Tiada
kekasaran, pemeriksaan di klinik patuhi prosedur - KKM
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlaku sebarang kucar-kacir atau
kekasaran ketika menjalankan pemeriksaan di DHA Healthcare Enterprise di Bukit
Damansara, Kuala Lumpur semalam.
Sebaliknya pemeriksaan oleh anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mematuhi prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Jabatan Kesihatan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Param Jeeth Singh Pakar
Singh berkata tindakan itu dibuat berdasarkan aduan awam yang diterima
mengatakan premis kesihatan tersebut disyaki memiliki produk kesihatan yang
tidak berdaftar.
"Sebelum pemeriksaan dijalankan, siasatan awal mendapati premis tersebut telah disahkan memiliki dan menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan berserta resit bayaran.
"Sebelum pemeriksaan dijalankan, siasatan awal mendapati premis tersebut telah disahkan memiliki dan menjual produk sasaran berdasarkan belian percubaan berserta resit bayaran.
"Meskipun produk
tersebut didapati tiada lagi di premis ketika pemeriksaan dijalankan, bahan
iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar itu telah ditemui di premis
terbabit," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, premis yang
dimiliki pakar sakit puan itu juga tidak pernah memiliki lesen dengan Cawangan
Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak ia ditubuhkan.
Katanya, meskipun banyak perbincangan dan usaha dilakukan oleh CKAPS untuk memudahcara pelesenan premis itu, namun pemilik masih tidak dapat memenuhi syor yang diberi supaya ia dapat dilesenkan sebagai fasiliti kesihatan swasta berlesen yang sah.

"Oleh itu, pada 26 Februari 2016, CKAPS telah mengeluarkan satu surat arahan supaya premis ini menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan," katanya.
Terdahulu, pakar sakit puan dan perbidanan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat dilaporkan kesal apabila pejabatnya yang terletak di Plaza Damansara diserbu sekumpulan kakitangan KKM semalam.
BACA: Pakar bidan Dr Hamid Arshat kecewa pejabatnya diserbu tanpa sebab yang jelas
Menurutnya, beliau terkejut dengan kedatangan kakitangan KKM yang tidak membawa notis serbuan dan tanpa menjelaskan tujuan serbuan itu dilakukan.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.