Isteri Derhaka
DOSA_DOSA ISTERI YG PALING DIBENCI ALLAH S.W.T.
DERHAKA PADA SUAMI
* Derhaka bermaksud membangkang, tidak patuh dan melawan. Secara sederhana,
isteri yang derhaka ialah isteri yang tidak patuh atau melawan terhadap keinginan
dan perintah suami. Isteri yang derhaka pd suami sangat dibenci oleh Allah.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Dua
golongan yang solatnya tidak sampai ke kepalanya, (salah-satunya) wanita yang
menderhakai suaminya hingga dia rujuk kembali."
(HR.Tabrani)
*
Betapa besarnya hukuman bagi isteri yang derhaka pada suaminya, sehingga pahala
solat tidak akan diberikan kepadanya. Wanita solehah tentunya tidak akan
melakukan tindakan yang termasuk kategori derhaka terhadap suami.
Apalah ertinya seorang wanita menunaikan solat siang dan malam jika derhaka
pada suaminya?
* Apa hubungan derhaka dengan pahala solat yg tidak diberikan kepada isteri
derhaka? Jawapannya kemungkinan isteri yg derhaka solatnya tidak benar. Solat
yg benar tentunya dapat mencegah perbuatan keji danmungkar, termasuk perbuatan
derhaka sebagaimana firman Allah s.w.t. yg membawa erti:
"Bacalah kitab (al-quran) yg telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yg lain). Allah mengetahui apa yg kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut:45)
* Sebagaimana maksud ayat diatas, solat mampu mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan derhaka. Jika isteri sering derhaka pada suami, maka lihatlah bagaimana kualiti solatnya. Adakah solat yg dilakukan sudah sesuai dengan apa yg disyariatkan atau masih belum sempurna?
* Lelaki dalam konteks rumahtangga ialah seorang pemimpin atau ketua rumahtangga. Jika isteri tidak patuh pada suami, bermaksud dia tidak patuh terhadap kepimpinan suaminya dalam keluarga tersebut. Allah s.w.t. telah berfirman yang membawa erti:
"Wahai
orang yg beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil-Amri
(pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berselisih faham
tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul
(sunahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yg demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya."
(Surah al-Nisa: 59)
* Manakala ayat yang menyatakan bahawa lelaki ialah pemimpin kepada perempuan adalah seperti firman Allah s.w.t. yg membawa erti:
"Lelaki
(suami) itu pemimpin bagi (isteri), kerana Allah telah melebikan sebahagian
mereka (lelaki) atas sebahagian yg lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki)
telah memberikan nafkah dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yg solehah
adalah mereka yg taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika ketiadaan
(suaminya), kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yg kamu
kuathir akan nusyuz, hendaklah kamu nasihatkan mereka, (jika masih berdegil)
pisahkan mereka ditempat tidur, dan (kalau masih berdegil) pukullah mereka.
Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan utk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar."
(Surah al-Nisa: 34)
* Lelaki dikatakan menjadi pemimpin dalam ayat tersebut disebabkan kerana lelaki merupakan tulang belakang bagi wanita. Seorang suami juga mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada isterinya. Oleh kerana itu, isteri sepatutnya patuh pada suami.
* Lalu, bagaimana jika seorang isterim mempunyai penghasilan yg melebihi suaminya atau suami yg diberi nafkah pada isteri? Adakah taraf kepimpinan akan berpindah peranan pada seorang isteri? Pada masa ini banyak kes seperti ini terjadi. Maka jalan yg lebih baik utk ditempuh ialah kembali pada ayat diatas iaitu seorang suami tetap menjadi pemimpin bagi isterinya. Ini kerana, tanggungjawab memberi nafkah keluarga tetap berada di tangan seorang suami.
*
Hakim Ibnu Ma`awiyah memetik dari ayahnya yg menyatakan, "Aku bertanya
pada Rasulullah s.a.w., Wahai RAsulullah, apakah kewajipan seseorang dari kami
terhadap isterinya?` Baginda menjawab, `Engkau memberinya makan jika engkau
makan. Engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Jangan memukul wajah.
Jangan menjelik-jelikkan dan jangan menemani tidur, kecuali di dalam
rumah."
(HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa`i, dan Ibnu Majah)
* Manakala dalam al-Quran dijelaskan yg membawa erti:
"Tempatkanlah
mereka (para isteri yg menjalani iddah) di tempt tinggal kamu menurut kemampuan
dan janganlah kamu menyakiti mereka utk menyyempitkan (hati) mereka. Dan jika
mereka (isteri-isteri yg sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah
kepada mereka nafkahnya sampai mereka melahirkan kandungannya, kemudian jika
mereka menyusukan (anak-anak)mu, maka berikanlah upahnya kepada mereka; dan
musyawarahkanlah (berundinglah) diantara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan
jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu)
untuknya."
(Surah al-Talaq:6)
* Hadis dan ayat tersebut meyiratkan bahawa lelaki mempunyai kewajipan dan tanggungjawab asas, iaitu memberi nafkah kepada isteri dan melindunginya. Dengan demikian, tugas berupa kewajipan dan tanggungjawab untuk memberi nafkah pada keluarg tetap brada ditangan seorang suami. Meskipun isteri lebih mampu daripada suami, dia tetap harus patuh dan tidak boleh derhaka.
* Oleh yg demikian, apa yg penting utk diketahui oleh seorang suami adalah tidak menyuruh isterinya melakukan kejahatan, atau perkara yg boleh membuat isteri menderita. Seorang isteri wajib mengingkari atau menolak perintah suami yg menyuruhnya utk melakukan kejahatan. Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak
(dibenarkan) mentaati seseorang dalam hal berbuat dosa kepada Yang Maha
Pencipta."
(HR. Bukhari)
* Jika perintah suami dirasa terlalu berat untuk dikerjakan oleh seorang isteri, sebaiknya isteri memberikan penjelasan terhadap suaminya. Jika suaminya tetap memaksa, maka suamilah yang akan berdosa kerana tidak memberikan kedamaian terhadap isterinya sebagaimana hadis dan ayat di atas.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.