KANDUNGAN LOGAM BERAT DALAM MAKANAN
LAUT DAN KADAR PENGAMBILANNYA
OLEH PENDUDUK DI TANJUNG
KARANG, SELANGOR
Tukimat
Lihan, Norazura Ismail, Muzneena
Ahmad Mustapha & Sahibin Abd Rahim
ABSTRAK
Makanan laut merupakan salah satu sumber makanan yang berpotensi tinggi dicemari
logam berat akibat daripada pelbagai aktiviti
yang dijalankan oleh manusia. Di dalam kajian
ini, kandungan logam Cu, Fe,
Zn, Pb, Ni dan Cd dalammakanan
laut dikaji bagi mengganggarkan jumlah pendedahan penduduk Tanjung Karang terhadap logam berat dengan menggunakan kaedah "Market Basket Study". Beberapa jenis makanan laut dibeli daripada pelabuhan perikanan Bagan Pasir, Tanjung Karang bagi menentukan jumlah kandungan logam berat di dalamnya. Kaedah penghadaman basah dengan kombinasi asid nitrik pekat dan asid
perklorik pekat dengan nisbah
3:1 digunakan bagi menentukan
kepekatan logam berat dalam
sampel. Logam-logam berat
tersebut dianalisa dengan
menggunakan Spektrofotometer Penyerapan
Atom (AAS). Kepekatan logam berat yang
telah ditentukan dibandingkan
dengan Jadual Makanan Seimbang
penduduk Malaysia bagi menentukan status pendedahan
logam yang dikaji dalam sehari. Anggaran pengambilan logam-logam berat oleh penduduk yang dikaji ialah 0.17 mg/hari bagi logam Cu, 0.44 mg/hari bagi logam Fe, 0.58 mg/hari bagi
logam Zn, 0.008 mg/hari bagi
logam Pb, 0.007 mg/hari bagi
logam Ni dan 0.031 mg/hari bagi
logam Cd.
ABSTRACT
Seafood is highly likely
to be contaminated by heavy
metals caused by various human
activities. In this study, the
amount of Cu, Fe, Zn, Pb, Ni,
and Cd in seafood was determined
to estimate the intake of heavy metals among the population of Tanjung Karang through the
Market Basket Study method. A variety of seafood were purchased from the Bagan Pasir, Tanjung Karang fish landing area and the concentration of heavy
metals were determined using wet digestion
method in concentrated nitric acid and perchloric
acid in the ratio of 3:1. Atomic
Absorption Spectrophotometer (AAS) was used to analyze the heavy metals.
The concentrations of metals
in seafood were compared to the
Food Balance Sheet to determine the status of metal exposure per day
in the individual diet. From the study, the estimated intake of heavy metals by
the population was 0.17 mg/day for Cu, 0.44 mg/day for Fe, 0.58 mg/day
for Zn, 0.008 mg/day for Pb,
0.007 mg/day for Ni and 0.031
mg/day for Cd.
Keywords:
Heavy metals, seafood, estimated intake, individual diet, Tanjung
Karang
PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini
air semulajadi
telah banyak dicemari oleh bahan toksik daripada
pelbagai sumber.
Spesies hidupan laut kini semakin
terancam bukan sahaja kerana kewujudan logam secara semulajadi
di dalam laut tetapi juga hasil daripada aktiviti manusia. Bahan-bahan toksik ini boleh mengurangkan
kemampuan sistem air untuk
membekalkan sumber protein
yang murah terutamanya ikan
kepada masyarakat tempatan dan memberi
kesan buruk kepada diet manusia
[I].
Kebelakangan ini
kesedaran mengenai
kandungan logam berat
dalam makanan laut khususnya
ikan mulai mendapat perhatian
kerana ikan merupakan sumber
protein yang utama. Di
Malaysia, ikan adalah sumber
protein yang utama di mana
ia menyumbang sebanyak 23% protein
haiwan yang dimakan. Secara globalnya,
manusia mengambil lebih banyak
ikan sebagai
sumber protein berbanding
haiwan-haiwan
lain. Food and Agriculture Organization dan World
Health Organization
menganggarkan antara 15
hingga 20% sumber protein
haiwan adalah daripada
haiwan akuatik terutamanya
ikan [2].
