khasiat
ubi kayu
https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/12/657331/harga-murah-khasiat-mahal
DI
sebalik harga ubi kayu yang murah dan kurang popular berbanding kentang, sumber
karbohidrat ini sebenarnya mahal daripada segi khasiatnya.
Antara bahan rahsia yang paling tinggi ada dalam ubi kayu ialah
kanji rintang.
Ia tidak membentuk glukosa dalam usus kecil, tetapi dibawa ke
usus besar dan diuraikan oleh bakteria di dalam usus berkenaan.
Beliau berkata, pengambilan kanji rintang
menjadikan individu kurang berisiko obesiti kerana keupayaannya mengawal berat
badan dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah.
"Lebih
menakjubkan kanji rintang ini membantu mencegah
penyakit barah usus besar.
"Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA)
mendapati kanji rintang berpotensi membantu mengurangkan risiko kencing manis
jenis dua," katanya.
Menurut Dr Suri, kandungan kanji rintang dalam ubi kayu ialah
9.7 gram (gm)/100gm, keledek (3.2gm/100gm), keladi (4.3gm/100gm), nasi
(2.1gm/100gm) dan jagung (1.1gm/100gm).
"Kajian diterbitkan dalam jurnal 'The Lancet' pada 1986
mendedahkan, tiada seorang daripada 1,381 individu yang mengambil ubi kayu
setiap hari menghidap kencing manis.
"Laporan kajian dalam jurnal 'Diabetes Care' pula
menunjukkan, individu yang kerap makan ubi kayu kurang risiko kencing manis
berbanding mereka yang jarang mengambil ubi berkenaan," katanya.
Namun kata Dr Suri, ada juga individu yang 'alah' makan ubi kayu
ini mengalami kembung dan angin dalam perut.
"Ini kerana ubi kayu mengandung sejenis bahan toksik yang
dikenali sebagai linamarin.
"Bahan ini terdapat banyak dalam daun dan akar ubi kayu.
Bagaimanapun, kepekatan linamarin lebih tinggi pada kulit dan daun berbanding
isi ubi," katanya.
Menurut Dr Suri, ada laporan mendedahkan, 95 peratus bahan
linamarin ini wujud dalam ubi kayu.
"Walaupun jumlahnya tinggi, bahan ini agak stabil dan tidak
berubah walaupun ubi kayu direbus.
"Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati
linamarin ini mempunyai sifat antibarah,
tetapi kesan linamarin ke atas haiwan
atau manusia belum dikaji," katanya.
Beliau berkata, makan ubi kayu yang tidak diproses dengan cara
yang betul boleh menyebabkan kesan toksik.
"Ini kerana mikroflora dalam usus besar manusia akan
mengubah linamarin kepada bahan kimia yang dikenali sebagai hidrogen sianida
iaitu sejenis gas beracun.
"Mikroflora ialah bakteria dalam usus besar manusia atau
haiwan yang berperanan memecahkan bahan berkhasiat seperti polifenol untuk
dibawa masuk ke dalam darah," katanya.
Katanya, pembentukan hidrogen sianida yang tinggi dalam darah
boleh menyebabkan beguk dan masalah saraf.
Selain itu, katanya, keracunan sianida yang tinggi juga boleh
mengakibatkan lumpuh dan kesan paling teruk adalah kematian.
Menurut Dr Suri, bagi pesakit yang mengalami masalah hati, ubi
kayu mesti diproses dengan betul untuk mengelakkan penyakit bertambah mudarat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020
https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/12/657331/harga-murah-khasiat-mahal
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.