Total Pageviews

Tuesday, 17 December 2019

Islam bukan agama primitif


Islam bukan agama primitif

Tahneek
Sunnah nabi masih mendahului segala perkembangan sains moden.
Tahnik




Disunnahkan mentahnik bayi ketika bayi baru lahir. Iaitu bapa atau ibu mengunyahkan kurma dan kemudian kurma yang telah larut akibat dikunyah tadi dilumurkan pada langit-langit mulut bayi. Saat mentahnik bayi ini disunnahkan juga mendoakan keberkahan untuk bayinya.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata, pernah dibawakan beberapa bayi kepada beliau,
فَيَدْعُو لَهُمْ بِالْبَرَكَةِ وَيُحَنِّكَهُمْ

Kemudian beliau mendoakan keberkahan untuknya dan mentahniknya.” (HR. Muslim).

Sunnah ini dilaksanakan pada saat bayi baru lahir. Mungkin selepas tiga jam atau 6 jam selepas lahir. Tidak menunggu beberapa hari sesudahnya. Sehingga makanan tahnik inilah yang pertama kali masuk ke dalam lambungnya.

Al-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin Rahimahullah berkata, “Tahnik dilaksanakan saat kelahiran sehingga apa yang ia makan adalah makanan yang ditahnikkan untuknya.” (Fatawa Nuur ‘ala al-Darb: 2/14)

Bahan untuk mentahnik, paling utama, adalah kurma yang baik.

Sebagaimana hadits ‘Aisyah yang mengatakan, “kami membawa Abdullah bin al-Zubair kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam untuk beliau mentahniknya. Beliau meminta sebutir kurma kepada kami. Kami merasa dimuliakan dengan permintaan itu.” (HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Musa, dia berkata,

وُلِدَ لِى غُلاَمٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ

“Aku pernah dikaruniai anak laki-laki, lalu aku membawanya ke Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, maka beliau memberinya nama Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji tamar (kurma kering).” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau tiada kurma, boleh diganti dengan yang manis seperti madu, gula perang atau selainnya.

وأولاه التمر فإن لم يتيسر تمر فرطب وإلا فشيء حلو وعسل النحل أولى من غير

Dan yang lebih utama (ketika) mentahnik ialah dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr) maka dengan kurma basah (ruthab) . Dan kalau tidak ada kurma dengan sesuatu yang manis dan tentunya madu lebih utama dari yang lainnya (kecuali kurma).” (Fathul Baari: 9/558)
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,
كون التحنيك بتمر وهو مستحب ولو حنك بغيره حصل التحنيك ولكن التمر أفضل

Tahnik dilakukan dengan kurma dan hukumnya adalah sunnah (anjuran). Namun andai ada yang mentahnik dengan selain kurma, maka sudah dianggap pula sebagai tahnik. Akan tetapi, tahnik dengan kurma lebih utama.” (Syarh Muslim: 14/124)

Imam Ahmad bin Hambal Rahimahullah berkata,
يلعق العسل ساعة يولد
Dilumurkan madu saat ia lahir.” (Al-Mughni: 2/497)

Syaikh Abdul Muhsin al-‘Abbad pernah ditanya tentang bolehnya mentahnik bayi dengan madu atau gula. Beliau menjawab,
يجوز، لكن الأصل أن يحنك بالتمر، فإذا لم يوجد يحنك بغيره مما هو حلو
Boleh, tetapi asalnya mentahnik itu dengan kurma. Apabila tidak didapatkan kurma maka bayi ditahnik dengan selainnya yang manis.



Apa hikmah mentahnik dengan kurma?
Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin Rahimahullah menjelaskan, “bahwasanya kurma mengandung kebaikan dan keberkahan. Kandungannya sangat bermanfaat untuk lambung. Apabila kurma menjadi makanan yang pertama kali masuk ke lambung bayi, maka itu sangat baik untuk lambungnya.” Syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin, bab Sabar: 1/269)

Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid hafidzahullah menjelaskan tentang hikmah mentahnik dengan yang manis,
وأما الحكمة من التحنيك بالتمر، فقد كان العلماء قديما يرون أن هذه السنة فعلها النبي صلى الله عليه وسلم ليكون أول شيء يدخل جوف الطفل شيء حلو ، ولذا استحبوا أن يحنك بحلو إن لم يوجد التمر

“Adapun hikmah dari tahnik menggunakan kurma maka para ulama terdahulu berpendapat bahwa ini adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam agar yang paling pertama masuk ke perut bayi adalah sesuatu yang manis. Oleh karena itu, dianjurkan mentahnik dengan sesuatu yang manis jika tidak mendapatkan kurma.” (Dinukil dari Fatwa Al Islam Su’al wal Jawab no. 102906)










Terdapat laporan dari BBC News mendakwa bahawa satu dos gula dalam bentuk gel yang disapu dalam pipi mulut bayi baru lahir adalah cara murah lagi berkesan bagi mengelakkan kerosakan otak kekal pada otak bayi akibat kekurangan gula dalam darah bayi yang baru saja lahir (Hypoglycemia)! 


Selama tempoh 9 bulan bayi dalam perut kandungan ibu, bayi mendapat sumber gula daripada darah ibu yang disambungkan oleh uri dan tali pusat di mana gula dalam darah ibu akan dipindahkan ke dalam darah bayi menerusi membran nipis yang memisahkan antara darah ibu dan darah bayi dalam uri.


Apabila bayi dilahirkan, bekalan gula atau makanan dari darah ibu tiba tiba terputus kepada bayi. Jika dibiarkan lama, bayi akan kelemasan di mana bayi mengalami hypoglycaemia iaitu keadaan tidak cukup gula dalam darah bayi. 


Organ paling cepat terkesan dengan hypoglycaemia (kurang gula dalam darah) adalah otak bayi di mana otak boleh rosak dan menyebabkan kerosakan otak kekal pada bayi. 


Bayi mungkin menjadi lumpuh, lambat pick up, kurang cerdik dsbnya.


Terlampau banyak gula yang diberi pula akan  menyebabkan keadaan lain iaitu Hyperglycaemia ( keadaan terlebih gula dalam darah ), justeru pemberian jumlah tahneek atau madu perlu berpada dan bersesuaian.

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.