Kajian ini
bertujuan untuk menentukan kandungan logam
berat di dalam
ikan dan menganggarkan jumlah
pengambilan logam berat
oleh penduduk di Tanjung Karang di dalam
diet mereka.
Logam Kuprum
Kandungan logam
Cu yang dikaji dalam
15 spesies makanan
laut berada di dalam
julat 0.29 mg/kg hingga
8.26 mg/kg. Kepekatan
logam ini paling
tinggi dikesan
dalam udang kertas manakala ikan kembung
mencatatkan kepekatan terendah. Terdapat
perbezaan yang signifikan (p<0.05)
di antara 15 spesies makanan laut yang
dianalisis. Kadar penyerapan dan
toleransi ikan terhadap
pencemaran adalah dipengaruhi
oleh umur, saiz
dan jantina [4].
Pengambilan logam Cu oleh
penduduk di kawasan kajian dalam
sehari pada amnya
berada di dalam julat
yang kecil
iaitu di antara 0.02 mg/hari hingga
0.54 mg/hari
dengan purata pengambilan sebanyak
0.17 mg/hari. Jumlah
ini jauh lebih rendah berbanding aras
yang disarankan oleh National Academy
of Sciences iaitu sebanyak
2 mg hingga 3 mg
sehari. WHO pula
menganggarkan pengambilan logam
ini per hari dalam julat 1 mg/hari hingga
3 mg/hari [5].
FAO/WHO pula menyarankan
anggaran pengambilan logam Cu bagilelaki
dewasa tidak melebihi 12 mg/hari manakala
bagi perempuan dewasa tidak melebihi
10 mg/hari [2].
Kanak-kanak pula
memerlukan lebih
banyak kuantiti logam
ini di dalam makanan
berbanding orang dewasa bergantung kepada
berat badan.
Logam Ferum
Semua sampel
makanan laut yang dikaji menunjukkan kandungan logam ini dalam
julat 0.67 mg/kg hingga
33.14 mg/kg. Udang harimau mempunyai kepekatan
logam Fe yang
palingtinggi
manakala ikan senangin
mempunyai kepekatan logam Fe terendah.
Ujian statistik yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) bagi kepekatan
logam Fe di
antara setiap spesies
makanan laut yang dikaji.
Jumlah pengambilan
logam Fe bagi 15 spesies yang dikaji secara amnya adalah rendah
kecuali udang harimau iaitu
sebanyak 2.18 mg/hari.
Nilai ini merupakan nilai pengambilan
tertinggi yang diperolehi dikalangan spesies
makanan laut yang dikaji. Sementara
itu, nilai terendah dicerap di
dalam ikan senangin iaitu
sebanyak 0.04 mg/hari.
Purata anggaran pengambilan logam
ini melalui makanan laut
oleh penduduk yang dikaji ialah 0.44 mg/hari. Nilai
ini lebih rendah daripada pengambilan
yang dianggarkan di
Kuala Selangor,
Selangor iaitu sebanyak
1.02 mg/hari [6]
dan 0.83 mg/hari
di Kuala Kemaman,
Terengganu [7]. Had yang
disarankan bagi pengambilan
logam Fe dalam
diet ialah 18 mg/hari
[8]. UK Department
of Health and Social Society
mengesyorkan pengambilan
sebanyak 10.0 mg/hari bagi
lelaki dan 12.0 mg/haribagi
wanita dalam pengambilan
logam Fe
yang merangkumi semua
kelas makanan [3].
Logam Zink
Pada amnya, kandungan logam
Zn di dalam 15 spesies
makanan laut yang dianalisis berada pada aras yang lebih
tinggi berbanding
logam-logam
lain yang dikaji kecuali
pada ikan semilang, cencaru, siakap dan udang
harimau. Sebahagian besar daripada makanan
dan minuman mengandungi logam
Zn dan sumber logam
ini yang utama adalah
daripada makanan laut
[3]. Dalam kajian
ini kandungan logam
Zn di dalam setiap spesies
makanan laut berada dalam julat
1.64 mg/kg hingga 18.28
mg/kg. Kepekatan logam ini paling tinggi dikesan
pada spesies ketam bunga manakala paling
rendah pada ikan siakap.
