Total Pageviews

Saturday, 5 October 2019

Quran Tidak Hangus

 


 

https://www.ohinfokini.com/al-quran-tak-terbakar/

 

 

Kekuasaan Allah tiada batasnya. Dia menghendaki tiap apa yang Dihendaki, biarpun sesuatu itu berlaku diluar kotak fikiran kita.

Kalam terakhir Allah swt iaitu al-Quran adalah panduan dan petunjuk kepada seluruh umat manusia sehingga ke hari kiamat. Allah SWT berjanji untuk memeliharanya dan kerana itu al-Quran tetap terpelihara dan terjamin daripada sebarang perubahan.

Pemeliharaan al-Quran dalam pelbagai bentuk teknologi termasuk fizikal, digital serta hafazan menjadi bukti kukuh bahawa al-Quran tetap terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah Al-Isra’, ayat 88)

Ayat berkenaan jelas menunjukkan betapa tingginya martabat kitab al-Quran yang telah diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibrail a.s kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu jelas terbukti apabila baru-baru ini sebuah naskhah al-Quran telah ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia.

Kejadian itu kini telah tular dengan begitu cepat sehingga menyebabkan lokasi berkenaan menjadi tumpuan ramai orang ramai yang ingin berkunjung melihat sendiri keajaiban dan kebesaran kuasa Allah SWT.

Menurut sumber, ahli keluarga terdekat mangsa, rata-rata penduduk sekitar Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mendapati senaskhah al-Quran tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad, 19 Oktober 2020 lalu.

“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata ahli keluarga yang ditemui media.

Tambahnya lagi, kejadian aneh berkenaan bukan saja menarik minat penduduk setempat, malah ia turut menyebabkan penduduk luar kampung berkenaan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.

“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular dalam media sosial,” ujarnya lagi.

 

https://www.ohinfokini.com/al-quran-tak-terbakar/

 

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.