Imam warga Palestin, Dr. Fadhi Albatsh pagi tadi yang dilaporkan ditembak dengan 10 das tembakan ketika perjalanan ke surau untuk Solat Subuh di kawasan kediamannya.
Almarhum sebelum ini dibawa masuk ke Malaysia melalui MyCare untuk menjadi Imam di bulan Ramadhan bermula tahun 2014.
Malaysia sepatutnya menjadi negara yang melindungi dan menjamin keselamatan warga Palestin di Malaysia.
Kejadian pagi tadi diharap tidak berulang lagi kerana sudah pasti membuktikan keselamatan orang awam juga berada dalam keadaan bahaya.
Justeru, Muslimat PAS memohon pihak polis dan yang terlibat untuk mengadakan siasatan sebaiknya bagi mengenal pasti pembunuh upahan yang terlibat dalam kes ini.
Di kesempatan ini, kami Muslimat PAS dengan penuh rendah hati mengucapkan takziah buat keluarga mangsa atas kematian yang menyedihkan ini. Bersabarlah di atas segala ujian Allah. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada’.
Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 April 2018 bersamaan 5 Syaaban 1439
https://berita.pas.org.my/imam-palestin-mati-ditembak/
Imam Palestin mati ditembak di Setapak
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/414856/imam-palestin-mati-ditembak-di-setapak
Oleh Teoh Pei Ying - April 21, 2018 @ 10:45am
KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di sini, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung seorang lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak, dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, di hadapan kondominium itu kira-kira jam 6 pagi.
"Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.
"Polis turut menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/414856/imam-palestin-mati-ditembak-di-setapak
Imam Palestin ditembak mati
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332581/imam-palestin-ditembak-mati
Teoh Pei Ying
PENSYARAH universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati di luar kondominium di Jalan Gombak, Setapak, hari ini ketika berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu, 6 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.
“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran,” katanya yang memaklumkan satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 10:22 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332581/imam-palestin-ditembak-mati
Penembak tunggu 20 minit
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332602/update-penembak-tunggu-20-minit-metrotv
Nor Azizah Mokhtar dan Teoh Pei Ying
cnews@nstp.com.my
DUA suspek yang menembak mati pensyarah Palestin di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan, Kuala Lumpur, dipercayai menunggu kira-kira 20 minit untuk mangsa keluar dari kondominium terbabit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS menunggu mangsa di luar sebelah kanan kondominium terbabit.
"Mereka menunggu di situ kira-kira 20 minit sebelum menembak mangsa yang sedang berjalan untuk ke surau berhampiran di laluan pejalan kaki beberapa meter dari pintu masuk hadapan kondominium berkenaan.
"Lebih 10 das tembakan dilepaskan suspek dengan empat daripada tembakan kena pada kepala dan badan mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.
Katanya, penembak kelihatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan buat masa ini siasatan mendapati tembakan dilepaskan seorang suspek ke arah mangsa dari jarak dekat.
"Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi dan keadaan ketika itu agak gelap. Menerusi rakaman CCTV itu, kita lihat ada dua individu lain berjalan di lokasi sama namun tidak diendahkan suspek sehinggalah mangsa muncul.
"Jelas suspek memang sedang menunggu mangsa di situ sebelum menembaknya bertalu-talu.
“Bagaimanapun kita masih menyiasat motif sebenar pembunuhan," kata Mazlan lagi.
Ketika ditanya jika motif pembunuhan ada kaitan dengan elemen pengganas, Mazlan memberitahu siasatan dijalankan daripada segala sudut termasuklah elemen berkenaan.
Katanya, polis sudah menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.
Sementara itu, Duta Palestin di Malaysia, Datuk Dr Anwar H. Al Agha ketika ditemui di lokasi memberitahu mangsa, Dr FadiM R Albatsh adalah seorang yang pendiam, suka berbuat baik dengan orang dan tidak mempunyai musuh.
"Dia (Fadi) sudah lebih 10 tahun menetap di negara ini dan bertugas sebagai seorang pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti swasta di ibu negara.
"Fadi yang juga graduan Universiti Malaya (UM) amat disenangi rakan-rakannya dan dijadualkan ke Turki untuk menghadiri satu persidangan berkaitan sains di sana, hari ini," katanya.
Tambahnya, mangsa sudah berkahwin dengan rakan senegaranya dan mempunyai tiga anak perempuan berusia antara satu hingga enam tahun.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun berjalan ke surau terletak kira-kira 300 meter dari kondominium terbabit sebelum ditembak.
Mangsa yang bertugas sebagai imam kedua di surau terbabit yang dikenali sebagai Surau Arab oleh penduduk setempat sepatutnya mengimamkan jemaah untuk solat Subuh, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 1:16 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/332602/update-penembak-tunggu-20-minit-metrotv
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.