Had maksimumyang
dibenarkan oleh USFDA adalah
sebanyak 40 mg/kg.
Ujian statistik yang dilakukan
menunjukkan terdapat perbezaan secara signifikan (p <
0.05) pada setiap spesies makanan laut yang dikaji.
Jumlah pengambilan
logam Zn oleh
populasi kajian
adalah dalam julat
0.11 mg/hari hingga
1.20 mg/haridengan
purata sebanyak
0.58 mg/hari. Hasil
kajian yang dilakukan
di Kuala Kemaman,
Terengganu menunjukkan anggaran
pengambilan logam
ini dalam sehari adalah
sebanyak 0.64 mg/hari
[7]. Kajian yang
dijalankan di
United Kingdom
melalui "Total Diet
Study" menganggarkan
pengambilan sebanyak 8.4 mg/hari
melalui makanan
laut [9]. Pengambilan logam,
ini dalam keseluruhan makanan
laut yang dikajiadalah dalam
julat yang sesuai untuk
keperluan tubuh
kerana anggaran pengambilan yang disarankan
dalam sehari
adalah sebanyak 15 mg/hari meliputi semua
kelas makanan [3, 10].
Logam Plumbum
Plumbum
merupakan logam
berat yang tidak diperlukan
oleh tubuh manusia. Kepekatan
logam ini adalah
berubah-ubah dan biasanya
berada dalam julat
antara 0.01 hingga 2.5 mg/kg
[11]. Kandungan logam
Pb didalam semua
spesies makanan laut
yang dikaji mempunyai kepekatan
dalam julat 0.047 mg/kg
dan 0.256 mg/kg. Ikan kembung mempunyai kepekatan
yang paling tinggi manakala ikan senangin
mempunyai kepekatan
yang terendah. Secara amnya,
aktiviti perkapalan di Selat
Melaka lebih menggalakkan dan menyumbangkan
lebih banyak pencemaran
logam Pb berbanding bahan buangan industri
[12]. Selain itu, logam Pb dan unsur-unsur lain seperti
Zn dan Cu digunakan dalam pembuatan cat
anti karat dan sebagaipenyalut bagi
menghalang serangan alga
yang tumbuh di
bahagian kapal, juga berkemungkinan menyebabkan
kontaminasi
ini [13].
Kajian yang
dilakukan menunjukkan purata anggaran pengambilan logam Pb dalam
sehari oleh populasikajian
adalah sebanyak 0.008 mg/hari. Kajian
yang dilakukan di
Bandar Baru Bangi
menunjukkan bahawa makanan laut
dan bahan minuman (milo
dan teh) merupakan sumber
utama pengambilan
logam Pb [14].
Kajian yang
dilakukan di Kuala
Kemamam, Terengganu mendapati jumlah
pengambilan logam
ini dalam sehari
melalui makanan laut
ialah 0.003 mg/hari [7].
Kajian yang dilakukan
di Greenland pula
menunjukkan pengambilan sebanyak
0.003 mg/hari [15],
manakala di Kanada pengambilan dianggarkan
sebanyak 0.024 mg/hari [16].
Berdasarkan kajian "Total
Diet" yang dijalankan di
United Kingdom,
pengambilan logam ini melalui
ikan adalah sebanyak 0.026 mg/hari [9].
Had maksimum
yang dibenarkan oleh WHO
ialah 0.430 mg/hari.
WHO juga menganggarkan
pengambilan logam
Pb oleh manusia
dewasa diseluruh dunia
adalah dalam julat
0.015 mg/hari hingga
0.316 mg/hari [17].
Logam Nikel
Logam nikel hadir
dalam kepekatan yang
rendah dalam kebanyakan makanan
laut. Dalam kajian
ini kandungan logam ini adalah
dalam julat N.D. (tidak
dapat dikesan) hingga
0.458 mg/kg. Kandungan Nidalam
udang harimau mengatasi
spesies lain manakala ikan siakap
menunjukkan kandungan logam
ini tidak dapat dikesan.
Hasil kajian di
United Kingdom
menunjukkan kepekatan logam ini di
dalam ikan adalah
sebanyak 0.120 mg/kg berat
basah [9], manakala
di Greek kepekatan logam
ini adalah sebanyak 0.080
mg/kg [19]. Analisis statistik menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan
(p > 0.05) bagi kandungan logam
Ni dalam semua
spesies makanan laut
yang dikaji.
Dalam kajian
ini pengambilan logam Ni
oleh penduduk yang dikaji dianggarkan
sebanyak 0.007 mg/hari.
Jumlah pengambilan
logam Ni
oleh manusia
adalah sedikit iaitu sebanyak 0.016 mg/kg
dalam paru-paru, 0.009 mg/kg
dalam hati dan 0.006 mg/kg
dalam jantung [11].
Pengambilan logam
Ni yang paling tinggidikesan dalam
udang harimau iaitu sebanyak 0.030
mg/hari. Kajian
yang dilakukan di
United Kingdommenunjukkan
jumlah pengambilan adalah
sebanyak 0.130 mg/hari
[9]. Jumlah pengambilan
Ni oleh penduduk Tanjung Karang menerusi
makanan laut masih
berada di bawah had yang
dibenarkan oleh WHO
iaitu antara 0.100 mg/hari hingga
0.300 mg/hari [5].
Logam Kadmium
Dalam kajian
ini, kandungan logam
Cd di dalam makanan laut
yang dianalisis berada pada julat yang besar iaitu
antara 0.087 mg/kg dan 1.469 mg/kg. Kepekatan logam
ini dicerap paling tinggi pada spesies
sotong katak dan paling rendah pada spesies ikan senangin. Analisis statistik menunjukkan
terdapat berbezaan kepekatan yang
signifikan (p<0.05) pada setiap spesies
makanan laut yang dikaji. Kajian
yang dilakukan oleh
FAO, UNEP dan GEMS menunjukkan kepekatan logam
ini di dalam makanan
laut adalah sebanyak
0.035 mg/kg. Kajian
yang dijalankan
di United Kingdom menunjukkan jumlah logam ini di
dalam ikan adalah
sebanyak 0.013 mg/kg berat
basah [9]. Walaupun kepekatan logam
Cd yang dicerap di dalam
kajian ini agak tinggi berbanding
kajian di United
Kingdom dan kajian
oleh FAO, UNEP dan GEMS, tetapi kepekatan logam Cd
yang dicerap masih berada di bawah had maksimum
yang dibenarkan oleh USFDA
iaitu 2.0 mg/kg.
Jumlah pengambilan
logam Cd
yang dikaji dalam
sehari adalah
dalam julat 0.006 mg/hari hingga
0.096 mg/hari dengan purata
0.031 mg/hari. Kajian-kajian lain menunjukkan
anggaran pengambilan harian
logamini ialah 0.007 mg/hari
di Kuala Kemaman,
Terengganu [7], 0.2 mg/hari
di Greenland [15],
0.24 mg/hari di Arab
[18] dan 0.016 hingga 0.029 mg/hari di
Sepanyol [20]. Sementara
itu, pengambilan mingguan logamini
di Kanada adalah sebanyak
0.088 mg/minggu untuk berat badan 60 kg [15]. Had
yang dibenarkan dalam
gizi oleh WHO
ialah 0.064 mg/hari
[5].
KESIMPULAN
Penyelidikan terhadap
logam berat
dalam makanan laut
khasnya dan kelas makanan
yang lain amnya
adalah sangat penting bagi memastikan
keselamatan makanan itu dan menjamin kesihatan manusia.
Secara keseluruhannya, kandungan logam
berat di dalam
makanan laut daripada
kawasan Tanjung Karang yang dikaji adalah
berada di
bawah had maksimum
yang dibenarkan oleh beberapa
pertubuhan seperti WHO,
USFDA dan FAO. Hasil kajian
menunjukkan jumlah anggaran pengambilan logam berat
oleh populasi
yang dikaji dalam
sehari bagi logam
Cu ialah 0.17 mg/hari, 0.44 mg/hari bagi
logam Fe, 0.58 mg/hari
bagilogam Zn, 0.008 mg/hari bagi
logam Pb, 0.007 mg/hari
bagi logam Ni
dan 0.031 mg/hari bagi
logam Cd.
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.